Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala
Lumpur ke Beijing dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan
Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu

Dalam satu kenyataan, MAS memberitahu bahawa penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama
Penerbangan Dari KL ke Beijing itu membawa sejumlah 239 penumpang keseluruhan iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 petugas pesawat
Dalam perkembangan lain, MAS kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat
MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi mendapatkan maklumat terkini yang berkaitan
Sementara itu, menurut agensi berita China, Xinhua melaporkan bahawa
pesawat berkenaan terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal
oleh Vietnam
Tambah laporan lagi, pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang
udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat
kawalannya
Malaysia Airport Berhad turut meminta orang ramai henti membuat
spekulasi berkenaan kehilangan pesawat MAS MH370 dan meminta semua pihak
bersabar dan menunggu pengumuman rasmi dari MAS
Senarai Jumlah Penumpang Pesawat MAS MH370 Mengikut Pecahan Negara.-mysumber
Penumpang Negara | Jumlah |
---|---|
China | 152 (termasuk seorang bayi) |
Malaysia | 38 |
Indonesia | 12 |
Australia | 7 |
Amerika Syarikat | 3 (termasuk seorang bayi) |
Perancis | 3 |
New Zealand | 2 |
Ukraine | 2 |
Kanada | 2 |
Rusia | 1 |
Itali | 1 |
Netherlands | 1 |
Austria | 1 |
Taiwan | 1 |
0 comments:
Catat Ulasan