Artikel Dari Guablog

Isnin, 3 Mac 2014

[Gambar] Kemalangan Kali Pertama Di Jambatan Kedua Pulau Pinang

| | Leave a Comment

kemalangan jambatan kedua pulau pinang

Kemalangan Pertama Di Jambatan Kedua Pulau Pinang - Jambatan kedua Pulau Pinang telah dirasmikan pada 1 Mac lepas oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Perasmian yang disaksikan hampir 10 ribu orang itu merupakan salah satu alternatif kepada jambatan utama ke Pulau Pinang.

Jambatan kedua ini diberi nama sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selepas diberikan perkenan.

kemalangan jambatan pulau pinang

Apa yang lebih menarik adalah sehari selepas jambatan kedua ini dibuka untuk kegunaan awam, kemalangan yang pertama sudah pun berlaku. Kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah lori mini berlaku dalam lingkungan tengahhari 1 Mac lalu.

Kemalangan itu hanyalah kemalangan yang tidak teruk dan kesemua mangsa dilaporkan selamat tanpa mengalami kecederaan serius.

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE