Artikel Dari Guablog

Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Selasa, 8 April 2014


 
Pada akhir zaman nanti, akan kelihatan kuasa dari orang-orang bodoh dan zalim. Mereka mempunyai ramai pembantu dalam kezaliman mereka, bahkan mendera manusia dan menghinakan mereka. Rasulullah SAW telah mnegumpamakan cambuk-cambuk tersebut dengan ekor lembu serta memperingatkan mereka dengan neraka dan azab Allah SWT.
Dari Abu Umamah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Pada akhir zaman, akan ada orang yang membawa cemeti seperti ekor lembu. Mereka pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada petang hari dalam kemarahan Allah. "(HR. Al-Albaniy)
Dari Abu Hurairah ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Jika engkau diberi kesempatan yang panjang, engkau akan melihat suatu kaum yang pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada petang hari dalam kemarahan Allah. Di tangan mereka ada semisal (cambuk) ekor lembu. "(HR. Ahmad)
Dari Abu Hurairah ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah kulihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang bersamanya cemeti seperti ekor lembu, yang dipukul untuk memukul manusia, dan para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan lenggak -lenggok, dan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mencium baunya. Padahal, baunya dapat tercium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian. "(HR Muslim)
Tanda-tanda itu telah berlaku dalam sejarah Islam dan akan muncul lebih hebat lagi sebelum berlakunya kiamat, iaitu ketika ilmu dicabut dan muncul kebodohan sehingga Islam tidak ada lagi, kecuali nama dan tulisannya sahaja.
Turunnya bencana alam dan seksaan berat dari pemimpin yang Zalim
Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti sebelum munculnya Al-Mahdi, umat akan ditimpa musibah besar, seperti cubaan dan seksaan berat yang dilakukan oleh para pemimpin dan hakim yang zalim. Mereka menyempitkan ruang gerak orang beriman sehingga seseorang akan berharap dapat menduduki seperti tempat saudaranya yang sudah meninggal agar terbebas dari cubaan, seksaan, kejahatan dan kezaliman para pemimpin tersebut. Keadaan itu akan terus berlaku sehingga munculnya Al-Mahdi untuk menghukum mereka. Dia memenuhi bumi ini dengan kabaikan dan keadilan, sebagaimana sebelumnya bumi ini telah dipenuhi dengan kezaliman dan pembunuhan.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Akan turun kepada umatku di akhir zaman nanti cubaan yang dahsyat dari pemimpin mereka. Belum pernah terdengar cubaan yang lebih dahsyat darinya sehingga bumi yang luas itu terasa sempit bagi mereka kerana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Seorang mukmin tidak mendapatkan tempat berpindah dari kezaliman itu. Kemudian, Allah Azza wa Jalla mengutus seseorang dari keturunanku. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Penduduk bumi dan langit redha dengannya dan bumi tidak menyimpan sesuatu pun dari bijinya, kecuali mengeluarkannya. Begitu juga dengan langit, kecuali Allah menuangkannya ke bumi. Dia hidup di tengah-tengah mereka selama tujuh, lapan, atau sembilan tahun agar semua yang hidup dan mati menikmati apa yang tellah diperbuat Allah Azza wa Jalla terhada penduduk bumi dari kebaikan-Nya. "(HR Hakim)
Keadaan ini merupakan rangkaian dari bencana sebelumnya. Kezaliman mengakibatkan keadaan seperti ini. Begitu juga dengan pelbagai fitnah, kejahatan dan kezaliman pemimpin terhadap rakyatnya dengn sedikit rezeki serta kebajikan. Semua itu mengakibatkan kebimbangan manusia antara beriman dengan kufur.
Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kiamat tidak akan berlaku sehingga seseorang yang melewati kubur dan mengatakan, seandainya aku boleh menduduki tempatnya." (HR Asy-Syaikhoni)
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Sumber: detikislam
0

Sabtu, 5 April 2014


Mahkamah Mesir Hukum Mati 528 Penyokong Morsi

Selain perkhabaran sedih bahawa pesawat MH370 disahkan mengakhiri destinasinya di Lautan Hindi, terdapat satu lagi berita melibatkan angka kematian yang besar diumumkan semalam.

Ia ada hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap 529 penyokong bekas Presiden kelima Mesir, Mohamed Morsi.

Seperti diketahui umum, Mohammed Morsi yang merupakan presiden Mesir pertama dipilih oleh rakyat secara demokrasi telah digulingkan oleh Ketua Tentera, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi pada 3 Julai tahun lalu.


Antara yang diisytiharkan dijatuhi hukuman mati semalam termasuklah Mursyidul Am pergerakan Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Badie.

Bagaimanapun, berita ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana banyak lagi kekejaman tentera Al-Sisi yang dilakukan setelah Morsi diguling.

Rakyat yang melakukan demonstrasi meminta suara mereka didengar dan tidak mahu tunduk kepada pemerintahan tentera telah dibom, dibunuh, diperkosa, diracun menggunakan gas dan disiksa dengan kejam dan tanpa perikemanusiaan.

Lihat sahajalah gambar di bawah:

anti coup egypt serangan mesir pro morsi (85)
anti coup egypt serangan mesir pro morsi (12)  anti coup egypt serangan mesir pro morsi (17) anti coup egypt serangan mesir pro morsi (30)     anti coup egypt serangan mesir pro morsi (97)
anti coup egypt serangan mesir pro morsi (93)

Sudah pasti, berita akan disebarkan secara berbeza apabila dibuat oleh media asing yang anti Islam.

Apa pun, semoga kebenaran akan berada di pihak yang benar satu hari nanti.


Sumber: mynewshub
0

Jumaat, 4 April 2014


 
Jawapannya sudah dijawab dalam hadis tentang pohon itu, iaitu pohon Gharqad itu adalah pohon orang Yahudi. Sehingga pokok itu akan melindungi mereka dari dikejar umat Islam.
Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi," Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah! "(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami 'As-Shaghir no. 7414)
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود, فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر, فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم, يا عبد الله, هذا يهودي خلفي, فتعال فاقتله .. إلا الغرقد, فإنه من شجر اليهود "(ذكره في: صحيح الجامع الصغير أيضا -7427)
Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami 'As-shaghir no. 7427)
Hadis di atas dari segi kekuatan sanadnya termasuk hadits shahih tanpa perbezaan pendapat. Dan termasuk dari tanda-tanda kenabian Rasulullah SAW yang berkaitan dengan mukjizat berkenaan peristiwa yang akan terjadi di masa yang akan datang.
Namun ada yang perkara yang kurang kita sedari selama ini. Iaitu bahawa hadis ini baru terasa relevan di zaman sekarang ini saja. Sepanjang 14 abad lamanya, setiap orang yang membaca hadis ini di zamanya, akan sedikit berkerut kening. Mengapa?
Sebab di masa mereka hidup, sejarah Yahudi tidak seperti sekarang. Mereka belum lagi menjadi sebuah "negara" super power. Keangkuran Yahudi dengan negara Israelnya belum pernah berlaku sepanjang 14 abad lalu. Keberadaannya baru muncul di abad 20 ini atau abad 14 hijrah.
Orang Yahudi sepanjang sejarah Islam, selalu berada di bawah perlindungan negeri-negeri Islam. Komuniti Yahudi selalu dimusuhi oleh semua bangsa dan negara sepanjang sejarah. Orang Yahudi pernah diseksa oleh Nazi Jerman di zaman Hitler. Hampir tidak ada tempat untuk Yahudi kecuali di dalam negeria Islam. Mereka hidup aman semas tinggal di wilayah khilafah Islam, kerana undang-undang Islam melarang memerangi ahlu zimmah (kafir zimmi).
Salah satu penguasa yang anti Yahudi adalah Sepanyol Kristian. Ketika Sepanyol dikuasai rejim Katolik, bukan hanya umat Islam yang diusir, tetapi juga kalangan Yahudi. Tidak ada satu pun tanah di dunia ini yang mahu menampung bangsa ini, kecuali penguasa muslim Turki Uthmaniyah.
Maka selama 14 abad lalu, hadis ini cukup menghairankan umat Islam. Bagaimana mungkin umat Islam yang selama ini melindungi bangsa Yahudi serta mengharamkan darah mereka, lantaran mereka termasuk ahlu zimmah, tiba-tiba akan memerangi Yahudi sampai mati. Bahkan batu dan pohon akan memerintahkan umat Islam untuk membunuh mereka juga.
Teka-teki hadis ini baru terjawab pada tahun 1948, ketika masyarakat Yahudi dunia melakukan pencerobohan dan menjajah sebuah negera Islam merdeka, Palestin. Pada tahun 1967 semakin jelas lagi hadis ini, kerana ternyata komuniti Yahudi yang selama 14 abad hidup di bawah perlindungan, asuhan dan kerahiman umat Islam, tiba-tiba berubah menjadi serigala liar yang mengakibatkan perang Arab-Israel.
Barulah di masa sekarang ini hadis ini menjadi lebih bererti, setelah terbongkarnya misteri. Ternyata Yahudi yang selama ini hidup di bawah asuhan dan kasih sayang umat Islam, tiba-tiba menjadi makhluk buas pembunuh nyawa.
Dan menarik untuk diperhatikan, bahawa Yahudi sudah mempersiapkan apa yang mereka dapat di masa sekarang ini sejak sekian lama. Bahkan ada yang mengatakan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Konon terbentuknya negara-negara super power, penjajahan barat atas dunia timur, naiknya para pegawai masing-masing di negara kuasa besar, semua tidak terlepas dari sinario mereka. British di masa lalu dan Amerika di masa sekarang, tidak lain hanyalah alat yang disiapkan untuk mewujudkan cita-cita pembentukan Israel.
Kerana itu mustahil meminta Amerika untuk menekan Israel agar menghentikan serangan mereka ke negeri Islam. Adanya hak veto di PBB semakin membuktikan bahawa PBB pun termasuk bahagian dari alat yang dicipta oleh mereka.
Kepastian Kekalahan Yahudi
Selain misteri hadis ini di abad 14 hijrah, hadis ini sangat tegas menyebutkan kepastian kehancuran bangsa pengingkar Allah dan nabi ini. Bahkan pohon dan batu pun akan ikut membantu umat Islam dalam menumpaskan mereka.
Kerana itu, hadis ini juga menjadi penghibur derita, pelipur lara dan penjanaan harapan buat umat Islam yang sempat merasakan kebengisan Yahudi secara lebih nyata. Bahawasanya Israel yang bukan manusia itu pasti akan dikalahkan, mati kutu dan mati. Ini adalah sebuah kepastian, kerana yang berkata bukan sebarang orang. Yang berkata adalah seorang yang paling dekat kepada Allah SWT, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Yang menarik juga, di dalam hadis ini Rasulullah SAW menyebutkan sebuah nama pohon, iaitu Gharqad. Pohon ini milik Yahudi, sehingga kalau ada Yahudi sembunyi di baliknya dari kejaran umat Islam, pokok ini tidak akan berbicara. Sebaliknya, pokok ini akan melindungi Yahudi, kerana pokok ini milik mereka.
Dan mengapa pohon gharqad itu melindungi yahudi?
Benar bahawa semua benda itu ciptaan Allah. Seharusnya semuanya tunduk dan patuh kepada kehendak-Nya. Bukan hanya pohon, bahkan tanah, langit, bumi, dan semua kandungannya, tunduk kepada Allah, baik secara terpaksa mahupun secara sukarela.
Sebenarnya jin kafir atau Iblis sekalipun, juga makhluk ciptaan Allah. Kalau Allah kehendaki, boleh saja Iblis tidak kafir. Kalau Allah kehendaki, boleh saja tidak ada senario Iblis ingkar atas perintah Allah SWT untuk sujud kepada Adam alaihissalam.
Tapi yang kita tahu, semua itu adalah kehendak Allah SWT. Sehingga kita dapati Iblis melakukan tindakan kemungkaran yang dilarang, bahkan membangkang terhadap perintah Allah SWT. Kalau pakai logik anda, seharusnya Iblis tidak boleh membangkang, bukankah dia itu makhluk Allah?
Tetapi sekali lagi, kita beriman kepada Allah SWT dan juga kepada sifat-sifat-Nya. Dan salah satu sifat Allah SWT adalah berkehendak. Di antara kehendak-kehendak Allah itu, Allah SWT ternyata menghendaki Iblis membangkang. AKan tetapi bukan pada tempatnya untuk mempersoalkan Allah SWT atas setiap kehendaknya.
Dan itulah bezanya tuhan dan bukan tuhan. Tuhan itu berkehendak dan tidak perlu ditanya-tanyai latar belakang semua yang dikehendaki-Nya. Sebaliknya, hanya yang bukan tuhan saja yang boleh ditanya-tanyai kalau bertindak. Kalau kita melakukan dosa dan maksiat atau hal-hal lain yang tidak senonoh, maka kita akan disoal dan harus bertanggung-jawab, paling tidak nanti di akhirat.
Sedangkan tuhan, tidak perlu dan bukan dalam kedudukan untuk disoal siasat, mengapa melakukan ini dan mengapa melakukan itu. Sebab hakikat tuhan adalah mutlak, mutlak, tidak perlu menjelaskan apa yang dikehendaki-Nya.
Kembali ke pohon Gharqad, tentu saja bukan kafir. Sebab istilah kafir itu hanya berlaku untuk dua jenis makhluk saja, iaitu jin dan manusia. Selebihnya semua tunduk kepada apa yang Allah kehendaki.
Maka pohon Gharqad itu kalau kita lihat dari kacamata hakikat, sangat tunduk kepada Allah. Tunduk kepada senario dari Allah untuk menjadi pohon yang melindungi Yahudi di akhir zaman. Tetapi tidak perlu kita anggapkan sebagai pohon kafir.
Yang kafir itu hanyalah Yahudi, iaitu mereka ingkar dan membangkang dari ketentuan Allah SWT yang bersifat formal. Akhirnya nanti Yahudi akan masuk neraka semuanya dan tidak keluar lagi dari sana selamanya. Kecuali Yahudi yang bertaubat dan sempat masuk Islam, maka mereka adalah saudara kita.

Sumber: detikislam
0


ALLAHUAKBAR… sedihnya melihat video ini yang memaparkan bagaimana dua beradik di Hajar Al-Aswad, Damascus, Syria terpaksa menguis tanah mencari habuk roti untuk dimakan.

Apabila ditanya apa yang diinginkan mereka, katanya mereka hanya mahu keadaan kembali seperti biasa jadi mereka tidak lagi tidur dalam keadaan lapar setiap hari.

Keluarga mereka susah kerana tidak mendapat bantuan makanan disebabkan ibu mereka meninggalkan tempat tersebut bersama dokumen keluarga kerana tidak tahan dengan kesempitan hidup.

Bapa mereka pula, kehilangan kad pengenalan membuatkan mereka tidak dapat memberikan bukti identiti yang merupakan syarat untuk mendapat makanan bantuan.

Namun mulianya hati anak kecil ini, mereka sedikit pun tidak marah dengan orang yang meninggalkan mereka di situ termasuk si ibu malah mendoakan mereka semua sihat dan gembira.

Kata mereka, sungguh pun sudah hampir setahun melalui hidup yang sukar namun Allah sentiasa bersama mereka dan orang yang sabar.

Sumber: mynewshub
0

Rabu, 19 Mac 2014


1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.
2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam…
3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.
4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu
 
 
5. Secara purata, jangka hayat rambut adalah sekitar 3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut… Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun…huhu
6. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.
7. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball..
8. Gigi manusia mempunyai panjang 55 milimeter..
9. Apabila menjangkau usia 60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur semasa tidur… huhu
10. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang !!
11. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam…
12. Organisma hidup yang terdapat pada tubuh seorang manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia yang ada atas muka bumi sekarang… Wowww…
13. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut… Bayangkan…
14. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi…
15. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan…
16. Gigi manusia hampir keras seperti batu…
17. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi…
18. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot..
19. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku…
20. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata…
21. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita…huhu
22. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan…
23. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari…
24. Setiap 2 minggu, perut manusia akan menghasilkan lapisan mukus yang baru, kalau tak, perut kita sendiri akan dihakis oleh asid yang terdapat didalamnya…
25.  Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza…Wow…
26. 80% daripada diri kita adalah air…
27. Setiap jam, mata kita mampu memproses 36 000 bit informasi…
28. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira 4-5 KG.
29. Luas permukaan paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis…
Besar tuuu…huhu
30. Ketika mata kita berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama 0.3 saat… 
Betapa hebatnya penciptaan manusia… Subhanallah…
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)

0

Rabu, 12 Mac 2014



Jika semalam, Buletin Utama TV3 menjemput Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid untuk membicarakan secara lebih lanjut mengenai misteri kehilangan pesawat MH370, hari ini sekali lagi beliau dijemput menjadi panel dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang dikendalikan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Saiful Nizam Ismail.

Menerusi video berdurasi 38 minit dapat dilihat Kapten Norudin berkongsi cerita dan pengalamannya sepanjang mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah yang merupakan juruterbang bertanggungjawab menggemudi pesawat MH370 di samping pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

Menurutnya, sepanjang mengenali Zaharie, beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi dalam tugasnya.

Selain itu, Zaharie juga disifatkan Kapten Norudin sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang penerbangan serta mempunyai pengetahuan yang luar biasa dalam bidang yang diminatinya itu.

Dalam pada itu, Kapten Norudin turut berkongsi pendapatnya berhubung misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini masih lagi tidak berjaya ditemui oleh pihak mencari dan menyelamat yang telah dikerahkan sejak hari pertama pesawat itu hilang Sabtu lalu.

Kapten Norudin juga mengatakan segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT, walau secanggih mana pun sesuatu teknologi itu, tidak ada kuasa lain yang mampu mengatasi kuasa Allah Maha Besar.

Saksikan video penuh wawancara tersebut yang diserta di bawah ini:



0

Selasa, 11 Mac 2014




KITA ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370.

Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat, operasi CARI DAN MENYELAMAT (SAR) dan sebagainya.

Namun bagi juruterbang pesawat 777-200 MAS, Kapten Norudin Abd. Majid, disebalik semua itu sebenarnya hanya ada DUA CARA untuk menemui pesawat tersebut.

Pertama, doa orang yang soleh dan kedua, doa dari ahli keluarga, Allahu Akbar.

Percayalah, anda tidak akan temui ulasan sebegini dari mana-mana pakar penerbangan Barat!

Saksikanlah…


Sumber: mynewshub
0

Sabtu, 8 Mac 2014



JABATAN Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) mengingatkan umat Islam agar tidak mengabaikan syariat Islam dalam aspek sembelihan haiwan yang berkait rapat dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Dalam khutbah Jumaat hari ini, khatib mengingatkan hadirin supaya lebih cakna dalam aspek penyembelihan haiwan seperti memastikan pusat sembelihan dalam keadaan bersih dan penyembelihnya beragama Islam.

“Sedarlah, pelbagai penipuan kadang kala dilakukan oleh sesetengah pengusaha ayam dan daging apabila mereka sanggup mengupah pekerja asing yang bukan beragama Islam untuk menyembelih.

“Realitinya kitalah sebagai pengguna sering tertipu oleh mereka. Justeru, carilah pembekal yang mempunyai sijil halal dan mempunyai penyembelih bertauliah. Ingatlah bahawa sembelihan orang kafir itu adalah haram dimakan,” katanya melalui khutbah Jumaat hari ini bertajuk “Sembelihan Halal”.

Media melaporkan pada hujung bulan lalu, pemeriksaan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mendapati tiga pekerja pusat penyembelihan ayam di negeri itu tidak mematuhi standard halal yang melibatkan aspek menyembelih dan memproses ayam.

Pemeriksaan Jaik mendapati kebanyakan pusat penyembelihan memendekkan tempoh pendarahan ayam yang disembelih dengan segera memasukkan ayam berkenaan ke dalam air panas sebaik saja selepas disembelih untuk diproses.

Jawi berkata, syarat sembelihan yang digariskan ialah penyembelih itu mesti beragama Islam atau ahli kitab, berakal, baligh, tidak dalam keadaan berihram dan dimulai dengan bacaan bismillah ketika menyembelih.
Katanya, haiwan yang hendak disembelih juga mesti dipastikan daripada jenis yang halal dimakan iaitu bukan haiwan bertaring, berkuku tajam, beracun, bangkai dan sebagainya.

“Sebagai pengguna Islam, perhatikan dahulu leher ayam tersebut untuk memastikan kita tidak terbeli ayam yang disembelih tetapi hukumnya bangkai. Ada yang tidak memutuskan urat halkum dan marih dengan sempurna bahkan mereka memutuskan urat tersebut selepas ayam itu mati.

Sembelihan cara Islam


makanan-halal-haram



 “Selidik terlebih dahulu tempat penyembelihan haiwan atau pusat pemprosesan. Ini bagi memastikan tidak ada percampuran di antara haiwan yang halal dan haram seperti khinzir,” katanya.


Khatib berkata, memandang remeh dalam aspek penyembelihan mendekatkan diri kepada dosa dan umat Islam diseru supaya membebaskan diri daripada perkara syubhah.

Katanya, makanan yang bersih dan halal mendekatkan diri kita kepada rahmat Allah untuk beroleh taufik dan hidayah-Nya.

“Kadang kala kita memandang remeh terhadap perkara ini sehingga terbeli haiwan sembelihan yang syubhah. Bukankah syubhah itu lebih hampir kepada haram? Inilah masanya, umat Islam meletakkan keutamaan mencari makanan bebas syubhah.

“Ingatlah pemakanan yang tidak halal pasti akan memberi kesan kepada diri sendiri. Bayangkanlah, hidup orang yang memakan makanan haram pasti tidak akan tenteram, setiap amal soleh tidak terima Allah dan doanya juga tidak dimakbulkan,” katanya.

Jawi berkata, Rasulullah pernah bersabda diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka yang layak baginya.”

Katanya, makanan halal di sisi syarak adalah makanan bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas kemudaratan.

“Sebaliknya sesuatu makanan yang haram sekalipun lazat rasanya, harum baunya tetap keji di sisi Allah. Sesungguhnya orang yang bertakwa itu sentiasa mencari yang halal dan menjauhi setiap yang haram serta syubhah.

“Islam tidak hanya memandang kebaikan sembelihan halal dari sudut fizikal sahaja, malah Islam menterjemahkan sembelihan halal sebagai pengundang keberkatan dalam kehidupan di dunia serta penyelamat di hari kiamat,” katanya. – TheMalaysianInsider

Sumber: mynewshub
1

Jumaat, 7 Mac 2014


Yahudi Ultra Ortodoks

Selama ini tidak banyak data dan peta demografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia.

Negara mana yang paling ramai dihuni oleh orang Yahudi?

Sudah tentu negara yang pertama paling ramai dihuni oleh bangsa Yahudi adalah Israel dengan jumlah penduduknya 5313800 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia).

Data-data ini dapat memberikan sebuah gambaran yang mendalam pada peringkat dasar setiap negara, yang berkaitan dengan politik, ekonomi, perdagangan, pertahanan-keselamatan, budaya, ilmu pengetahuan, teknologi-maklumat, dan bahkan bidang pertanian.

Semakin ramai jumlah orang Yahudi di sebuah negara, semakin kuat pengaruhnya terhadap aspek-aspek polisi pemerintahan di sebuah negara. Ini sudah menjadi fakta yang sifatnya umum. Negara-negara yang jumlahnya penduduk Yahudi, cukup banyak, maka negara itu, sudah betul-betul berada dalam 'genggaman' golongan Yahudi.

Ini kerana orang Yahudi selalu membina jaringan yang sangat kuat, berdasarkan hubungan darah (ras), ideologi (agama), dan kepercayaan atau mitos bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan 'tuhan'.

Di luar Israel, sepuluh negara yang jumlah Yahudinya paling banyak adalah: Amerika jumlah Yahudi 5.275.000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi dunia), Perancis jumlah Yahudi 491.000 (3.8% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), kanada jumlah Yahudi 373.000 ( 2.9% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Britain jumlah Yahudi 297.000 (2.3% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Rusia 228.000 (1.7% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Argentina jumlah Yahudi 184.000 (1.4% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia ), German jumlah Yahudi 118.000 (0,9% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), Australia jumlah Yahudi 103 (0.8% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), dan Brazil jumlah Yahudi 96,000 (0.7% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia).

Dari data ini golongan Yahudi yang paling ramai di luar Israel, iaitu di Amerika yang jumlahnya mencapai 5.275.000 (40% dari jumlah keseluruhan populasi Yahudi dunia), maka Amerika sebagai negara 'super power' yang mempunyai pengaruh secara global, baik di bidang ekonomi, perdagangan, petahanan-keselamatan, dan memberi kesan sangat luas.

Di Amerika yang sangat terkenal adanya 'lobbi' Yahudi yang sangat berpengaruh seperti AIPAC dan JAC  yang semuanya mempengaruhi kehidupan nasional Amerika. Jadi dengan jumlah golongan Yahudi yang ramai, dan sudah masuk dalam semua institusi awam yang ada di Amerika, maka melihat keadaan seperti ini betapa Amerika sekarang ini para pemimpin Israel telah menganggap Amerika sebagai tanah air mereka. Israel dengan mudah mengawal dasar terhadap negara dan pemerintah Amerika.

Selain itu, beberapa negara Eropah yang sangat strategik iaitu 'Trioka' Perancis, Britain dan Jerman, terdapat populasi Yahudi yang besar (lihat jumlah daftar Yahudi). Disamping Rusia yang sejak zamannya Tzar, orang-orang Yahudi sudah mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan politik Rusia. Bahkan, sebahagian pemimpin politik dan ideologi Parti Komunis Rusia adalah Yahudi. Seperti Karl Marx, Lenin, Stalin dan lainnya. Bahkan, sekarang orang terkaya kedua di Rusia, Roman Abromovich, yang memiliki kelab bolasepak Chelsea adalah Yahudi.

Semua negara Barat, bergabung dalam kumpulan G8 (Kumpulan Negara Industri), di negara mereka masing-masing terdapat jumlah Yahudi yang ramai dan umumnya mereka mempunyai pengaruh yang sangat penting. Namun, semuanya yang menjadi 'episentrum' (pusatnya) adalah di Tel Aviv. Sedangkan, negara-negara lain, seperti Amerika, Perancis, Kanada, Britain, Rusia, dan Jerman, mereka hanya menjadi 'proxi' (tangan) Israel.

Lihat dalam kes konflik di Timur Tengah, sejak wujudnya negara haram "Israel" di tahun 1948 sehingga perang 1956, 1967, 1973 dan serangan Israel di Lebanon 1982 serta perang di Lebanon Selatan 2006. Terakhir pencerobohan Israel ke Gaza, semua menggunakan 'proxy', negara yang sudah di bawah bayang-bayang Israel.

Sumber: detikislam

0

Ahad, 2 Mac 2014


Sumber: detikislam

Lee Woon-Jae 
Lee merupakan penjaga gawang pasukan bola sepak Korea Selatan yang pernah bermain beberapa kali di pentas Piala Dunia. Kali terakhir di pentas Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sebelum ini, Lee pernah bermain di Piala Dunia 1994, 2002 dan 2006. Lelaki kelahiran Cheongju Chungbuk, Korea Selatan pada 26 April 1973 ini selalu diberi kepercayaan mengalas sebagai penjaga gol nombor satu Korea Selatan.

Penjaga gol senior pasukan kebangsaan Korea Selatan ini mungkin boleh dikatakan satu-satunya pemain Muslim yang pernah berada dalam skuad Korea Selatan ketika Piala Dunia 2010 yang lalu.

Keislaman Lee ini pada awalnya memang belum diketahui ramai pihak. Majoriti penduduk Korea Selatan beragama Buddha dan Kristian. Jadi, tidak menghairankan jika Lee sudak memeluk Islam jarang didedahkan. Walaupun begitu, Lee terkenal di kalangan muslim yang meminati bola sepak.

Lee menjadi mualaf sejak tahun 2004. Jadi, dia sudah menjadi Muslim sebagai pemain Korea Selatan ketika di Piala Dunia 2006 di Jerman lagi.

Perkenalan Lee dengan Islam berlaku di tahun 2004. Sebelum memeluk Islam, Lee adalah penganut Kristian yang taat. Namun, perkembangan Islam yang cukup pesat di negaranya membuat dia tertarik dengan ajaran Islam. Lee akhirnya memutuskan menjadi Muslim. Sejak saat itu dia taat menjalankan solat dan puasa .

Pada bulan Ramadan, Lee tetap berpuasa walaupun pertandingan bola sepak sedang berlangsung. Setiap hari, Lee seperti biasa menjalankan solat lima waktu dan sesekali ke masjid ketika pulang latihan atau menuju rumahnya. Lelaki berusia 37 tahun ini menikmati hari-harinya dengan tenang walaupun orang-orang di persekitaran sekitarnya kebanyakan bukan Muslim.

Lee merasakan tolerasi beragama begitu baik dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan dan di kelab sehingga dia tidak merasa segan dengan gelaran Muslim yang disandangnya.

Sudah bersara

Sepanjang kerjayanya, Lee sudah mengikuti empat Piala Dunia dan tersenarai salah seorang dari tujuh pemain Asia yang pernah bermain di empat Piala Dunia yang berbeza. Namun, pada Piala Dunia 2010 lalu dia hanya menjadi pemain simpanan.

Ketua jurulatih Korea Selatan Huh Jung Moo lebih percaya posisi penjaga gol nombor satu diletakkan kepada Jung Sung Ryong.

Kedudukannya sebagai pemain di bangku simpanan sepanjang Piala Dunia 2010 lalu, mungkin membuatkan Lee akhirnya memutuskan untuk bersara sebagai pemain kebangsaan. Perlawanan persahabatan menentang Nigeria pada 11 Ogos 2010 lalu dengan kemenangan 2-1 menjadi penampilan Lee yang terakhir dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan. Lee telah menjadi sebahagian dari skuad Knight Taegeuk dalam 130 perlawanan sejak 1994.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
0

Selasa, 25 Februari 2014



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

“Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab,

“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata,

“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata,

“Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,

“Apakah kunci syurga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata,

“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab,

“Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata,

“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa. 

0

Ahad, 16 Februari 2014


Sumber: detikislam

Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia adalah sebuah gereja Kristian Timur yang dibina oleh Constantius, putera Kaisar Constantine Agung. Gereja ini kerap rosak dilanda gempa.

Walaupun bangunannya dibina berbentuk kubah tahan gempa, tapi tetap runtuh. Pada tahun 7 Mei 558 M, semasa Kaisar Justinianus, kubah sebelah timur runtuh akibat gempa.

Pada 26 Oktober 986, semasa pemerintahan Kaisar Basil II (± 958-1025), sekali lagi masjid ini dilanda gempa.
Dari Gereja Byzantium dijadikan Masjid kemudian dijadikan Muzeum semasa pemerintahan sekular Kamal Ataturk
Ketika Konstantinopel jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II Turki Usmani (yang terkenal dengan julukan ‘al-Fatih’/sang penakluk) pada tanggal 27 Mei 1453. Semasa memasuki kota itu, al-Fatih turun dari kudanya dan membuat sujud syukur kepada Allah SWT. Lalu beliau pergi ke Gereja Hagia Sofia dan memerintahkan untuk mengubahnya menjadi Masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia.

Nama Konstantinopel juga ditukar menjadi Islam Pol (Kota Islam) dan akhirnya berubah menjadi Istanbul.

Setelah kekhilafahan Turki Usmani kalah pada Perang Dunia I, pasukan sekutu menguasai Istanbul pada tahun 1922 M. Bangunan kuno Aya Sofia yang hampir lima abad dijadikan masjid, diubah menjadi muzeum oleh penguasa baru Turki, Mustafa Kamal Ataturk (Bapa Republik Sekular Turki) dan memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara.

Sejak itu, masjid Aya Sofia dijadikan salah satu tarikan pelancongan terkenal oleh pemerintah Turki di kota Istanbul. Nilai sejarahnya dilitupi oleh gaya arkitektur Byzantium yang indah mempesona.

Inilah salah satu usaha musuh-musuh Islam untuk menghilangkan jejak kejayaan Islam. Padahal, dulu Sultan Muhammad al-Fatih hanya didukung oleh 265 orang untuk menaklukan kota Byzantium / Konstantinopel / Istanbul yang menjadi pusat kerajaan Rom Timur.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

0

Selasa, 11 Februari 2014



 Sumber: detikislam



0

Isnin, 10 Februari 2014


Sumber: dakuamatmenyintaimu


 PERNAHKAH anda mengalami perasaan ganjil di mana kekadang seakan-akan terlihat bayangan orang di tengah malam ataupun suara bisikan di telinga yang seolah-olah memanggil ketika berseorangan? Terdengar bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya?


Cara Mengesan Dan Memagar Diri Dari Jin

Hal ini berkemungkinan berlaku kerana anda tinggal bersama makhluk Allah yang menghuni alam ghaib iaitu JIN. Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung kerana alam yang berbeza, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan.

Mungkin anda akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting lebih awal kita MENGESAN adakah badan kita ditumpangi oleh makhluk Jin ini.

Mari sama-sama kita mencuba :

                     Al Ruqyah Al Syariah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy 

Langkah 1 - Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2 - Pejamkan mata dan hayati (Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut).

Langkah 3 - Perhatikan setelah selesai. Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar2, ada benda bergerak2 di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap. Maka SAHLAH badan anda dihuni oleh JIN.

Segeralah berjumpa dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak lebih teruk.

Simptom Awal Gangguan Jin :  

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.





0

Ahad, 9 Februari 2014


Sumber: zaharuddin.net

(Artikel ini ditulis pada tahun 2007, adapun di ketika Yahudi Israel menyerang Palestin dengan kejam hari ini, tindakan boikot adalah amat wajar dilakukan- uzar pada 9 Jan 09)
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Begitu banyak soalan yang datang kepada saya dan kedengaran di sana sini berkenaan hukum membeli barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi khususnya dan bukan Islam umumnya. Ia menjadi satu persoalan yang semakin hangat disebabkan sikap Yahudi yang berterusan menyerang negara umat Islam. Demikian juga Amerika.  
Saya ada terbaca kempen dari orang awam dan beberapa ilmuan yang mewarwarkan hukum haram jika membeli barangan dari syarikat yang dimiliki oleh Yahudi sepenuhnya atau salah seorang pemilik syarikat tersebut adalah Yahudi. 

