Khadijah
Md. Dewi dalam satu komennya di status Facebook Ustaz Ahmad Dusuki
telah mengejutkan ramai pengguna media sosial. Beliau berkongsi
pengalamannya mendengar suara orang ramai yang menyebut nama Allah dan
mengerang kesakitan ketika beliau membaca Al-Quran untuk disedekahkan
kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Printscreen seperti
dibawah:
Dalam status
itu juga, Nar Biel Belikov dalam komennya turut memberitahu pengalaman
isterinya yang bermimpi akan terhempasnya sebuah kapal terbang. Selain mendapat "likes" yang banyak daripada pengguna Facebook, komen itu turut mendapat respon negatif kerana dianggap kelak memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa.
Mungkin ada benarnya teguran yang dibuat memandangkan perakuan seperti itu sememangnya tidak memberi apa-apa bantuan kepada misi mencari dan menyelamat.
0 comments:
Catat Ulasan