Artikel Dari Guablog

Sabtu, 15 Mac 2014

Lumia 1520 Mampu Sokong Memori 128GB

| | Leave a Comment



Apabila syarikat SanDisk memperkenalkan kad memori microSD 128GB baru-baru ini, hanya beberapa telefon pintar sahaja yang mampu menyokong kapasiti memori besar yang diperkenalkan. Kebanyakan telefon pintar terkini hanya mampu menyokong memori storan tambahan hingga maksimum 64GB.

Seorang pengguna Nokia Lumia 1520 yang ingin tahu akan kebolehan kad SanDisk ini telah cuba untuk melihat sama ada peranti tersebut mampu menyokong kad memori besar yang diperkenalkan.

Apa yang mengejutkan adalah peranti tersebut berjaya menyokong kad tersebut tanpa sebarang masalah. Malah pengguna tersebut turut menyatakan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20 peratus pada prestasi kelajuan peranti berbanding penggunaan kad memori 64GB SanDisk Ultra microSDXC.

Lumia 1520 yang direka dengan kualiti kamera yang dianggap antara terbaik berbanding telefon pintar lain dan mempunyai empat mikrofon yang telah disedia-pasang, mampu menjadi perakam video mudah alih yang berkualiti tinggi.

Dengan penggunaan kad memori 128GB, pengguna mampu menyimpan video HD dengan tempoh masa kira-kira 24 jam. Buat masa ini, Kad memori microSD 128GB SanDisk dijual pada harga ASD199 (kira-kira RM652).

Sumber: mynewshub

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE