Artikel Dari Guablog

Rabu, 2 April 2014

Pengarah Filem 'Lord of the Rings', Peter Jackson Bantu Cari MH370

| | Leave a Comment

Jet pribadi Peter Jackson, Gulfstream G650 sedang digunakan dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu, berita disahkan sendiri oleh jurucakap beliau.

Radio New Zealand melaporkan bahawa pengarah filem trilogi ‘Lord of the Rings’ itu menyatakan okay untuk jet peribadinya digunakan dalam mencari MH370 yang membawa 239 penumpang berserta krew kabin itu.

ENT_PeterJackson_1212

Walaubagaimanapun, jurucakap Jackson, Matt Dravitzki tidak mahu mengulas mengenai berapa banyak pengarah itu mendapat ganti rugi bagi penggunaan jet peribadinya.

“Banyak pesawat awam dan tentera terlibat dalam carian, dan ia sama sekali sangat mengecewakan jika isu penggunaan jet peribadi yang dimiliki selebriti dijadikan berita, sedangkan ada 239 orang yang hilang,” jelas Dravitzki memberitahu Radio New Zealand.

G650-Nike

Syarikat yang mengendalikan jet peribadi Jackson, Gulfstream G650 menggunakan pesawat untuk membantu dalam usaha carian antarabangsa dengan keizinan Jackson. Jet tersebut membantu untuk memudahkan komunikasi antara pasukan carian.

Difahamkan Peter Jackson membeli jet peribadi pada Mac lalu sekitar $ 80 juta. Ia diuruskan oleh Execujet dan berpangkalan di Wellington.

Gulfstream G650 diklasifikasikan sebagai jet dengan “ultra-high-speed, ultra-long-range business jet” dan juga “gold standard in business aviation”. Ianya juga lebih cepat, lebih jauh dan lebih selesa daripada mana-mana pesawat lain. Jet boleh membawa lapan penumpang dan empat anak kapal tanpa henti lebih daripada 12,000 km.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE