Artikel Dari Guablog

Ahad, 6 April 2014

TERKINI: 10 Remaja Sesat Di Bukit Broga Ditemui Selamat

| | Leave a Comment

 SGERA: 10 Remaja Sesat Di Bukit Broga Ditemui Selamat

Semenyih – Sepuluh remaja lelaki termasuk enam pelajar sekolah menengah yang sesat ketika mendaki Gunung Tok Wan, Bukit Broga, di sini, semalam berjaya ditemui, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Semua mangsa berusia 16 hingga 21 tahun itu dikatakan berjalan kaki menuju ke sebuah perkampungan Orang Asli di Kampung Kachau Dalam sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Mereka yang terdiri daripada dua kumpulan berasingan dikatakan mendaki ke kawasan itu untuk melihat matahari terbit, kira-kira jam 4 pagi.

Namun, mereka dikatakan mahu berpatah balik untuk turun selepas kehilangan petunjuk menuju ke gunung terbabit.

Selepas lebih 24 jam sesat, semua remaja termasuk seorang yang cedera di kaki itu menemui sebuah perkampungan Orang Asli dan diselamatkan pihak berkuasa.

Beberapa daripada mereka dikatakan sempat menghubungi talian kecemasan dan keluarga menerusi telefon bimbit memaklumkan kejadian itu. – Harian Metro

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE