Artikel Dari Guablog

Ahad, 9 Mac 2014

MH370 – Wujud Pihak Bodoh Tak Berhati Perut

| | Leave a Comment

0903MasBodoh02

INSIDEN kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bukan sahaja mengundang perhatian dan keprihatinan warga dari seluruh dunia tetapi ia juga memperlihatkan kewujudan beberapa individu bodoh dan tidak berhati perut.

Beberapa individu tertentu termasuk personaliti dikenali ramai membuat kenyataan bersifat gurauan terhadap nasib pesawat MH370 ini tanpa mengambil kira kesedihan ahli keluarga penumpang yang kini berdebar-debar menunggu maklumat terkini insiden berkenaan.

Pesawat MAS itu terputus hubungan dengan komunikasi menara kawalan pada pukul 2.40 pagi Sabtu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi.

Antara individu yang melakukan kerja tidak berfaedah ini ialah bekas peserta program realiti komedi terbitan Astro iaitu Raja Lawak.
 
Bekas peserta itu iaitu Leman Raja Lawak menuduh kerajaan dipimpin parti Barisan Nasional (BN) enggan mendedahkan maklumat bahawa pesawat berkenaan kononnya telah diketahui terhempas ke dalam laut.

“Pemimpin BN tak mahu beritahu kebenaran bahawa yang sebenarnya kapal terbang MAS yang meletup di udara dan terhempas di lautan yang menyebabkan semuanya terbunuh.. Mereka takut syarikat MAS akan mengalami kerugian disebabkan oleh kecuaian pihak MAS sendiri,” kata Man melalui status Facebooknya.

Mereka seakan tidak mempunyai peri kemanusiaan dan sanggup membuat kenyataan menghina di laman sosial tanpa mengambil kira perasaan para ahli keluarga.

Jika hendak dikumpulkan semua, agak banyak juga individu mental rendah ini khususnya di laman sosial kerana biasanya disitulah berkumpulnya mereka yang hanya berani berkata-kata di atas papan kekunci komputer sahaja tanpa mahu berfikir panjang secara matang. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : KUMBANG WIRA

0903MasBodoh05

0903MasBodoh03

0903MasBodoh04


0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE