Oleh: takusahrisau
Sesiapa sahaja masih mengingati sirah
Rasullulah saw apabila baginda mendapat wahyu pertama daripada Allah swt
melalui perantara malaikat Jibrail as di gua Hira’. Peristiwa di mana
menyebabkan badan Rasullulah saw yang mulia itu seram sejuk dan gementar
seluruh badan apabila pulang ke rumah. Isteri baginda yang penyayang,
Siti Khadijah bin Khuwalid menjadi tidak keruan melihat sang suami
kelihatan benar-benar tidak sihat.
Manusia mana tidak gementar apabila
datang makhluk yang tidak pernah dilihat sebelum ini tiba-tiba tampil
memeluk badan ketika berada di dalam gua sempit seorang diri.
Peristiwa Rasullulah saw ini bagaikan
satu beban yang berat kepada Siti Khadijah. Dengan tidak membuang masa,
beliau terus menuju ke rumah sepupu tua beliau, Waraqah bin Naufal.
Waraqah sememangnya diketahui oleh Siti Khadijah bahawa beliau pakar
dalam kitab Taurat dan Injil dan memahami sebenar-benarnya isi kandungan
kedua-dua kitab suci itu.
Waraqah mendengar satu persatu cerita
daripada sepupu perempuannya itu. Selepas selesai cerita Khadijah itu,
Waraqah memastikan dan menjamin kepada Siti Khadijah bahawa Muhammad
akan menjadi rasul selaku nabi yang terakhir.
Beberapa lama kemudian, Waraqah bin
Naufal menemui sendiri Rasullulah saw di Kaabah ketika Rasullulah
bertawaf. Dialog antara Rasullulah dan Waraqah menyebabkan Waraqah
menangis teresak-esak kerana beliau tahu, Rasullulah bakal diuji dengan
dugaan yang maha hebat daripada kaumnya kelak.
Kaum Quraisy Mekah ketika itu sememangnya
kaum yang telah disaluti kekafiran yang tebal. Diriwayatkan, sekitar
Kaabah terdapat 60 berhala di sekelilingnya!. Dalam perbualan yang
menyayatkan hati itu, Waraqah sempat berkata kepada Rasullulah saw:
Demi Dia Yang memegang hidup Waraqa. Engkau adalah Nabi atas umat ini. Engkau telah menerima Namus Besar(Jibrail as) seperti yang pemah disampaikan kepada Musa. Pastilah kau akan didustakan orang, akan disiksa, akan diusir dan akan diperangi. Kalau sampai pada waktu itu aku masih hidup, pasti aku akan membela yang di pihak Allah dengan pembelaan yang sudah diketahuiNya pula.”
Waraqah yang terkenal alim itu mengetahui
sebenar-benarnya kedatangan seorang rasul akhir zaman tetapi beliau
tidak menyangka beliau sempat melihat dengan mata kepala beliau sendiri
seorang rasul yang dijanjikan dalam setiap kitab suci sebelum ini.
Malahan beliau teruja kerana yang bakal menjadi rasul itu adalah suami
kepada sepupu rapatnya sendiri!.
Berkenaan dengan penyataan awal Waraqah
kepada Siti Khadijah yang beliau yakin Muhammad adalah seorang Rasul
akhir zaman, ramai ulama menyatakan Waraqah telah berpandukan kepada
ayat Isaiah 29:11-12 yang berbunyi:
11. For you this whole vision is nothing but words sealed in a scroll. And if you give the scroll to someone who can read, and say to him, “Read this, please,” he will answer, “I can’t; it is sealed.”
12. Or if you give the scroll to someone who cannot read, and say, “Read this, please,” he will answer, “I don’t know how to read.”
“Read this,please” adalah satu ayat suruhan. Ia sama dengan ayat ‘Ikraq’ yang
disuruh untuk dibaca oleh Jibrail as kepada lembaran yang
ditunjukkannya. Ini keistimewaan seorang insan yang benar-benar memahami
isi kandungan Taurat dan Injil dengan sebenar-benar faham!.
Bergitulah sedikit sebanyak cerita
melibatkan Waraqah bin Naufal. Persoalannya sekarang, apakah agama
anutan beliau? Sememangnya umum mengetahui agama anutan beliau adalah
agama Kristian ataupun agama Nasrani. Tetapi apakah mazhab yang dianuti
oleh Waraqah ini? Mazhab Waraqah kelihatan tidak seperti mazhab ‘mainstream’ Kristian
sekarang iaitu mazhab Katholik yang mana mereka tidak mempercayai akan
kedatangan seorang Rasul akhir zaman. Malah mereka menyekutukan Allah
swt dengan berkata nabi Isa as adalah anak tuhan.
Terdapat riwayat menyatakan mazhab anutan Waraqah adalah mazhab Ebionite dan ada pula menyatakan mazhab Arianisme. Malah riwayat yang paling popular adalah beliau bermazhab Nestorian.
Akan tetapi tiada riwayat menyatakan mazhab beliau adalah mazhab
Katholik. Ini adalah kerana, kepercayaan Waraqah langsung tidak
menggambarkan beliau adalah seorang mazhab Katholik. Tambahan pula, pada
waktu tersebut, mazhab Katholik hanya ‘laku’ di negara Barat sahaja
seperti di wilayah-wilayah taklukan Byzantine. Itupun di Jerman terutama
kaum Goth, Vandal dan Lombard memegang kuat kepercayaan Arianisme!. Di
wilayah timur, ketiga-tiga mazhab ini, mazhab Eboinite, mazhab Arianisme dan mazhab Nestorian
adalah paling popular dan mempunyai ramai pengikut. Mazhab Nestorian
misalnya, telah lama memutuskan hubungan dengan mazhab yang tidak
mengesakan tuhan seperti mazhab Katholik sehingga Kristian ketika itu
terbahagi kepada dua blok iaitu Church of the West(Katholik) dan Church of the East(Nestorian).
Menariknya ketiga-tiga Mazhab ini
Ketiga-tiga mazhab ini langsung tidak
mempercayai bahawa Nabi Isa as adalah Anak Tuhan. Penganutnya mengutuk
sekeras-kerasnya mazhab Katholik kerana menganggap Katholik seumpama
agama Pagan atau agama Polystheism yang dianuti oleh orang Yunani dan
Roman dahulu-kala.
Umum mengetahui bahawa mazhab Katholik
mengamalkan doktrin Triniti iaitu mempercayai Nabi Isa as mempunyai tiga
sifat, Isa sebagai Anak Tuhan, Roh Kudus dan Bapa(Tuhan). Manakala
ketiga-tiga mazhab ini mengamalkan kepercayaan bahawa Nabi Isa as adalah
hamba Allah yang diutuskan untuk menjadi Rasulnya.
Mazhab Ebionite
Mazhab ini dianggap mazhab terawal sekali
wujud. Kebanyakkan penganut mazhab ini adalah orang Yahudi. Mereka
percaya bahawa Nabi Isa as adalah nabi mereka. Dengan segala mukjizat
dan saranan Nabi Isa as untuk menyembah tuhan yang satu menyakinkan
mereka bahawa Nabi Isa as adalah nabi seterusnya selepas nabi Malachi
as. Penganut mazhab ini digelar Nazarenes(merujuk kepada tempat kelahiran Nabi Isa as di Nazareth). Orang Arab mengelar mereka Nasrani.
Daripada perkataan inilah perkataan Nasrani selalu disebut untuk
merujuk kepada semua orang Kristian miskipun mazhab mereka bukannya
Ebionite. Ebionite sebenarnya membawa maksud Yang Termiskin. Mereka meminjam perkataan Hebrew iaitu Evionim.
Dipercayai bahawa pengasas Mazhab
Ebionite adalah James the Just. Orang Yahudi memanggil James sebagai
Yohannes. James yang juga sepupu Nabi Isa as adalah seorang pengikut
Nabi Yahya as sebelum menjadi hawari Nabi Isa as.
Mazhab Ebionites mendakwa bahawa Paul yang
kemudian mengasaskan ajaran Pauline Christianity adalah guru palsu.
Paul didakwa mengajar anak muridnya bahawa Nabi Isa as adalah anak
tuhan. Ini menimbulkan kemarahan mazhab Ebionites. Ajaran Paul ini
kemudiannya menular dengan cepatnya sehingga tertubuhnya mazhab baru
iaitu Katholik.
Ajaran Ebionites berlandaskan kepada
Gospel of Hebrews sebelum dihapuskan oleh musuh mazhab ini pada
Persidangan pertama Kristian di Nicea pada 325M. Gospel dan buku ajaran
Ebionites dibakar bersama-sama mazhab yang tidak sealiran dengan Pauline Christianity.
Miskipun bergitu, ajaran Ebionite masih lagi tetap bertahan di timur sehinggalah kelahiran Rasullulah saw pada 512M.
Mazhab Arianisme
Mazhab ini terbentuk dengan seorang pengasas yang bernama Arius.
Arius sezaman dengan Maharaja Costantine I, seorang bermazhab Katholik.
Arius adalah paderi di Buchalis,Alexanderia. Beliau juga seorang
penceramah agama yang popular. Beliau adalah antara individu yang kuat
menentang ajaran Biskop yang bernama Alexander. Beliau merasakan agama
Kristian telah dicemari dengan falsafah-falsafah yang salah dan
menyesatkan. Beliau mengganggap Nabi Isa as adalah seorang Rasul yang
diutuskan Allah swt ke dunia dan bukannya seorang anak Tuhan sebagaimana
yang dianggap oleh Biskop Alexander dan pengikutnya.
Biskop Alexander berasa terancam dengan
perkembangan Arius dan ajarannya. Beliau terus menemui Maharaja
Constantine I untuk menyelesaikan masalah beliau. Akhirnya, Persidangan
Nicea pada 325M menjadi medan perbahasan paderi pro-Arius dan paderi
pro-Triniti.
Perdebatan hebat antara Arius dan
paderi-paderi menjadi hangat sehingga seorang paderi Katholik terkenal
Nicholas of Myra menampar Arian di mukanya. Bergitulah hebatnya penangan
Arius ketika perdebatan itu berlaku. Nicholas adalah watak asal Santa
Claus yang selalu muncul di kaca televisyen apabila menjelang Krismas.
Persidangan berat sebelah itu akhirnya
dimenangi oleh Katholik selepas paderi-pederi seramai lebih daripada 300
orang itu dipercayai telah diugut oleh Maharaja Constatine I
menyerahkan patisyen menyokong ajaran Katholik dan doktrin Triniti
mereka. Hanya 2 orang paderi dari Libya yang tidak menyokong Katholik
dan akhirnya dipecat daripada menjadi paderi di kawasan mereka.
Persidangan Nicea pada 325M itu menjadi
titik tolak kepada ajaran Kristian sekarang yang mana telah menolak
mazhab selain daripada Katholik. Namun, ajaran Arius tetap tersebar
dengan pesat di timur walaupun telah diharamkan. Orang islam mengganggap
ajaran Arius adalah asas daripada ajaran asal Kristian oleh Nabi Isa
as.
Malang bagi Arius, beliau telah meninggal
dunia akibat diracun oleh musuh beliau ketika menghadiri persidangan di
Constatine’s Forum. Ramai mempercayai beliau diracun oleh Constantine
sendiri.
Ironinya, Arius mempunyai terlampau ramai
pengikut termasuk anak Constatine sendiri iaitu Constantine II.
Malahan, Maharaja Velens dan Eusebius of Nicamedia juga seorang pengikut
ajaran Arian. Eusebius adalah tukang baptist Constantine. Constantine
dibaptistkan ketika beliau sudah meninggal dunia.! Tahap kristian
Constatine masih lagi menjadi persoalan.
