Pemain pasukan bola sepak Terengganu berhadapan detik cemas apabila
pesawat Malindo Air yang mereka naiki untuk pulang ke negeri itu selepas
menentang pasukan ATM di Selayang malam tadi mengalami kebakaran dalam
satu insiden pagi ini.
Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, pesawat tersebut
mengalami insiden kebakaran itu sewaktu berada pada ketinggian 7,000
kaki.
“Sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan dan dengan
segera krew penerbangan membuat senarai semak kecemasan berdasarkan
prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal keadaan.
“Kapten penerbangan membuat keputusan berpatah balik ke Subang
dan pesawat itu berjaya didaratkan dengan selamat di Subang. Tiada
sebarang insiden kecederaan dilaporkan. Kesemua penumpang dipindahkan ke
penerbangan lain ke terengganu,” menurut kenyataan itu.
Menurut Malindo Air, punca kejadian itu dalam siasatan dan insiden itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan.
Media hari ini melaporkan pemain pasukan Terengganu berhadapan detik cemas apabila pesawat yang dinaiki mereka selepas menewaskan ATM 3-0 terpaksa berpatah balik akibat enjin terbakar.
Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri turut merakam gambar kebakaran enjin tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan