Samsung memperkenalkan jam pintar versi kedua, Gear 2 dan Gear 2 Neo
yang mempunyai rekaan sedikit berbeza berbanding versi sebelum ini
dengan ciri lebih ringan.
Samsung melakukan perubahan pada kedua-dua Gear 2 dan Gear 2 Neo
apabila kamera yang sebelum ini dimuatkan pada tali jam kini dipindahkan
ke badan utama. Manakala talinya pula boleh ditukar kepada warna hitam,
coklat, jingga untuk Gear 2. Latar belakang skrin utama, antaramuka jam
dan jenis fon juga boleh diubah sendiri untuk mencerminkan cita rasa
peribadi anda.
Gear 2 dan Gear 2 Neo adalah peranti yang paling rapat, membolehkan
pengguna untuk menerima atau mengabaikan panggilan masuk dan mesej serta
menyediakan pilihan pemberitahuan segera berdasarkan aktiviti dan
tabiat pengguna.
Kedua-dua peranti bertindak sebagai lanjutan kepada kehidupan
seharian pengguna, yang menawarkan pengguna lebih kawalan kehidupan
mereka dengan ciri-ciri tersendiri, termasuk mengawal produk elektronik
seperti TV atau setup box melalui WatchON. Penambahan pemain muzik yang
berdiri sendiri dengan alat dengar Bluetooth bermakna pengguna boleh
meninggalkan telefon pintar mereka di rumah dan masih menikmati muzik
mereka di mana sahaja.
Kedua-dua peranti juga menawarkan latihan kecergasan peribadi dalam
masa sebenar, membolehkan pengguna untuk membangunkan rutin kecergasan
disesuaikan dan memantau kadar denyutan jantung mereka untuk
meningkatkan keseluruhan kesejahteraan mereka.
Akhir sekali, Samsung Gear 2 dan Gear 2 Neo membenarkan pengguna
menyambung ke pelbagai peranti Samsung lain dan mengakses ekosistem
aplikasi yang diperkayakan oleh platform Tizen dan boleh disesuaikan
pada kebanyakan telefon Samsung apabila dikeluarkan nanti. -yahoo
0 comments:
Catat Ulasan