Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat
MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar
telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di
selatan wilayah laut Vietnam.
Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal
dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang
tadi (Ahad).
Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara
bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas).
Ia dikatakan ditemui tidak jauh dari laluan asal MH370 menuju ke Beijing.
Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan
itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap ketika serpihan
berkenaan ditemui.
Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu ialah akhbar rasmi Vietnam,
Tienphong melaporkan sebentar tadi bahawa pasukan keselamatan Malaysia
telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk
memasuki perairan negara berkenaan bagi mengkaji penemuan beberapa
objek.
Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan
itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah
diberikan atau tidak.
Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan
berkenaan malam ini juga dan tindakan itu boleh ditafsir sebagai satu
lagi kemungkinan MH370 telah terhempas di kawasan laut.
Pesawat MH370 dari
Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal,
hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. (Mynewshub)
0 comments:
Catat Ulasan