Apabila syarikat SanDisk memperkenalkan kad memori microSD
128GB baru-baru ini, hanya beberapa telefon pintar sahaja yang mampu
menyokong kapasiti memori besar yang diperkenalkan. Kebanyakan telefon
pintar terkini hanya mampu menyokong memori storan tambahan hingga
maksimum 64GB.
Seorang pengguna Nokia Lumia 1520 yang ingin tahu akan kebolehan kad
SanDisk ini telah cuba untuk melihat sama ada peranti tersebut mampu
menyokong kad memori besar yang diperkenalkan.
Apa yang mengejutkan adalah peranti tersebut berjaya menyokong kad
tersebut tanpa sebarang masalah. Malah pengguna tersebut turut
menyatakan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20 peratus pada prestasi
kelajuan peranti berbanding penggunaan kad memori 64GB SanDisk Ultra
microSDXC.
Lumia 1520 yang direka dengan kualiti kamera yang dianggap antara
terbaik berbanding telefon pintar lain dan mempunyai empat mikrofon yang
telah disedia-pasang, mampu menjadi perakam video mudah alih yang
berkualiti tinggi.
Dengan penggunaan kad memori 128GB, pengguna mampu menyimpan video HD
dengan tempoh masa kira-kira 24 jam. Buat masa ini, Kad memori microSD
128GB SanDisk dijual pada harga ASD199 (kira-kira RM652).
0 comments:
Catat Ulasan