Artikel Dari Guablog

Khamis, 30 Januari 2014

Stadium Vagina di Qatar

| | Leave a Comment

Penulis: petunjukzaman

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا و قَالَ ابْنُ رَافِعٍ
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَضْطَرِبَ أَلَيَاتُ نِسَاءِ دَوْسٍ 
حَوْلَ ذِي الْخَلَصَةِ وَكَانَتْ صَنَمًا تَعْبُدُهَا دَوْسٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ بِتَبَالَةَ

Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum pinggul-pinggul kaum wanita suku Daus bergoyang di sekeliling Dzul Khalashah, yaitu sebuah berhala yang disembah suku Daus di Tabalah pada zaman jahiliyah. (Tabalah adalah nama daerah di Yaman)

Rasulullah s.a.w telah memberikan petanda tentang dekatnya kedatangan kiamat ialah ditandai dengan kembalinya kaum Arab kepada jahiliyah. Antara ritual terpenting jahiliyah ialah amalan berkaitan seks dan ajaran paganisme. 

Qatar dan UAE adalah antara negara arab yang hebat menjalani pemodenan tanpa menghiraukan batas-batas akhlak dan syariat yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Mereka memperolehi kebebasan jahiliyah dan meninggalkan amalan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka membawa kembali segala bentuk amalan jahiliyah yang telah dibersihkan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabien yang dimuliakan. Sebut saja apa kemewahan dikehendaki didunia ini semuanya tersedia di negara arab yang hebat membangun tersebut, termasuklah pusat hiburan yang terbesar, hotel-hotel paling mewah dan segala minuman arak yang paling mahal dan eksklusif, semuanya tersedia.


Qatar juga telah berjaya memenangi hak untuk menganjurkan bolasepak piala dunia 2022. Untuk tujuan tersebut Qatar telah melantik firma akitek paling terkemuka di dunia Zaha Hadid dan AECOM bagi merekabentuk stadium utama yang dinamakan Al-Wakrah Stadium. Tetapi yang paling mengejutkan apabila rekabentuknya menyerupai vagina kemaluan wanita. Sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh puak jahiliyah ini ialah kebebasan seks dan penyembahan kepada hawa-nafsu semata-mata. Jon Stewart seorang pengacara talk show telah mempersendakan stadium tersebut sebagai Stadium Vagina.



0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE