Artikel Dari Guablog

Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Selasa, 8 April 2014




Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat.

Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.

“Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelit menunjukkan tidak ada yang terselamat.

“Namun saya masih mengharapkan keajaiban terjadi dan kita akan terus berdoa,” katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sumber: mynewshub
0

Isnin, 7 April 2014


 ANGUS HOUSTON

PERTH – Kapal Tentera Laut Australia mengesan isyarat di dasar laut yang konsisten dengan isyarat yang dipancarkan dari sebuah kotak hitam sebuah pesawat, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

Bunyi itu datang dari kedalaman 4,500 meter di dasar laut.

” Kita ada petunjuk visual di skrin, kita juga memperoleh bunyi, ” katanya.

Beliau berkata, isyarat itu adalah “amat menggalakkan” tetapi memerlukan beberapa hari untuk mengesahkan sama ada isyarat itu adalah dari kotak hitam pesawat MH370.

Katanya, lokasi isyarat itu perlu dikaji lebih mendalam dan selepas itu, peralatan dasar laut boleh dihantar untuk menyiasat. – AP

0


Pada 7 April ini, satu kumpulan besar penggodam akan melancarkan serangan siber terhebat dalam sejarah untuk melumpuhkan Israel dari segi keupayaan siber.

Projek dinamakan opisraelbirthday akan menghimpunkan penggodam ternama dari dunia Islam dan penggodam bukan Islam yang bersimpati dengan nasib masyarakat Palestin yang ditindas rejim Israel.

Lebih 9,000 website dirancang untuk dimusnahkan atau dijatuhkan.

Jika merujuk kepada laman web opisraelbirthday, sudah 478 laman web Israel berjaya diceroboh para penggodam walaupun tarikh sebenar perang siber itu masih beberapa hari ini.
Tahniah dan doa yang terbaik kepada mereka kerana apa yang mereka lakukan itu hanya Allah SWT sahaja yang mampu balas.

Sekurangnya Israel akan menerima mesej jelas bahawa anak muda Islam akan bertindak dalam pelbagai bentuk untuk membela saudara kami di Palestin.

Berikut adalah mesej yang diterima Mynewshub daripada salah seorang ahli Anonymous Malaysia mengenai rancangan serangan berkenaan.


Anonymous (Hacker) akan melancarkan serangan terhadap Israel pada 7 April 2014 terhadap laman web Kerajaan Israel dan seluruh page dari Israel termasuk akaun bank dan server dari Israel sekali gus melenyapkan Israel dari laman cyber sebagai bantahan atas serangan Israel terhadap rakyat Palestin…

Anonymous juga mengajak seluruh Hacker Muslim di dunia untuk menyertai mereka 7 April ini..Can’t wait for that …

Angka:

- Lebih 700 Website Israel akan terlibat
- Lebih 9000 Website akan down dan dirosakkan

#Share #SupportOpIsrahell #Anonymous #MuslimHackers – Mynewshub.my

0

Sabtu, 5 April 2014


Mahkamah Mesir Hukum Mati 528 Penyokong Morsi

Selain perkhabaran sedih bahawa pesawat MH370 disahkan mengakhiri destinasinya di Lautan Hindi, terdapat satu lagi berita melibatkan angka kematian yang besar diumumkan semalam.

Ia ada hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap 529 penyokong bekas Presiden kelima Mesir, Mohamed Morsi.

Seperti diketahui umum, Mohammed Morsi yang merupakan presiden Mesir pertama dipilih oleh rakyat secara demokrasi telah digulingkan oleh Ketua Tentera, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi pada 3 Julai tahun lalu.


Antara yang diisytiharkan dijatuhi hukuman mati semalam termasuklah Mursyidul Am pergerakan Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Badie.

Bagaimanapun, berita ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana banyak lagi kekejaman tentera Al-Sisi yang dilakukan setelah Morsi diguling.

Rakyat yang melakukan demonstrasi meminta suara mereka didengar dan tidak mahu tunduk kepada pemerintahan tentera telah dibom, dibunuh, diperkosa, diracun menggunakan gas dan disiksa dengan kejam dan tanpa perikemanusiaan.

Lihat sahajalah gambar di bawah:

anti coup egypt serangan mesir pro morsi (85)
anti coup egypt serangan mesir pro morsi (12)  anti coup egypt serangan mesir pro morsi (17) anti coup egypt serangan mesir pro morsi (30)     anti coup egypt serangan mesir pro morsi (97)
anti coup egypt serangan mesir pro morsi (93)

Sudah pasti, berita akan disebarkan secara berbeza apabila dibuat oleh media asing yang anti Islam.

Apa pun, semoga kebenaran akan berada di pihak yang benar satu hari nanti.


Sumber: mynewshub
0

Jumaat, 4 April 2014



Teori yang mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan dirampas pihak tertentu sebelum pesawat tersebut dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, masih boleh diterima dan tidak boleh ditolak begitu sahaja. Walau bagaimanapun, persoalan utama ialah siapa individu yang merampas pesawat tersebut dan tanda tanya itu sukar untuk dikupas.

Menurut sumber, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh. Jelasnya, pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui. Sumber berkenaan percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa yang merampas pesawat itu.

Beliau juga menolak teori mengatakan bahawa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bertanggungjawab dalam rampasan pesawat itu. Namun katanya, teori yang diperkatakan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana ia akan mencampuradukkan isu membabitkan antara negara.

“Saya tidak boleh komen lebih lanjut kerana ia akan menyentuh isu antara negara selain jika benar teori ini benar akan menjadi teori konspirasi berprofil tinggi,” katanya.

INIKAH RAHSIA YANG DISIMPAN PIHAK KERAJAAN?


Teori mengenai pesawat MH370 dirampas semakin menular apabila seorang warga Malaysia, Abdul Majdi Hasan di akaun Facebooknya mendedahkan ia dilakukan oleh US dan Israel. Topik ini sedang hangat di laman sosial berdasarkan peistiwa semasa yang berlaku antara Taliban-US-China.

Apakah mungkin perkongsian beliau ini merupakan salah satu daripada kejadian sebenar dan rahsia yang disimpan oleh pihak kerajaan seperti yang didakwa media antarabangsa?

(Nota: Anda boleh baca perkongsian ini tetapi hendaklah berfikir banyak kali sebelum membuat sebarang konklusi. Kami hanya menyampaikan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan dan kemudaratan kerana artikel ini.)

Teruskan bacaan anda dibawah mengenai teori dari Abdul Majdi Hasan:
Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (Command N Control system – CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban telah menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014.

Tiada liputan dalam peristiwa ini.

Sila Rujuk (http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html.)

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga “Iran” dengan pasport curi kemungkinan diantaranya. Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik.

Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita?

Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US). Siapa Edward Snowden?.. Rujuk Edward Snowden (Wikipedia)

Sumber : Facebook Abdul Majid Hasan
Itulah antara salah satu teori yang kini tersebar mengenai rampasan pesawat? Nampak logik namun kekurangan bukti. Itu adalah komen dari ammboi. Bukan senang nak menuduh sesiapa kalau tiada bukti kukuh. Apa yang penting sekarang, sama-sama kita berdoa agar urusan menyiasat, mengesan dan mencari pesawat MH370 dipermudahkan agar misteri ini ‘berpeluang’ untuk terungkai.

0

Khamis, 3 April 2014




ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.

Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.

MCMC sedang menyiasat kes ini.

Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.

*Apa itu spoofing?

Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.

Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.

ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.

Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.

MCMC sedang menyiasat kes ini.

Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.

*Apa itu spoofing?

Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.

Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.

Sumber: mynewshub
0


 Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

“Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya, kelajuan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.
“Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Dr Rizal berkata, dirinya berkeyakinan penuh setiap kemudahan dan peralatan ketenteraan yang terdapat di Diego Garcia berfungsi untuk menangani sebarang pencerobohan daripada anasir luar.
“Perkara itu sememangnya menimbulkan persoalan besar. Mustahil MH370 tidak dikesan oleh tentera Amerika Syarikat sekiranya lokasi terakhir yang dikesan adalah lautan Hindi,” katanya.
Sementara itu, Pakar Penerbangan, Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, sebilangan besar aset yang berada dipangkalan tentera Amerika Syarikat itu dilihat dapat membantu sekaligus menjayakan misi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
“Secara dasarnya mereka mampu. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.
“Harus diingat bahawa peralatan ini digunakan bagi mencari logam yang besar di bawah laut. Ia juga boleh membantu mengesan logam pesawat,” katanya.
Selain itu, katanya, radar jenis Over The Horizon (OTH) merupakan antara radar yang dimiliki Amerika Syarikat selain disifatkan boleh membantu mengesan MH370.
“Saya tak melihat ianya radar yang paling canggih namun radar jenis ini banyak dipakai oleh tentera Amerika Syarikat dan Britain. Isyarat daripada radar ini dikatakan mampu mengesan objek sejauh 200 batu nautika,” katanya. – SH.

0

Rabu, 2 April 2014




Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?

Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014

Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.

Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jika kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.

Sumber: laman kongsi 
0


Seorang lelaki di Norrigdewock ditangkap kerana memiliki tatu di tubuhnya. Mengapa ya dia boleh sampai ditangkap?

Seperti yang dilaporkan oleh onlinesentinel.com, Michael Smith keluar rumahnya dengan tidak memakai baju selepas terjaga dari tidur pada hari Selasa (18/3) pagi hari. Beliau berteriak kepada pekerja penebang pokok yang bekerja di berhampiran kawasan rumahnya kerana bising dan mengganggu tidurnya.

Ternyata, para pekerja tersebut menyangka bahawa Smith membawa senjata api dan mereka melaporkan kepada pihak berkuasa. Smith yang baru saja tidur terpaksa bangun lagi lantaran mendengar polis tempatan memintanya untuk menyerahkan diri menggunakan megaphone dari luar rumah Smith.

Smith keluar dan ia tidak mempunyai senjata api. Beliau sangat terkejut. Pistol yang disangkakan oleh para pekerja tersebut hanyalah sebuah tatu pistol yang ada di perut Smith. Smith tidak akan dikenakan hukuman. Kes ini ternyata hanyalah salah faham antara para pekerja syarikat tersebut dengan Michael Smith.

Pengawasan terhadap pemilikan senjata api memang sangat diawasi dengan ketat di negara tersebut. Sudah banyak kes yang mengerikan disebabkan oleh penyalahgunaan senjata api.

Sumber: dairishare
0

Selasa, 1 April 2014



  MH370
 
KUALA LUMPUR - Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan MH370 pada jam 5.30 petang hari ini dibatalkan.

Pembatalan sidang media itu dimaklumkan oleh sekretariat bilik media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira 1 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, petugas media dari dalam dan luar negara tetap berkampung di PWTC bagi menunggu sebarang kenyataan akhbar daripada Kementerian Pengangkutan atau sebarang perkembangan terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang kini memasuki hari ke-25.

Sidang media hari ini dibatalkan kerana Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan, kini berada di ibu pejabat Pusat Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat di Hawaii untuk menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Amerika Syarikat-Asean.

Dalam sidang media semalam, Hishammuddin berkata beliau akan berkongsi maklumat mengenai perkembangan terkini pencarian MH370 dengan rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara Asean dan kerajaan Amerika Syarikat.

Selain itu, lokasi sidang media akan datang yang sebelum ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn kini dipindahkan ke Dewan Tun Razak.

Sumber: sinarharian
0

Rabu, 26 Mac 2014



MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

8 MAC

* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang
sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 MAC

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.

10 MAC 


* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

11 MAC

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 MAC

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 MAC

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
 
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan
ditamatkan.

16 MAC 


* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 MAC

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 MAC

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 MAC

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

20 MAC

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 MAC

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

22 MAC

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

23 MAC

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 MAC

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama
0

Jumaat, 21 Mac 2014




Peta di atas baru dikeluarkan oleh pihak mencari dan menyelamat Australia.

Ia memperlihatkan kawasan pencarian yang diperluaskan berhampiran barat daya Perth di kawasan perairan Lautan Hindi.

Australia mempergiatkan pencarian MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berikutan penemuan dua objek yang mungkin berkaitan dengan kapal berkenaan oleh pihak berkuasa negara itu hari ini.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan rasmi sama ada dua objek itu merupakan serpihan MH370 atau serpihan benda lain.

Sumber: mynewshub
0



SEBELUM ini, laporan media antarabangsa, The Mirror pernah menyebut, isteri dan tiga anak Kapten Zaharie telah berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum kehilangan pesawat MH370.

Ia sedikit sebanyak dilihat cuba untuk mengaitkan andaian sebuah lagi akhbar tabloid, Daily Mail bahawa insiden itu ada kaitannya dengan kecenderungan politik Zaharie sebelum ini.

Bagaimanapun, menerusi Sinar Harian hari ini, dakwaan The Mirror itu sama sekali tidak benar.

Menurut sumber terdekat keluarga itu, mereka sebenarnya berkumpul di rumah anak sulung Zaharie di Subang.

“Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang.

“Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul,” ujar sumber itu.

Spekulasi yang dibuat oleh media antarabangsa ini nyata mengecewakan dan menjejaskan emosi keluarga Zaharie kerana ia seolah-olah memberi tanggapan buruk kepada mereka sedangkan belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara itu.

Laporan Sinar Harian turut menyebut, kediaman Zaharie di Laman Seri, Shah Alam berkunci rapat dan kini dikawal ketat oleh pihak pengurusan.

Usaha untuk menemubual wanita yang dipercayai pembantu rumah keluarga itu juga tidak berjaya.

Sumber: mynewshub
0


SEORANG wartawan yang berada di dalam pesawat milik Amerika Syarikat jenis P-8 dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines difahamkan menerima isyarat radar dari sebuah objek besar di Lautan Hindi yang mungkin boleh dikaitkan dengan pesawat berkenaan.

Radar itu menerima isyarat yang dilihat siginifikan dengan misi berkenaan dan para anak kapal pesawat berkenaan cuba untuk melihat visual objek berkenaan.


Berita itu disiarkan melalui tweet oleh agensi media ABC News dalam maklum balas kepada tweet wartawan berkenaan iaitu David Wright.

“Ada isyarat mengatakan ada sesuatu di bawah sana,” menurut tweet ABC News.

Sementara itu twitter yang sama turut memaklumkan bahawa pihak Australia juga sudah mendedahkan imej satelit berkenaan yang memaparkan objek berkenaan.

“Baru diterima, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) Australia berkongsi imej satelit berkenaan objek yang dikesan yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370,” menurut tweet ABC News.

Gambar yang disiarkan pada awal artikel ini ialah objek kedua yang dikesan satelit Australia berkenaan.

Sumber: mynewshub
0

Khamis, 20 Mac 2014




SYDNEY – Pihak berkuasa Australia dan Amerika Syarikat (AS) menyatakan semalam bahawa mereka mula mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di kawasan seluas 600,000 kilometer (KM) persegi di Lautan Hindi.

Namun, pihak berkuasa Australia dan AS mengakui pencarian pesawat MH370 tersebut amat sukar ibarat mencari sebatang jarum dalam timbunan jerami.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia mendedahkan bahawa ia percaya pesawat Boeing 777-200 itu sengaja dilencongkan dan terbang selama beberapa jam selepas keluar dari laluan asalnya sama ada menuju ke Asia Tengah di utara atau Lautan Hindi di selatan.

Pihak berkuasa di Kuala Lumpur kelmarin meminta Canberra memikul tanggungjawab mencari pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu itu di koridor selatan dengan dibantu sejumlah pesawat AS dan New Zealand.

Susulan permintaan tersebut, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah memulakan operasi mencari pesawat itu di kawasan seluas 3,000 km di barat daya Perth.

“AMSA mengklasifikasi sebuah kawasan pencarian berpotensi berdasarkan pelbagai sumber tempatan dan antarabangsa.

“Operasi mencari ini sukar. Kawasan yang amat luas meliputi 600,000 km persegi memberikan cabaran besar buat kami,” kata pengurus besar AMSA, John Young.

Menurut Young, AMSA dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk melakukan operasi mencari secara menyeluruh di kawasan berkenaan.

Zon pencarian tersebut dipilih berdasarkan data satelit dan radar tentera yang diterima daripada pesawat yang membawa 239 penumpang serta anak kapal tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pesawat peninjau jarak jauh P-8 Poseidon dan P-3 Orion daripada Armada Ke-7 Tentera Laut AS turut terlibat dalam operasi besar-besaran itu

Sumber: mynewshub
0



PETALING JAYA – Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.

Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.

 Sumber: mynewshub
0


Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah 'perlindungan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media hari yang ke 11 di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari Perancis mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.

Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

"Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?" ...

Begitulah bunyi soalan yang diajukan oleh seorang wartawan wanita dari Perancis kepada Hishamuddin Hussein menyebabkan beliau kelihatan terpegun dalam sidang media tersebut.

Sebelum menjawab Hishamuddin telah bertanyakan kepada wartawan tersebut beliau dari akhbar negara mana.

"Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from," jawab Hishamuddin yang kelihatan agak tidak selesa dan terganggu menyebabkan para wartawan dalam dan luar negara di Sama Sama Hotel Sepang pecah perut gelak kat dia. -darisungaiderhaka


0

Rabu, 19 Mac 2014


1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.
2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam…
3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.
4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu
 
 
5. Secara purata, jangka hayat rambut adalah sekitar 3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut… Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun…huhu
6. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.
7. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball..
8. Gigi manusia mempunyai panjang 55 milimeter..
9. Apabila menjangkau usia 60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur semasa tidur… huhu
10. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang !!
11. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam…
12. Organisma hidup yang terdapat pada tubuh seorang manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia yang ada atas muka bumi sekarang… Wowww…
13. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut… Bayangkan…
14. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi…
15. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan…
16. Gigi manusia hampir keras seperti batu…
17. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi…
18. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot..
19. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku…
20. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata…
21. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita…huhu
22. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan…
23. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari…
24. Setiap 2 minggu, perut manusia akan menghasilkan lapisan mukus yang baru, kalau tak, perut kita sendiri akan dihakis oleh asid yang terdapat didalamnya…
25.  Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza…Wow…
26. 80% daripada diri kita adalah air…
27. Setiap jam, mata kita mampu memproses 36 000 bit informasi…
28. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira 4-5 KG.
29. Luas permukaan paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis…
Besar tuuu…huhu
30. Ketika mata kita berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama 0.3 saat… 
Betapa hebatnya penciptaan manusia… Subhanallah…
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)

0


Hari ini gambar di atas yang kononnya memperlihatkan Tentera US mula berada di Malaysia iaitu Kota Baharu, Kelantan dan juga Ipoh, Perak telah disebar di laman mikro Twitter oleh mamat yang memiliki akaun Twitter di atas..

Dan sebarannya talah disambung pula oleh beberapa buah Blog dan juga Facebook tanpa berfikir panjang dan mencari dulu sumber dari mana gambar itu diperolehi.

Ada yang memandai mengaitkan gambar kehadiran tentera US di Malaysia ini dengan insiden kehilangan pesawat MH370, kononnya US telah mengerahkan tenteranya untuk menjalankan gerakan pencarian individu yang terlibat dengan kehilangan pesawat itu..

Memang benar Tentera US telah berada di Malaysia dan mereka itu adalah dari US Navy dan US Army..

Ni banyak lagi gambarnya.. siap ada watermark PDRM lagi..

Adakah mereka menjejakkan kaki mereka ke negara kita kerana operasi mencari MH370?

Tak ada kena mengena langsung.. kerana gambar-gambar di atas telah dirakam pada Februari tahun 2012 lagi..

Kehadiran mereka ialah untuk menjalani sesi latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (PGK)

LATIHAN PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK) BERSAMA US ARMY DAN US NAVY

Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini.

Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012.

Kumpulan US Army ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
1) Kemahiran medan/teknik menembak
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
4) Kemahiran letupan
5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
6) Perancangan operasi
7) Latihan Sniper

Setelah latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training).

Semasa latihan peringkat akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalakan latihan 'evidence collection'.

Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.

Sumber info dari ( SINI ).. tengoklah ada banyak lagi gambar Tentera US di Malaysia..

 Sumber: darisungaiderhaka
0

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE