Jambatan kedua Pulau Pinang - Foto Bernama |
Menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini pengguna lebuh raya yang menuju ke Batu Kawan atau ke jambatan kedua Pulau Pinang itu melalui Plaza Tol Bandar Cassia dari Lebuhraya Utara Selatan, bagaimanapun masih perlu membayar tol.
Plaza tol itu telah mula beroperasi pada 2 Mac lepas. Menurut kenyataan itu, persimpangan bertingkat dan Plaza Tol Bandar Cassia di Km 154 yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dikendalikan oleh PLUS, oleh itu operasi kutipan tol di plaza tol berkenaan adalah seperti biasa dan tertakluk kepada kadar tol yang ditetapkan.
"Pengguna dari jambatan kedua Pulau Pinang atau Batu Kawan yang ingin memasuki Lebuhraya Utara Selatan perlu mengambil kad transit atau menggunakan kad Touch 'n' Go dan SmartTAG di lorong masuk Plaza Tol Bandar Cassia," jelas PLUS.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi PLUSLine, di talian 1800-88-0000.
Pada 1 Mac lepas perdana menteri mengumumkan bahawa pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu tidak dikenakan tol selama sebulan. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan