

"Tumpahan minyak kira-kira sepanjang 20 kilometer dikesan oleh pesawat
AN26 tentera Vietnam ketika operasi mencari di mana ia dipercayai kesan
daripada punca kapal terbang itu terhempas.
"Kami sudah memaklumkan maklumat itu kepada Singapura serta Malaysia
kini operasi mencari masih lagi diteruskan," kata Pengarah Pentadbiran
Penerbangan Awam Lai Xuan Thanh sepertimana dipetik dalam laporan berita
tersebut.
Katanya beliau masih belum mengenalpasti adakan tumpahan minyak itu
lebih dekat dengan Malaysia atau di Vietnam berdekatan dengan laluan ke
teluk Thailand.
Koordinat yang dihantar pada kali terakhir oleh pesawat itu adalah
berdekatan dengan titik tengah kedua-dua negera, di mana kapal terbang
itu berada dalam penerbangan stabil dengan ketinggian 35,000 kaki.
Penemuan itu dikesan selepas Vietnam, Malaysia, China, Singapura dan
Filipina bekerjasama mempergiatkan operasi mencari kehilangan pesawat
yang dilaporkan hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari
Kuala Lumpur.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kedudukan terakhir MH370 sebelum hilang daripada radar adalah 065515 utara (longitude) dan 1033443 timur (latitude). -themalaysianinsider
0 comments:
Catat Ulasan