Syarikat Yahudi semua haram kita berjual beli?Akibatnya timbul kempen memboikot syarikat-syarikat tertentu dan boikot yang disebarkan melalui email dan internet. Syarikat seperti McDonald, Kentucky Fried Chickhen, TESCO dan lain-lain syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung adalah syarikat yang kerap dijadikan bahan utama.
Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam seperti Maxis dan lain-lain. Saya juga pernah membaca dan mendengar ada yang berusaha menimbulkan semangat berkobar-kobar sehingga berkata bahawa sesiapa yang membeli dan menggunakan khidmat syarikat-syarikat ini maka samalah seperti membantu agama mereka, membunuh umat Islam dan banyak lagi. Adakah ini benar dari sudut pandangan Islam?.
Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat menjelaskan keadaan dan ia adalah berdasarkan pandangan beberapa nas dan pandangan ulama kontemporari. Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang dan tulisan ini bukanlah sebuah kajian ilmiah bertaraf univeristi. Ia hanya jawapan yang diringkas dan dipermudahkan bagi bacaan orang awam sahaja. Saya juga tiada sebarang kepentingan dalam semua syarikat yang disebutkan namanya di atas dan yang lainnya, tulisan ini adalah dibuat atas dasar penyebaran ilmu Islam di atas landasan ilmu sahaja.
Asas Hukum
Pertamanya, elok kiranya saya cuba menjelaskan hukum berjual beli dengan orang Yahudi atau dengan mana-mana syarikat yang dimiliki oleh individu Yahudi. Bagi mendapatkan kejelasan dalam isu ini, fakta berikut perlu difahami sebaiknya:-
a) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.
b) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat berikut : -
الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ
Ertinya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik.." ( Al-Maidah : 5 )
Jika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).
c) Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama
بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ
Ertinya : Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.
Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan :-
واستدل به على جواز بيع السلاح من الكافر
Ertinya : Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan MEMBELI senjata dari orang kafir.  ( Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142 )
Ini adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.
Ijma ( Sepakat ) Keharusan
Manakala Imam An-Nawawi pula ketika mensyarahkan hadith yang sama menyatakan :-
فيه جواز معاملة أهل الذمة والحكم بثبوت املاكهم على مافي أيديهم ...وبه قال الشافعي ومالك وأبو حنيفة وأحمد والعلماء كافة
Ertinya : hadith ini menunjukkan harusnya berurusan dengan ahli Zimmah ( kafir yang bukan tentera yang berperang dengan Islam) dan hukum ini membawa erti sabitnya pemilikan barangan itu oleh mereka...dan demikian ini adalah pandangan Imam As-Syafie, Imam Malik dan Abu Hanifah serta Imam Ahmad dan seluruh ulama" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40 )
Imam An-Nawawi menyambung :
وأما اشتراء النبي الطعام من اليهودي ورهنه عنده دون الصحابة فقيل فعله بيانا لجواز ذلك وقيل لأنه لم يكن هناك طعام فاضل عن حاجة صاحبه الا عنده وقيل لأن الصحابة لا يأخذون رهنه صلى الله عليه وسلم ولا يقبضون منه الثمن فعدل إلى معاملة اليهودي لئلا يضيق على أحد من أصحابه
Ertinya : Nabi membeli makanan dari Yahudi serta mencagarkan baju besinya dan tidak dilakukan kepada sahabat adalah dikatakan sebagai tanda keharusan melakukan demikian (berurusan dengan Yahudi dan bukan Islam walaupun terdapat orang Islam), sebahagian ulama yang lain pula mengatakan (nabi tidak beli dari sahabat) kerana mereka tiada makanan lebihan untuk dijual kepada nabi, ada juga yang mengatakan para sahabat tidak menerima cagaran Nabi serta tidak mahu menerima sebarang bayaran dari Nabi sehingga menyebabkan Nabi berurusan (kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya) dengan Yahudi agar tidak memberatkan sahabatnya. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)
وقد أجمع المسلمون على جواز معاملة أهل الذمة وغيرهم من الكفار إذا لم يتحقق تحريم ما معه لكن لا يجوز للمسلم أن يبيع أهل الحرب سلاحا وآلة حرب ولا يستعينون به في اقامة دينهم.
Telah ijma' atau sepakat seluruh umat islam keharusan urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana (urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka " ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)
Justeru, telah ijma' berkenaan keharusan membeli dan menjual samada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan rasmi) memerangi Islam, transaksi pula dilakukan bertepatan dengan Islam. Di samping hujah-hujah yang sohih di atas ia juga disokong lagi oleh sebuah hadis dhoif iaitu :-
روى الخلال بإسناده عن عطاء قال نهى رسول الله عن مشاركة اليهودي والنصراني إلا أن يكون البيع والشراء بيد المسلم
Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato' berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)" ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi' , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )
d) Para sahabat juga berurusan jual beli dengan orang kafir termasuk Yahudi. Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja yang berurusan demikian, malah para sahabat baginda lebih kerap melakukannya dimana mereka juga terbabit dalam jual beli dengan Yahudi, Nasrani, Musyrik dan lain-lain. Sebagai bukti adalah firman Allah :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya
Ayat ini secara langsung memberikan kefahaman kepada kita bahawa para sahabat Nabi sebelum Allah SWT melarang orang kafir dari memasuki masjidil haram, mereka kerap dan cukup banyak berurusan samada jual atau beli dari si kafir dan yahudi.
Ini disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya :-
وكان المسلمون لما منعوا المشركين من الموسم وهم كانوا يجلبون الأطعمة والتجارات , قذف الشيطان في قلوبهم الخوف من الفقر وقالوا : من أين نعيش . فوعدهم الله أن يغنيهم من فضله .
Ertinya : Orang-orang Islam apabila Allah melarang orang Musryik dari masuk (berniaga) pada musim perniagan sedangkan mereka dulu lah yang membawa makanan dan pernigaaan, maka syaitan mulai melontarkan dalam hati umat Islam takut dan bimbang mereka akan jatuh faqir, ( kerana tiada pelanggan dan pembekal), sehingga ada antara mereka berkata : " Bagaimana kami nak hidup" , tatkala itu Allah SWT menjanjikan kepada mereka kurniaan rezeki dari sisiNya" ( Al-Jami' Li Ahkami Quran, 8/106 )
Imam Fakhruddin Ar-Razi pula menegaskan :
وحملوا الطعام إلى مكة وكفاهم الله الحاجة إلى مبايعة الكفار
Ertinya : Orang-orang Islam dari Jeddah, Sana'a dan Hunain itu membawa makanan ke Mekah (untuk dijual) dan Allah SWT mencukupkan mereka dengan jual beli dengan orang Kafir" ( Tafsir Al-Kabir, Ar-Razi, 16/22 )  
Hasilnya, jelas bahawa para sahabat juga berurusniaga dengan orang kafir. Nabi SAW juga masih hidup tatkala itu dan membiarkan urusan itu tanpa sebarang larangan dan tegahan. Malah setelah kafir dikeluarkan dari masjidil haram, para sahabat masih berniaga dengan mereka di sebelah luar, bukti terjelas adalah tindakan Nabi SAW sendiri membeli makanan dari Yahudi, Nabi juga wafat dalam keadaan hutangnya belum selesai dengan Yahudi ini. Isu hutang Nabi ini dibincang panjang lebar oleh ulama silam. Saya tidak berhasrat mengulasnya di sini. 
Saya kira kumpulan dalil dan huraian ringkas di atas sudah cukup untuk kita mendapat kefahaman hukum berkaitan ursniaga dengan Yahudi, syarikat yang dimiliki Yahudi atau lain-lain agama.
Agenda Boikot bagaimana?
Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika Yahudi atau lain-lainnya melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam. Benar, umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam. Saya juga tidak mahu melemahkan semangat kempen ini, cuma orang ramai perlu tahu antara hukum dan keutamaan. Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi lalu dituduhnya kafir, munafiq, pembantu Yahudi dan lain-lain. 
jahat

Menurut para ulama kontemporari, cara yang dikira aman di zaman ini adalah dengan melakukan pemboikotan dari membeli barangan semua syarikat di bawah telunjuk mereka. Justeru, ia adalah salah satu cara yang paling berkesan buat orang awam islam di seluruh dunia.
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.
Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.
Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?. Atau bagaimana?
Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :-
1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.
3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)  
Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.
Tiada Khalifah Islam
Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.
Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.
Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-
جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih  )
Perbezaan & Perkembangan Baru  
Cuma, di zaman kewujudan jemaah-jemaah Islam yang pelbagai di dalam negara Malaysia, pada hemat saya, sekiranya anda seorang yang komit dan telah memberikan satu 'bai'ah' atau janji setia dengan kepimpinan persatuan anda seperti ABIM, JIM, PAS, TABLIGH, HIZB TAHRIR, PPIM atau lainnya, dan mereka mewajibkan ahli mereka agar boikot. Tatkala itu mungkin boleh diperbincangkan hukumnya samada telah menjadi wajib ke atas ahli mereka atau tidak. Saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di sini kerana ia akan memanjangkan tulisan ini. Mungkin ia lebih elok ditulis oleh tokoh-tokoh pimpinan persatuan dan jemaah tadi sendiri.  
b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.
contoh 
Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.
Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
Digalakkan juga umat Islam mengutamakan sayarikat Islam dan barangan keluaran Islam bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam. Ia juga adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Saudi. Wallahu'alam.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
29 Rejab 1428 H ( 13 Ogos 2007 )

0

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE