Oleh:
takusahrisau
Bertahun-tahun kebelakangan ini,pencarian
tamadun purba Atlantis menjadi-jadi. Pelbagai tapak arkeologi purba
ditemui,semuanya menjurus kepada tamadun Atlantis sepertimana penemuan
tapak purba di Pulau Bimini dan formasi batuan Yonaguni yang mirip
kepada piramid di perairan Jepun. Semua mereka mendakwa bahawa ia adalah
bekas tinggalan tamadun purba Atlantis.
Walaubagaimanapun, penulis ingin anda
semua menilai setiap gambar yang penulis lampirkan di bawah. Gambar ini
diambil menggunakan software Google Earth oleh US Dept. State of
Geographer yang memaparkan tamadun Atlantis di Lautan Atlantik.
- Anak panah merah menunjukkan runtuhan yang
dipercayai sebagai runtuhan Atlantis. Anak panah yang mengunjur ke arah
kanan pula menunjukkan Selat Gilbratar.
Jika dilihat ‘tamadun’ ini, ia berada di atas hamparan plat tektonik
yang tidak stabil dan mudah berlaku gempa. Kemungkinan antara salah satu
sebab hilangnya Atlantis dalam lipatan sejarah adalah disebabkan gempa
bumi yang mana seterusnya menyebabkan mega -tsunami!.
Formasi batuan di dasar lautan yang dipercayai runtuhan Tamadun Atlantis
Jelas kelihatan ia seperti sebuah tapak tamadun yang besar!
Runtuhan ini kelihatan bersaiz mega
Seterusnya, cuba anda menilai semua gambar-gambar di bawah ini:
Di luar perairan Ireland
Kelihatan ia seperti Runtuhan bersaiz mega-struktur
Tamadun ini musnah seperti berlaku gempa bumi yang maha dasyhat dengan lipatan bumi yang jelas kelihatan
0 comments:
Catat Ulasan