Artikel Dari Guablog

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Jumaat, 4 April 2014


Jumaat
PKNS FC 1 – 1 JDT
Patrick Ronaldinho Wleh 36′Mahali Jasuli 53′
Sarawak 1 – 3 Terengganu
Mohd Rashid Aya 32′′Zairo Anuar 20′, Dabo Moustapha 65′, Nor Farhan 69′

Kedudukan Semasa Carta Liga Super



 

Sumber: mysumber
0

Rabu, 26 Mac 2014


Berikut adalah keputusan dan kedudukan dalam saingan Liga Super Malaysia selepas enam perlawanan yang berlangsung pada malam Selasa
results terkini liga super 2014 live scorekeputusan terkini liga super 25 mac 2014
Keputusan Semasa Dan Penuh Liga Super 25 March 2014

ATM logo baru atmkeputusan terkini liga super 25 mac 2014 0 – 3 logo baru terengganukeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Terengganu
masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Manaf Mamat 24′, Nor Farhan 78′, Faiz Subri 90+
Kelantan logo baru kelantan 2014keputusan terkini liga super 25 mac 2014 1 – 2 logo baru jdt 1 2014keputusan terkini liga super 25 mac 2014  JDT
Ghaddar 17′ masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Amri Yahyah 33′, Fazly Mazlan 88′
T-Team logo baru t teamkeputusan terkini liga super 25 mac 2014 2 – 0 logo baru sime darbykeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Sime Darby
 ′Evaldo Goncalves 26′, Marzuki Yusof 72′ masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014
Perak logo baru perakkeputusan terkini liga super 25 mac 2014 0 – 1 logo baru lions xiikeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Lions XII

masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Safuwan Baharudin 90+
PKNS FC logo baru pkns fckeputusan terkini liga super 25 mac 2014 1 – 3 logo baru pahangkeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Pahang
′Patrick Ronaldinho Wleh 72′ masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Dickson Nwakaeme 43′, 60′, Fauzi Roslan 63′
Sarawak logo baru sarawakkeputusan terkini liga super 25 mac 2014 0 – 2 logo baru selangorkeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Selangor

masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Andik vermansyah 25′, Thamil Araasu 53′

Kedudukan Terkini Carta Liga Super
keputusan terkini liga super 25 mac 2014

Sumber: mysumber
1

Ahad, 9 Mac 2014


Saingan Kempen Liga Super Malaysia kembali menghangatkan kancah bola sepak tempatan selepas berehat hampir 3 minggu dan malam ini (Sabtu) menyaksikan lima perlawanan berlangsung

wallpaper liga super malaysia 2014keputusan terkini liga super 8 mac 2014

Berikut adalah keputusan semasa dan penuh perlawanan Liga Super 2014 bagi saingan yang keenam sepertimana yang dijadualkan -mysumber


7.45 mlm  Lions XIIlogo baru lions xiikeputusan terkini liga super 8 mac 2014 1 – 2 logo baru kelantan 2014keputusan terkini liga super 8 mac 2014  Kelantan
Khairul Amri 26′ masa penuh1keputusan terkini liga super 8 mac 2014 Fakri Saarani 51′,  Forkey Doe 90+1
8.45 mlm Pahang logo baru pahangkeputusan terkini liga super 8 mac 2014 4 – 1 logo baru atmkeputusan terkini liga super 8 mac 2014  ATM
 Matias Conti15, Dickson 18′,51′, Faizol Hussain 35′, masa penuh1keputusan terkini liga super 8 mac 2014 Juan Arostegui 69′
8.45 mlm T-Team logo baru t teamkeputusan terkini liga super 8 mac 2014 2 – 0 logo baru sarawakkeputusan terkini liga super 8 mac 2014  Sarawak
Ramzul Adnan 46′, Badrul Hisyam Morris 86′ masa penuh1keputusan terkini liga super 8 mac 2014
8.45 mlm Perak logo baru perakkeputusan terkini liga super 8 mac 2014 1 – 1 logo baru pkns fckeputusan terkini liga super 8 mac 2014  PKNS FC
Eliel da Cruz Guardiano 6′ masa penuh1keputusan terkini liga super 8 mac 2014 Karlo Primorac 39′
8.45 mlm Sime Darby logo baru sime darbykeputusan terkini liga super 8 mac 2014 0 – 2 logo baru jdt 1 2014keputusan terkini liga super 8 mac 2014  Johor (JDT I)

masa penuh1keputusan terkini liga super 8 mac 2014 Luciano Figueroa 23′, Norshahrul Idlan Talaha 31′

Kedudukan Carta Liga Super Perlawanan #6

keputusan terkini liga super 8 mac 2014




































0

Ahad, 2 Mac 2014


Sumber: detikislam

Lee Woon-Jae 
Lee merupakan penjaga gawang pasukan bola sepak Korea Selatan yang pernah bermain beberapa kali di pentas Piala Dunia. Kali terakhir di pentas Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sebelum ini, Lee pernah bermain di Piala Dunia 1994, 2002 dan 2006. Lelaki kelahiran Cheongju Chungbuk, Korea Selatan pada 26 April 1973 ini selalu diberi kepercayaan mengalas sebagai penjaga gol nombor satu Korea Selatan.

