Artikel Dari Guablog

Sabtu, 8 Mac 2014

Sebab Buku ‘Ultraman’ Diharamkan KDN

| | Leave a Comment

0703UltramanHaram02


SETELAH membuat pencarian, barulah dapat menjengah isi kandungan buku ‘Ultraman The Ultra Power’ yang diharamkan penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan semalam.

Baru penulis faham kenapa buku komik watak wira dari Jepun Ultraman berkenaan diharamkan.

Menurut Facebook seorang Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abdul Rahman, di dalam buku itu tertera kata-kata bahawa watak Ultraman King itu terlalu dihormati sebagai ‘Allah’ dan ia jelas mampu menggugat akidah.

Sejak semalam, tindakan KDN mengharamkan buku itu dijadikan bahan gurauan di laman sosial Twitter dan Facebook mempersoalkan mengapa KDN begitu serius dan beriya-iya mengharamkan buku itu.

Ultraman King Adalah Ultra yang paling berkuasa dalam alam semesta di Papar garis Universe. Beliau adalah yang tertua Ultra, purba sebelum setiap Ultra lain yang diketahui dilahirkan. Dalam tahun 2006, filem Monster Mega Battler, Ultra Galaxy Legend The Movie, beliau dianggap sebagai, dan dihormati “Allah” atau Elder semua wira Ultra,” menurut tulisan dalam bahagaian buku yang mencetus kontroversi.


Selain itu, terjemahan terbitan Resign Publications yang dicetak oleh Network Printers ini begitu lemah kualiti Bahasa Melayunya kerana ia mungkin diterjemah oleh seseorang berbangsa lain ataupun hanya menggunakan aplikasi penterjemahan.

Dr Zaharuddin bersetuju dengan tindakan KDN yang mengambil langkah menghentikan penerbitan buku berkenaan.

“Buku itu diharamkan KDN disebabkan ayat-ayat, seluruh cerita dalam buku tersebut dan idea sebagaimana di dalam gambar. Jika benar ia disengajakan dan begitu ceritanya, saya bersetuju dengan pengharaman walaupun mungkin tidak popular dan dilucukan oleh orang ramai. Jika tidak sengaja, mungkin boleh ditarik balik sahaja,” kata beliau dalam Facebooknya.

Penulis rasa jika tiada pun perkataan “Allah” berkenaan, baik juga buku itu diharamkan juga kerana penggunaan bahasa dalam terjemahan yang lemah.

KEMASKINI 7 Mac 2014

Kementerian Dalam Negeri (KDN)  hari ini telah mengeluarkan kenyataan penuh berkaitan pengharaman buku komik “Ultraman The Ultra Power” kepada media. Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada KDN dipetik dari Mstar Online.

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan pengharaman buku komik ‘Ultraman The Ultra Power’ dibuat kerana kandungannya merujuk watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

Menurut Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan “Allah” dengan Ultraman.

Dan jelas Bahagian itu lagi, oleh kerana watak ultraman menjadi kesukaan kanak-kanak, kandungan yang merujuk watak Ultraman King sebagai “Allah” akan dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Bagaimanapun jelas KDN, pengharaman berkenaan hanya dikenakan terhadap terbitan ‘Ultraman The Ultra Power’ sahaja tanpa melibatkan komik atau watak ultraman lain.

“Alasan kenapa buku ini dikenakan perintah larangan adalah kerana kandungan buku itu menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

0703Ultraman03

“KDN mengenakan perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat “Allah” yang disamakan dengan Ultraman King.

“Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika tidak dibendung. Ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai,” demikian menurut kenyataan itu.

Buku berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya dibuat oleh Network Printers.

Mengikut kenyataan tersebut, warta perintah larangan berkenaan berkuatkuasa pada 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” kata kenyataan itu.

Pihak yang disabitkan melakukan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. – Mstar Online

Sumber: mynewshub

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE