Artikel Dari Guablog

Isnin, 10 Mac 2014

Tragedi #MH370: Utusan Malaysia buat spekulasi liar dan melampau!

| | Leave a Comment

SEDANG rakyat Malaysia diselubungi kesedihan berhubung tragedi pesawat #MH370‎ yang hilang dari radar sejak kelmarin, Utusan Malaysia pula membangkitkan kemarahan orang ramai di media sosial.

Satu senarai kemungkinan penyebab tragedi kehilangan pesawat MH370 disiarkan oleh akhbar ‎itu. Salah satu kemungkinan yang dicatatkan ialah 'juruterbang membunuh diri'.

Senarai kemungkinan yang disiarkan tanpa merujuk mana-mana sumber itu disifatkan sebagai spekulasi liar dan tidak sensitif kepada keluarga juruterbang.

‎Apa perasaan keluarga juruterbang #MH370 jika membaca laporan ini?

Adakah wajar juruterbang beragama Islam dianggap membunuh diri sekaligus sebagai penyebab kepada kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370?

‎Bukankah orang ramai dilarang keras menimbulkan sebarang spekulasi liar yang akan mengguris perasaan keluarga penumpang, selain menyusahkan kerja-kerja menyelamat?

‎Adakah larangan keras itu terkecuali kepada akhbar kawalan pemerintah seperti Utusan Malaysia? 
 
Sumber: milosuam

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE