Selepas kita mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh anak lelakinya iaitu Ammar (DI SINI) dan juga Aishah (KLIK SINI) terhadap ibu bapa pasangan Malaysia di Sweden ini.
Terbaru Azizul Rahem Awalludin tampil
mempertahankan dirinya sendiri dan memberikan keterangan
terhadap tuduhan memukul keempat-empat anak mereka antara tahun 2010
hingga tahun 2013 yang sedang didakwa di Mahkamah Daerah Solna….
Luahan Hati & Keterangan Seorang Bapa (Azizul Raheem Awalludin) di Mahkamah Sweden
- Azizul Rahem Awalludin menafikan pernah melakukan kekerasan terhadap empat orang anaknya, tetapi mengaku mengamalkan cara didikan tegas.
- Bagaimanapun Azizul berkata , dia telah mengurangkan ketegasan tersebut sewaktu berpindah ke Sweden kerana dikejutkan dengan situasi sedih yang berlaku sewaktu mendaftarkan persekolahan anak ketiganya, Adam.
- Azizul Rahem Awalludin menerangkan dia terkesan dengan situasi yang mana Adam tidak dibenarkan untuk didaftarkan di sekolah biasa sebaliknya diminta ke sekolah khas (slow learner) akibat daripada disleksia yang dialaminya.
- Azizul Rahem Awalludin yang menggelar Adam sebagai ‘streetsmart’ mengatakan akibat insiden itu, dia mengurangkan ketegasan bagi mengelakkan tekanan terhadap anak-anaknya terutamanya Adam.
- Bagaimanapun, sebelum ini, anak sulung pasangan tersebut, Aishah pula pernah memberi kenyataan ibu mereka (Shalwati) agak tegas dengan Adam kerana anak ketiga pasangan itu mempunyai kesukaran dalam pembelajaran.
- Azizul Rahem Awalludin menafikan ada memukul anak-anaknya di muka, belakang badan dan tangan sebaliknya menyatakan dia hanya memberikan pukulan ringan sebagai pengajaran kepada anak-anaknya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan bukannya berniat mencederakan atau mendatangkan kesakitan.
Tuduhan 4 Insiden Memukul Anak-anaknya : Ini Jawapan Azizul?
- Tuduhan Insiden pertama : Berlaku ketika di meja makan sewaktu menikmati makan malam
- Penjelasan Azizul : Azizul berkata ianya adalah mustahil untuk beliau memukul Ammar ketika itu kerana tempat duduk anak keduanya itu berhadapan dengannya dan kedudukan itu tidak memungkinkan Ammar dipukul.
- Tuduhan Insiden kedua : Azizul menggunakan rotan sewaktu mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran.
- Penjelasan Azizul: Azizul menegaskan ianya tidak berlaku kerana kayu nipis yang dikatakan sebagai alat memukul itu hanya digunakan sebagai penunjuk dan jika digunakan untuk memukul sekalipun, ia tidak mendatangkan kesakitan atau kesan
- Tuduhan Insiden Ketiga : Insiden yang berlaku di dalam kereta di mana Azizul dikatakan memukul Ammar yang bertengkar dengan Aisyah sewaktu dalam perjalanan ke sekolah.
- Penjelasan Azizul: Azizul menafikan kejadian tersebut dengan menceritakan dia hanya menyentuh bahu Ammar dan memintanya berhenti berbalah dengan kakaknya. Sewaktu kejadian itu, Azizul yang sedang memandu terdengar anak-anaknya bertengkar apabila Ammar yang duduk di bahagian depan menggerakkan kerusinya jauh ke belakang mengakibatkan Aisyah yang duduk di tempat duduk belakang tersepit. Aisyah yang beberapa kali meminta Ammar membetulkan kerusinya tidak dihiraukan menyebabkan Azizul menghalang dan meminta Ammar untuk membetulkan kerusinya.
- Tuduhan Insiden keempat : Pegawai Pendakwa yang sentiasa cuba membuktikan Azizul ada memukul anaknya ketika ini bertanya mengenai kejadian Ammar dipukul semasa hari halloween.
- Penjelasan Azizul: Azizul yang kelihatan sedih dan sugul sepanjang perbicaraan bagaimanapun sedaya upaya memberikan jawapan di mana mereka tidak menyambutnya kerana ia tidak dibenarkan di dalam Islam. Oleh itu, dia tidak tahu bilakah hari tersebut selain menyatakan kejadian ini tidak pernah berlaku.
Ketika ditanya bagaimana dia menzahirkan
perasaan marah, Azizul Rahem Awalludin menjelaskan kebiasaannya dia
akan meninggikan suara selain membuat bunyi sama ada mengetuk meja atau
tangga. Ada ketikanya dia turut memutuskan talian internet dan membuat
kiraan sebagai amaran kepada anak-anaknya.
Ya Allah satukanlah semula keluarga ini. Marilah sama-sama kita doakan supaya permudahkan segala urusan mereka. Walaupun mereka bukan dari kalangan keluarga kita tapi ingatlah mereka adalah saudara kita. Saudara sesama Islam
Sumber: beritasemasa.com
0 comments:
Catat Ulasan