Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr
Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically
Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu
dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya
bersaiz kecil.
“Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang
berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya,
kelajuan dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan
ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.
“Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Dr Rizal berkata, dirinya berkeyakinan penuh
setiap kemudahan dan peralatan ketenteraan yang terdapat di Diego
Garcia berfungsi untuk menangani sebarang pencerobohan daripada anasir
luar.
“Perkara itu sememangnya menimbulkan persoalan besar. Mustahil MH370 tidak dikesan oleh tentera Amerika Syarikat sekiranya lokasi terakhir yang dikesan adalah lautan Hindi,” katanya.
Sementara itu, Pakar Penerbangan, Leftenan Kolonel (B) Mohamed
Tarmizi Ahmad berkata, sebilangan besar aset yang berada dipangkalan
tentera Amerika Syarikat itu dilihat dapat membantu sekaligus menjayakan
misi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
“Secara dasarnya mereka mampu. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.
“Harus diingat bahawa peralatan ini digunakan bagi mencari logam yang besar di bawah laut. Ia juga boleh membantu mengesan logam pesawat,” katanya.
Selain itu, katanya, radar jenis Over The Horizon (OTH) merupakan
antara radar yang dimiliki Amerika Syarikat selain disifatkan boleh
membantu mengesan MH370.
“Saya tak melihat ianya radar yang paling canggih namun radar jenis ini banyak dipakai oleh tentera Amerika Syarikat dan Britain. Isyarat daripada radar ini dikatakan mampu mengesan objek sejauh 200 batu nautika,” katanya. – SH.
0 comments:
Catat Ulasan