Apple telah melancarkan CarPlay, skrin sentuh sistem infotainment
barunya awal hari ini, dan Volvo baru sahaja mengeluarkan satu video
yang menunjukkan bagaimana sistem tersebut beraksi. Cupertino dijangka
mengumumkan perkongsian dengan Ferrari dan Mercedes-Benz untuk
melesenkan CarPlay, dan mungkin akan bekerja dengan lebih banyak
syarikat pengeluar kereta tidak lama lagi.
Sistem ini menggabungkan iPhone pemandu dengan sistem infotainment
kereta yang membolehkan penggunaan fungsi-fungsi telefon pintar dengan
lancar seperti kawalan cuaca dan sistem pemanasan tempat duduk kereta.
Menurut video di bawah, sistem baru ini akan disediakan “dalam kereta
Volvo generasi akan datang,” yang mungkin bermakna generasi Volvo XC90
selepas ini.
Walau bagaimanapun, sistem ini tidak akan berfungsi secara universal.
Apple akan menambah fungsi melalui kemas kini IOS 7 dalam masa depan
untuk iPhone 5, 5C dan 5S. Semasa pelancarannya (sistem CarPlay) nanti
peranti lain masih tidak boleh digunakan. Nantikan lagi berita mengenai
sistem CarPlay sepanjang Geneva Motor Show berlangsung di Eropah!
Sumber: arenakereta
0 comments:
Catat Ulasan