Archbishop Dmitri pernah menyatakan
bahawa Islam adalah kesinambungan ajaran Arius kerana ajaran Arius
mempunyai persamaan yang ketara terutama mengenai Nabi Isa as sebagai
Rasul Allah dan bukannya Anak Tuhan. Sememangnya, mazhab Arianisme
adalah mazhab Kristian tulen selain daripada mazhab Ebionites dan
Nestorian. Apa yang menarik lagi tentang mazhab Arianisme adalah Isaac Newton adalah penganut Arianisme secara sembunyi-sembunyi.!
Mazhab Nestorian
Mazhab ini dipelopori oleh seorang paderi bernama Nestorius.Beliau hidup sekitar 386-451M. Beliau adalah paderi di gereja di Constatinople(Istabul sekarang). Dalam ajaran Nestorius, beliau menyatakan bahawa Mariam iaitu nabi Isa as tidak boleh dipanggil Theotokos(ibu Tuhan) tetapi perlu dipanggil Christokos(ibu Christ).
Walaubagaimanapun, mazhab Nestorian
berlainan sedikit berbanding mazhab Ebionites dan mazhab Arianisme.
Mazhab Nestorian menggangap nabi Isa mempunyai dua watak iaitu watak
manusia biasa dan watak tuhan.
Pandangan Nestorius ini dikecam teruk
oleh Cyril,Bishop daripada Alexanderia. Pada persidangan di Ephesus pada
431M, Nestorius dan pengikutnya dikecam dan dikritik menyebabkan beliau
terpaksa dibuang negeri ke biara kecil di Gurun Libya.
Sebenarnya, inilah titik tolak pengembangan Ajaran Nestorian. Ajaran ini akhirnya berpecah terus daripada ajaran Church of the West yang berpusat di Byzantine ketika itu. Ajaran Nestorian menjadi ajaran persendirian yang digelar Church of the East.
Ia tersebar luas sekitar Asia Tengah, Timur Tengah dan kawasan Hijaz.
Malahan terdapat sumber menyatakan, Nestorian telah tersebar hingga ke
China, Mongolia dan persisir Jepun-Korea.
Kisah Rasullulah saw ketika berumur 12 tahun iaitu ketika baginda mengikut bapa saudara baginda, Abu Talib berniaga di Syam(Syria sekarang).
Kabilah Abu Talib telah dipelawa oleh seorang Paderi Nasrani untuk
menjamu selera di biara beliau. Paderi tersebut adalah Bahirah. Paderi
yang baik hati itu telah memberi nasihat kepada Abu Talib supaya balik
segera ke Mekah kerana bimbangkan keselamatan anak saudara beliau iaitu
Rasullulah saw kerana beliau telah melihat tanda-tanda kenabian pada
anak saudaranya itu. Bahirah menambah, kemungkinan jika diketahui oleh
orang Yahudi di Syam, mesti dibunuh Muhammad saw. Dengan perasaan
gementar, terus dibawa kabilahnya pulang ke Mekah ketika itu juga.
Dipercayai bahawa Bahirah adalah seorang Paderi bermazhab Nestorian.!
Penutup
Melalui ketiga-tiga mazhab ini, diketahui
bahawa Waraqah bin Naufal adalah seorang Nasrani yang tulen. Rasullulah
melarang sekeras-kerasnya barang siapa yang mengutuk Waraqah bin Naufal
kerana terdapat sahabat berselisih faham mengenai Waraqah. Rasullulah
saw ketika ditanya oleh sahabat baginda mengenai Waraqah bin Naufal,
Rasullulah saw bersabda;
“Jangan memfitnah Waraqah ibn Naufal kerana aku lihat beliau akan mendapat satu atau dua taman di Syurga.”(Hadis Shahih riwayat Al-Hakim)
Dalam bab mazhab, Waraqah lebih mirip bermazhab Ebionites
berbanding dua mazhab lain. Ini melibatkan ciri-ciri percakapan Waraqah
bin Naufal kepada Rasulullah saw ketika mula mendapat wahyu dan
kepercayaan beliau mengenai kedatangan Rasul akhir zaman. Waallahulam.
0 comments:
Catat Ulasan