Memandu kereta mewah merupakan antara impian ramai orang. Sebut sahaja kereta mewah seperti Mercedes, BMW ia hanya mampu dipandu oleh golongan kaya sahaja. Namun ia boleh berubah, jika anda benar-benar hensem. Mengapa pula? Haa, KisahBest.My mahu berkongsi dengan anda tentang nasib bertuah seorang lelaki apabila ia menerima satu hadiah sebuah kereta Mercedes daripada peminatnya. Pemberian kereta itu adalah disebabkan dirinya dianggap paling kacak di dunia. Kacak ke?
OTTAWA – Seorang lelaki yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.
Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang
dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik
perhatian ramai wanita.
Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.
“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.
Selain menerima hadiah, Omar juga
dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila
membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.
Sumber: kisahbest.my
0 comments:
Catat Ulasan