Artikel Dari Guablog

Sabtu, 1 Mac 2014

Telefon Pintar Mozilla Termurah 25$

| | 2 comments

Sumber: reaperz.net


Pada hari isnin lepas syarikat gergasi pelayar internet Mozilla, telah mengumumkan prototaip telefon pintar kos rendah yang berharga 25$ (RM81.90) di Kongres Telefon Bimbit Dunia yang berlangsung di Barcelona
Telefon pintar Mozilla ini akan menggunakan sistem operasi yang dibangun oleh syarikat itu sendiri, iaitu Firefox OS.
Telefon pintar Mozilla ini dibuat bertujuan untuk memasukan pasaran telefon pintar kos rendah.

Mozilla juga mengatakan beberapa syarikat telekomunikasi seperti Telenor, Telkomsel dan Indosat, dan rakan kongsi ekosistem seperti Polytron, T2Mobile dan Thundersoft telah menunjukkan minat akan telefon pintar kos rendah ini.

Mozilla telah mempamerkan telefon pintar baru untuk rujukan pemaju atau developers, yang dipanggil Firefox OS Flame.




Mozilla juga telah mendedahkan spesifikasi Firefox OS Flame :
  • Allwinner A31 (1.2GHz); Cortex-A7 Quad-core, PowerVR 544MP2
  • 4.5-inch screen (FWVGA 854×480 pixels)
  • Cameras: Rear: 5MP / Front: 2MP
  • 3G UMTS quad-band (850/900/1900/2100)
  • 8GB memory
  • 256MB -1GB RAM (adjustable by developer)
  • A-GPS, NFC
  • Battery capacity: 1,800 mAh
  • Wi-fi: 802.11 b/g/n, Bluetooth, Micro USB

"Kami sedang memperkenalkan kategori telefon pintar yang baharu, dan kerana ia berharga $25, lebih ramai orang di seluruh dapat berhubung dengan menggunakan telefon pintar," kata ketua pegawai operasi Mozilla Jay Sullivan pada Kongres Telefon Bimbit Dunia yang berlangsung di Barcelona.
Pada kongres berkenaan, sistem operasi Firefox (Firefox OS) digunakan di dalam telefon pintar keluaran China iaitu ZTE Open C dan Open II dan beberapa tablet keluaran Alcatel OneTouch.

Firefox OS dilancarkan pada tahun 2013 dengan pelancaran telefon pintar pertama mereka pada bulan Julai. Sehingga kini, ia telah pun dipasarkan di 15 negara.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. terima kasih bro letak sumber :D dapat backlink free. hehe.

    BalasPadam

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE