Artikel Dari Guablog

Isnin, 10 Mac 2014

[TERKINI] Radar Tentera Kesan MH370 Patah Balik, Serpihan MH370 Ditemui

| | Leave a Comment


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 berpatah balik ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan dengan radar tentera.

Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media di Hotel Sama-Sama mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.

"Kami memiliki rakaman. Kami mendapati terdapat kemungkinan pesawat cuba berpatah balik," kat Rodzali hari ini.

"Ia dikesan dalam radar, kami lihat semula rakaman dan terdapat isyarat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik...kami sedang selidik perkara ini.


"Ia diperoleh daripada radar tentera," katanya.

Menurut Rodzali, mereka cuba melakukan siasatan lebih mendalam bagi mendapatkan kepastian cubaan berpatah balik dan akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa.

"Kami cuba bekerjasama dengan radar awam dan agensi antarabangsa untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perkara ini," kata beliau.

Bagaimanapun, jarak sebenar MH370 yang berpatah balik tidak dapat disahkan lagi.

Sementara itu, Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata dengan pendedahan tersebut menambah persoalan memandangkan MH370 tidak pernah membuat sebarang panggilan kecemasan ke menara kawalan trafik udara.

"Biasanya apabila terdapat cubaan patah balik, bermakna pilot gagal untuk meneruskan rancangan asal.

"Biasanya selepas keputusan dibuat, ia akan direport ke ATC (menara kawalan trafik udara), tapi daripada maklumat kami dapat, tidak terdapat panggilan kecemasan dan kami masih tertanya-tanya,"
kata Ahmad Jauhari.

Selepas lebih 24 jam, pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi. -TMI


China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370


KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.


Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.
-astroawani



Hishammuddin Tidak Tolak Kemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik


Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik sehingga membawa kepada misteri kehilangan pesawat tersebut.

Oleh itu, misi mencari dan menyelamat telah diperluaskan meliputi lebih banyak kawasan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad.

Menurut terminologi penerbangan, 'air turn back' adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.

"Kami turut mengesahkan tumpahan minyak dikesan di perairan Vietnam tetapi tiada serpihan pesawat dijumpai.


"Kita tahu sehingga ini, pesawat Vietnam berada di perairan itu untuk mengenalpasti punca tumpahan minyak itu," katanya.
-mstar
Sumber: greenboc

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE