Artikel Dari Guablog

Ahad, 26 Januari 2014

Sungai Kembali Muncul di Tanah Arab

| | 1 comment

Penulis: petunjukzaman



causes-of-global-warmingMengikut lapuran PBB suhu dunia sekarang ini sedang menuju peningkatan kepanasan sebanyak 5 darjah dan aras laut akan meningkat lebih dari 80cm dalam abad ini, berdasarkan satu lapuran awal yang dibocorkan berkenaan lapuran perubahan cuaca dunia yang akan dibentangkan di PBB.
Sekarang ini terdapat 95% kemungkinan kesan rumah hijau yang berlaku akibat perbuatan manusia sedang di selidiki di seluruh dunia, yang mana kejadian terbaru ialah gelombang panas luarbiasa yang berlaku di Asia dan Alaska.
Darjah kepastian telah meningkat kepada 90% berbanding lapuran terakhir pada 2007, 66% pada 2001, dan hanya sekadar 50% pada 1995. Kenaikan aras laut sebanyak 82 cm akan menyebabkan kesan yang buruk terhadap bandar-bandar persisiran dimana-mana adalah kemungkinan yang tidak dapat dielakkan, seperti dilapurkan Reuters.
Oleh itu anda jangan terkejut suatu hari nanti negeri-negeri yang mana muka buminya rendah bakal tenggelam ekoran kecairan bongkah ais di kutuk utara dan selatan sekarang.
Ia bakal mengulangi apa yang pernah berlaku pada zaman air batu, di mana padang pasir gersang di negara-negara Arab ketika zaman tersebut dialiri anak-anak sungai.
Malah Semenanjung Tanah Arab merupakan kawasan paling subur di dunia pada zaman air batu.
Dalilnya dirakam dalam al Quran surah Saba’ di mana penduduk negeri Saba’ hidup dengan kemewahan kerana buminya begitu subur.
Dalam satu wacana yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kelantan pada 20hb Oktober, Pensyarah Jabatan Matematik UPM, Prof Madya Dr Mat Ropa Ismail berkata, zaman air batu kedua akan kembali semula, prosesnya sedang berlaku sekarang.
“Kutub utara mulai mengalami pencairan air batu sekarang. Kawasan utara Semenanjung Arab juga dikesan mengalami perubahan cuaca di mana kawasan kering mengalami salji beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saintis berpendapat bumi Arab akan dipenuhi kembali dengan anak sungai,” katanya ketika membentang kertas kerja pada wacana ilmiah di Al Quran dan Sains di Dewan Teratai hari ini.
Dr Mat Ropa berkata, penemuan saintifik mengenai Semenanjung Arab selaras dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai”.
Beliau juga mengatakan Belanda akan menerima kesan paling cepat dengan kecairan ais di kutuk utara. Begitu juga negara berpulau seperti Singapura juga bakal berdepan situasi serupa.
Katanya juga Tabu’ sekarang menjadi pembekal buah anggur terbaik di Madinah, sedangkan dahulu merupakan kawasan kering kontang.
Malah semenanjung Arab juga berjaya menghasilkan gandum jenis terbaik di dunia.
“Penyelidikan satelit tentang muka bumi Arab menunjukkan kesan tali air dan pengairan wujud di bawah timbunan pasir di Yaman.
“Begitu juga Bandar Iram ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir sedalam 16 meter beberapa tahun lepas,” katanya.
File:SIR-C X-SAR Ubar, Oman.gif
Radar imagery uncovered a city buried under sand in Oman
Beliau membentang kertas kerja bertajuk “Ayat Al Kauniyyah Dan Keajaiban Alam Kosmos Dan Cakarawala”.
Wacana tersebut dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Perasmian penutup program berkenaan disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco, Datuk Nasuruddin Daud dan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad.
Sumber;

1 ulasan:

  1. Bandar Iram = lost city tu.. kat history channel dulu ada cerita pasal bandar ni

    BalasPadam

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE