Lee Woon-Jae |
Lee merupakan penjaga
gawang pasukan bola sepak Korea Selatan yang pernah bermain beberapa
kali di pentas Piala Dunia. Kali terakhir di pentas Piala Dunia 2010 di
Afrika Selatan. Sebelum ini, Lee pernah bermain di Piala Dunia 1994,
2002 dan 2006. Lelaki kelahiran Cheongju Chungbuk, Korea Selatan pada 26
April 1973 ini selalu diberi kepercayaan mengalas sebagai penjaga gol
nombor satu Korea Selatan.
Penjaga gol senior
pasukan kebangsaan Korea Selatan ini mungkin boleh dikatakan
satu-satunya pemain Muslim yang pernah berada dalam skuad Korea Selatan
ketika Piala Dunia 2010 yang lalu.
Keislaman Lee ini pada awalnya memang belum diketahui ramai pihak. Majoriti penduduk Korea Selatan beragama
Buddha dan Kristian. Jadi, tidak menghairankan jika Lee sudak memeluk
Islam jarang didedahkan. Walaupun begitu, Lee terkenal di kalangan
muslim yang meminati bola sepak.
Lee menjadi mualaf sejak
tahun 2004. Jadi, dia sudah menjadi Muslim sebagai pemain Korea Selatan
ketika di Piala Dunia 2006 di Jerman lagi.
Perkenalan Lee dengan
Islam berlaku di tahun 2004. Sebelum memeluk Islam, Lee adalah penganut
Kristian yang taat. Namun, perkembangan Islam yang cukup pesat di
negaranya membuat dia tertarik dengan ajaran Islam. Lee akhirnya
memutuskan menjadi Muslim. Sejak saat itu dia taat menjalankan solat dan
puasa .
Pada bulan Ramadan, Lee
tetap berpuasa walaupun pertandingan bola sepak sedang berlangsung.
Setiap hari, Lee seperti biasa menjalankan solat lima waktu dan sesekali
ke masjid ketika pulang latihan atau menuju rumahnya. Lelaki berusia 37
tahun ini menikmati hari-harinya dengan tenang walaupun orang-orang di
persekitaran sekitarnya kebanyakan bukan Muslim.
Lee merasakan tolerasi
beragama begitu baik dalam pasukan kebangsaan Korea Selatan dan di kelab
sehingga dia tidak merasa segan dengan gelaran Muslim yang
disandangnya.
Sudah bersara
Sepanjang kerjayanya,
Lee sudah mengikuti empat Piala Dunia dan tersenarai salah seorang dari
tujuh pemain Asia yang pernah bermain di empat Piala Dunia yang berbeza.
Namun, pada Piala Dunia 2010 lalu dia hanya menjadi pemain simpanan.
Ketua jurulatih Korea Selatan Huh Jung Moo lebih percaya posisi penjaga gol nombor satu diletakkan kepada Jung Sung Ryong.
Kedudukannya sebagai
pemain di bangku simpanan sepanjang Piala Dunia 2010 lalu, mungkin
membuatkan Lee akhirnya memutuskan untuk bersara sebagai pemain
kebangsaan. Perlawanan persahabatan menentang Nigeria pada 11 Ogos 2010
lalu dengan kemenangan 2-1 menjadi penampilan Lee yang terakhir dalam
pasukan kebangsaan Korea Selatan. Lee telah menjadi sebahagian dari
skuad Knight Taegeuk dalam 130 perlawanan sejak 1994.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
0 comments:
Catat Ulasan