Sekali lagi, bomoh,
Ibrahim Mat Zin mengadakan upacara ritual di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha membantu mengesan pesawat
Malaysia Airlines MH370 yang masih gagal ditemui sejak hilang awal pagi
Sabtu lalu.
Sekali lagi, bomoh, Ibrahim Mat Zin mengadakan upacara ritual di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha membantu
mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih gagal ditemui sejak
hilang awal pagi Sabtu lalu.
Mstar Online melaporkan, Ibrahim yang menggelar dirinya sebagai Raja
Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru mengadakan sesi
ritual buat kali kedua itu semalam.
Beliau diiringi beberapa pembantu dan menggunakan air zam-zam, dua kelapa, tongkat serta permaidani yang dikatakan ajaib.
Portal itu turut melaporkan sesi yang diadakan di Anjung Tinjau KLIA
menarik perhatian ramai dan video sesi kedua ritual Ibrahim berdurasi
25 saat tersebar.
"Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat
boleh mencari pesawat jika memang ia terhempas," katanya kepada
pemberita, dipetik daripada Mstar Online.
Ibrahim berkata, ritual simbolik digunakan untuk banyak generasi.
Katanya, apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin negara mengundangnya.
Pada Isnin, Ibrahim dilaporkan mengguna teropong diperbuat daripada
buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu
mengesan pesawat yang hilang.
Bernama melaporkan Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai
bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari
mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes
Mona Fendy. -themalaysianinsider
0 comments:
Catat Ulasan