Oleh: takusahrisau
Seringkali kita lihat pemuzik-pemuzik
mempamerkan bakat mereka di jalanan terutama di sekitar kotaraya yang
sibuk. Dengan berbekalkan suara yang merdu dan petikan gitar yang
mendayu-dayu, mereka mampu menarik minat ramai orang. Golongan pemuzik
ini dikenali dengan busking.
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)
Bagaimana pula jika seseorang mempamerkan bakat dalam mengalunkan kalimah Allah di jalan-jalan yang sibuk?
Di jalan Hamra yang terletak di tengah
kota Beirut, Lubnan, seorang lelaki yang dianggarkan berusia 50-an
mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan cukup merdu. Lantaran
kemerduan dan keelokan lengoknya, ia menarik minat ramai orang di
kotaraya Lubnan itu.
Jalan Hamra menurut wikipedia adalah
salah sebuah jalan utama di sekitar kota Beirut, Lubnan. Jalan Hamra
menjadi tumpuan ramai rakyat Lubnan menyebabkan pelbagai kemudahan
seperti cafe, teater, dan restoran-restoran mewah dibangunkan. Namun
begitu, Jalan Hamra tidak seperti tempat-tempat yang lain di sekitar
Lubnan. Masjid mahupun surau sukar ditemui manakala pub, disko dan
tempat mencacah tatu boleh ditemui di merata-rata tempat.
Oleh yang demikian, kekuatan seorang
lelaki tua yang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran sangat dipuji. Pada
penglihatan penulis, lelaki tua tersebut kemungkinan besar ingin
menyedarkan masyarakat sekeliling beliau yang leka mencari rezeki dan
berhibur saban hari sehingga lupa kepada Allah swt yang mematikan mereka
bila-bila masa.
0 comments:
Catat Ulasan