BUKAN sahaja penumpang, pakar penerbangan moden
sendiri keliru dengan misteri sebenar yang menimpa pesawat MH70 hingga
ke saat ini setelah banyak teori dan usaha masih menemui jalan buntu.
Namun di saat segala usaha digembleng untuk menyelesaikan kehilangan
pesawat MH370, insiden yang tidak patut berlaku menimpa kakitangan MAS
di Beijing, China.
Waris dan keluarga penumpang yang sedih, letih dan keliru dilihat
menjadikan kakitangan MAS sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.
Ketika sesi mesyuarat diadakan antara dengan pegawai kedutaan China
dan keluarga penumpang semalam, sekurang-kurangnya tiga botol air
mineral dilempar ke arah kakitangan MAS diikuti teriakan meminta
penjelasan sebenar.
Ini adalah perlakuan yang amat tidak bertimbang rasa.
Bayangkan, jika kapal dan pesawat daripada sepuluh negara yang
dikerah menjalankan usaha mencari pun masih menemui jalan buntu hingga
ke saat ini, bagaimana mungkin jawapan jitu diberikan petugas MAS kepada
sanak saudara penumpang ini?
Bagaimanapun, ini adalah asam garam dalam dunia perhubungan awam dan
sudah tentu kakitangan MAS yang terlibat memahami keadaan ini.
Diharapkan mereka terus tabah memikul nama syarikat dan Malaysia bagi
menyelesaikan masalah yang secara tak langsung, turut melibatkan antara
negara ini.
Keluarga penumpang MH370 di China diberikan penginapan dan makanan
percuma oleh MAS di Hotel Metropark Lido di samping membenarkan dua
anggota keluarga bagi setiap penumpang diterbangkan ke Kuala Lumpur pada
bila-bila masa jika perlu.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar jam
2.40 pagi Sabtu lalu hingga ke saat ini, membawa 239 penumpang dan anak
kapal dengan 153 daripadanya warga China. -mynewshub
0 comments:
Catat Ulasan