SEPANG – Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang
berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan
selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang
pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu
lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah
negara asing yang tidak dapat dipastikan.
“Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah-tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.”Saya tak dapat jelaskan secara
terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin
berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau
disembunyikan di alam ghaib”, katanya semalam.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh
serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini
berhubung keadaan pesawat terbabit.Ibrahim berkata, bubu mata pancing
terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada
dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.
“Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir
terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.”Upacara
yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah
Nabi Yunus dan surah Yassin,”katanya.
Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu
daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat
ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala
mereka.
Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga
mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat
Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta
berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.
Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan
dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.Beliau berkata, pihaknya
mendapat jemputan daripada seseorang yang ‘penting’ untuk melakukan
upacara tersebut semalam.
Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan
untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta
membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di
Mahkamah Temerloh, Pahang.
Sebarang pertanyaan call/whatsapp ke +6282246311483
BalasPadam#bomoh #bomohsiam #bomohmelayu #bomohpelaris #bomohhangtuah #bomohthai
#bomohminyakdagu #santauangin #bomohhangtuah #kingpower #bomohtepukbantal #bomohmalaysia #singapura #cinta #selingkuh #bercerai #berpisah #sihir #santau #pelindungdiri #gay #keluarga #penang #kelantang #selangor #kekasih #pakcik #minyakpenunduk #ilmupenunduk #pelarisniaga