Papua New Guinea, Irian Jaya, Utara Australia, Burma, India, Pakistan, Laos …. antara lokasi di mana MH370 mampu pergi dengan tambahan 4 jam penerbangan dari lokasi terakhir ia dikesan oleh radar.
Itulah gambaran yang dirumuskan The Wall Street Journal Asia (WSJ)
jika laporan penyiasat Amerika Syarikat (AS) yang mengesyaki MH370 masih
berada di udara selama hampir 4 jam selepas ia kali terakhir dapat
dikesan melalui radar awam adalah benar.
Tempoh 4 jam itu membolehkan kapal berkenaan mengembara 2,200 Batu
Nautika Atau 4,048 kilometer (KM) dari lokasi ia hilang dari radar awam .
Perkiraan itu dibuat berdasarkan andaian kapal berkenaan bergerak dengan kelajuan 480 knots.
Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal
itu telah diterbangkan tambahan beberapa jam lagi berdasarkan data yang
dimuat turun dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal
Boeing berkenaan bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.
Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari
pesawat MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer
menghala barat laut dari tempat asal pencarian.
Bukti memperlihatkan DCA juga beranggapan bahawa kapal itu mungkin dilarikan.
Tambah laporan WSJ, pejabat anti keganasan AS kini melihat kepada
kemungkinan sama ada juruterbang atau sesiapa yang lain dalam
penerbangan itu melencongkan kapal berkenaan menuju ke lokasi yang tidak
dinyatakan selepas dengan sengaja mematikan alat transponder bagi
mengelak dari dikesan radar.
MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing
selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu lepas.
Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
0 comments:
Catat Ulasan