Penjaga gol senior pasukan kebangsaan Korea Selatan ini mungkin boleh dikatakan satu-satunya pemain Muslim yang pernah berada dalam skuad Korea Selatan ketika Piala Dunia 2010 yang lalu.

Keislaman Lee ini pada awalnya memang belum diketahui ramai pihak. Majoriti penduduk Korea Selatan beragama Buddha dan Kristian. Jadi, tidak menghairankan jika Lee sudak memeluk Islam jarang didedahkan. Walaupun begitu, Lee terkenal di kalangan muslim yang meminati bola sepak.

Lee menjadi mualaf sejak tahun 2004. Jadi, dia sudah menjadi Muslim sebagai pemain Korea Selatan ketika di Piala Dunia 2006 di Jerman lagi.

Perkenalan Lee dengan Islam berlaku di tahun 2004. Sebelum memeluk Islam, Lee adalah penganut Kristian yang taat. Namun, perkembangan Islam yang cukup pesat di negaranya membuat dia tertarik dengan ajaran Islam. Lee akhirnya memutuskan menjadi Muslim. Sejak saat itu dia taat menjalankan solat dan puasa .

Pada bulan Ramadan, Lee tetap berpuasa walaupun pertandingan bola sepak sedang berlangsung. Setiap hari, Lee seperti biasa menjalankan solat lima waktu dan sesekali ke masjid ketika pulang latihan atau menuju rumahnya. Lelaki berusia 37 tahun ini menikmati hari-harinya dengan tenang walaupun orang-orang di persekitaran sekitarnya kebanyakan bukan Muslim.

Lee merasakan tolerasi beragama begitu baik dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan dan di kelab sehingga dia tidak merasa segan dengan gelaran Muslim yang disandangnya.

Sudah bersara

Sepanjang kerjayanya, Lee sudah mengikuti empat Piala Dunia dan tersenarai salah seorang dari tujuh pemain Asia yang pernah bermain di empat Piala Dunia yang berbeza. Namun, pada Piala Dunia 2010 lalu dia hanya menjadi pemain simpanan.

Ketua jurulatih Korea Selatan Huh Jung Moo lebih percaya posisi penjaga gol nombor satu diletakkan kepada Jung Sung Ryong.

Kedudukannya sebagai pemain di bangku simpanan sepanjang Piala Dunia 2010 lalu, mungkin membuatkan Lee akhirnya memutuskan untuk bersara sebagai pemain kebangsaan. Perlawanan persahabatan menentang Nigeria pada 11 Ogos 2010 lalu dengan kemenangan 2-1 menjadi penampilan Lee yang terakhir dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan. Lee telah menjadi sebahagian dari skuad Knight Taegeuk dalam 130 perlawanan sejak 1994.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
0

Khamis, 13 Februari 2014


Sumber: mazeermohamad

Kesalahan besar sangat ke siarkan video tersebut? Kenapa pula sampai berlakunya pemecatan? Tak dengar pula Astro keluarkan laporan mengenai insiden neh. Ini pun baca2 dari blog rakan2 jek neh. Kalau ada kenalan2 yang terdekat terutamanya yang bekerja di Astro, mereka sahkan perkara ini pun bagus juga.
Betul ke wartawan ASTRO yang dedahkan kandungan video TMJ dalam terowong telah dipecat serta merta?

Wartawan ASTRO yang siarkan video tersebut dipecat?

Nak cakap lebih2 pun susah. Sumber rujukan pula blog semata2. Mana ada kekuatan hujah. Harap pihak ASTRO boleh tampil berikan kenyataan balas.
Cuba baca;

Menurut maklumat istana Johor sedang mencari wartawan Astro yang memuat naik insiden bola sepak baru baru ni.

Maklumat sama juga menyebut pihak pihak Astro telah memberhentikan wartan berkenaan dengan memberi notis 24 dengan alasan melanggar etika kewartawanan iaitu dengan memuat naik video tanpa kebenaran dari pihak syarikat rakaman.

Video yang dibuat naik tersebut juga tidak menunjukkan banyak perkara, hanya insiden dalam terowong
laluan keluar masuk pemain dan tidak menampakan kejadian tumbuk menumbuk seperti yang dikhabarkan.
Menjadi tanggungjawab wartawan untuk menyiarkan maklumat yang benar dan tepat tanpa sebarang sekatan, ugutan maupun ancaman.

Syarikat rakaman ke stesen penyiaran TV? Adoi. Syarikat rakaman tue lain sikit kot dari station penyiaran TV.

HAHAHA. 

Kena pecat lagi. Istana Johor cari lagi. Gila ah. Padan la semua takut melawan TMJ dan Sultan Johor. Kalau betul perkara neh tak aneh la juga kenapa peguam Kamal sampai lari ke luar negara. Ada macam2 tekanan yang dia terima rupanya. Kes peguam yang melawan Sultan Johor tue. Dulu ada keluar video pengakuan kata Kamal punya biadap, sampai tampar Sultan pun ada. Entah betul entah kan tidak.
HAHAHA..

Apa pun kalau sungguh la istana Johor buru dia, phewww.. apa la nasib ko agaknya. Seram juga aku memikirkan.. takut woo. 
Bagi aku TMJ memang terbukti berada dalam terowong tersebut. Lihat video sudah la.

Part memukul tue memang tak terbukti sebab takde rakaman. Ini pun fakta juga. Cuma aksi sedang meleraikan pergaduhan aje yang kita nampak. Dan geng2 JDT pula gunakan hujah berikut untuk pertahankan JDT.

Lihat ;
Kena faham betul2.
Tak terlihat kecederaan bukan bermaksud tiada pukulan. Apa yang ingin disampaikan ialah mereka cuma tak nampak part hidung berdarah, darah meleleh2 apa semua tue. Contoh macam ko jatuh. Belum tentu ko berdarah. Boleh jadi ko sakit boleh jadi ko tak sakit. So macam tue juga bila kena pukul. Belum tentu kalau kena pukul mesti berdarah dan sebagainya. 

Apa pun memandangkan FAM.. err FAM? tengah siasat benda neh, dan kita err sama2 la serahkan pada FAM untuk menilai.. err FAM? FAM? FAMMMM?
HAHAHAHAHAHAHA..

sumber : sozcyili

0

Selasa, 11 Februari 2014





0
            & teganukita

KUALA TERENGGANU – Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam ini bersumpah dengan Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas.

Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.

Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah Al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas.

Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.




Bagaimanapun kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu.

Ahmad dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu agar tidak berbohong.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Menteri Besar mencabar Irfan tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar.

"Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya.

Ahmad nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur.

Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi. Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan.

Beliau telah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang merupakan rakan serumahnya dan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Feb -- BERNAMA

Sebelum ini myMetro telah melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemain dan pengurusan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang beragama Islam bersumpah dengan al-Quran bagi mendedahkan kebenaran di sebalik insiden di terowong menuju bilik persalinan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru dalam perlawanan pusingan Piala FA menentang T-Team, Sabtu lalu.

Katanya, beliau juga akan memanggil semua pemain T-Team termasuk Muhammad Irfan Abdul Ghani serta pihak pengurusan pasukan berstatus kelab itu untuk melakukan sumpah al-Quran di depannya sendiri dalam masa terdekat.

“Sebagai orang Islam saya ingin lihat perkara ini benar, saya juga minta Johor DT (pemain dan pengurusan) bersumpah al-Quran kerana kita orang Islam. Dengan cara ini kita dapat pastikan siapa yang benar.

“Saya akan turut panggil pasukan T-Team sama ada Isnin atau Selasa ini untuk dapatkan penjelasan sebenar dan akan minta pemain serta pihak pengurusan yang menyaksikan insiden itu agar bersumpah al-Quran di depan saya termasuklah Irfan,” katanya selepas melawat Kampung Pelandan.

Ahmad turut mempersoalkan kejujuran Irfan membuat laporan polis Rabu lalu apabila mendakwa tiada apa-apa berlaku ketika pemain dan pegawai kedua-dua pasukan berada di terowong stadium berkenaan.

“Adakah dia (Irfan) nampak sendiri apa yang berlaku? Saya difahamkan dia pemain simpanan dan sudah tentu kalau ikut proses biasa ketika rehat, dia tak masuk dalam terowong kerana perlu memanaskan badan di padang,” katanya.


... Apa dah jadi?? kerana sebiji bola Al-Quran jadi permainan .. nak bersumpah cari Al-Quran tapi bila memerintah tolak Al-Quran..

Kerana sebiji bola, Al-Quran jadi bahan mainan. Jika bersumpah sudah boleh buktikan kebenaran, eloklah mahkamah seluruh Malaysia ditutup.
0

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE