Artikel Dari Guablog

Rabu, 26 Mac 2014


Keluarga penumpang MH370 warga China mendesak supaya bukti kukuh dikemukakan dan Malaysia tidak merahsiakan sebarang maklumat daripada umum. Gambar fail.
 Keluarga penumpang MH370 warga China mendesak supaya bukti kukuh dikemukakan dan Malaysia tidak merahsiakan sebarang maklumat daripada umum. Gambar fail

Ketika China menerima berita mengenai 154 warganya dipercayai maut apabila pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi, Putrajaya didesak supaya tidak menyembunyikan maklumat yang boleh memberikan jawapan kepada beberapa persoalan utama yang menyelubungi misteri kehilangan pesawat itu sejak lebih dua minggu lalu. 

Lidah pengarah China Global Times berkata, Malaysia perlu mendedahkan semua maklumat kerana keraguan terhadap kehilangan pesawat itu akan hanya memusnahkan kredibilitinya.

“Malaysia perlu menggunakan semua pasukan untuk mengesahkan kedudukan tepat pesawat itu terhempas secepat mungkin, mengesan bangkai dan cari kotak hitam, dan mengesahkan sebab sebenar di sebalik kemalangan itu bersama masyarakat antarabangsa.
Akhbar harian itu berkata, dengan 154 penumpang adalah warganegara China, negara itu mempunyai hak untuk menggesa kerajaan Malaysia memaklumkan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku.

“Kita perlu tahu dengan jelas jika malapetaka ini disebabkan oleh anak kapal atau sama ada wujud paksaan di udara atau daratan.

“Kita harap kerajaan Malaysia tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat, di samping kebimbangan mengenai keselamatan negara dan politik dalaman,” kata editorial itu.

Apabila penyiasatan pesawat yang hilang itu bermula, tidak ramai rakyat China yang mengaitkannya dengan konspirasi yang mensasarkan China.

“Rakyat China selama ini melihat Malaysia sebagai rakan. China minta kebenaran.

“Harapnya, kerajaan China bersama negara-negara lain yang mempunyai keupayaan risikan, boleh membantu dan menggesa Malaysia untuk lebih telus dalam memberikan maklumat,” kata editorial itu.

Semalam, kira-kira 200 ahli keluarga pesawat MH370 dari China yang berduka lara berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing.

Mereka mendesak Malaysia Airlines dan Putrajaya menjelaskan apa yang berlaku. Ada yang menangis, berpimpinan tangan dan menjerit slogan termasuk, “Kerajaan Malaysia pembunuh” dan “Kami mahu saudara-mara kami semula”.

Ahli keluarga penumpang yang marah itu turut bertempur dengan polis di luar kedutaan.

China turut mendesak Putrajaya menyerahkan data satelit yang membawa kepada kesimpulan pesawat ke Beijing itu terhempas di laut dan tiada seorang pun daripada 239 penumpang selamat.

Cara Malaysia mengendalikan krisis itu dikritik oleh beberapa media antarabangsa dan pakar yang berkata, percanggahan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa pada hari-hari awal kejadian itu dan kelewatan mendedahkan data tentera mungkin menjejaskan pencarian Boeing 777-200ER itu.

Putrajaya menghantar delegasi pemimpin tertinggi Malaysia ke Beijing untuk memberi taklimat kepada keluarga penumpang pada Isnin, susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai analisis data satelit daripada syarikat Britain, Inmarsat yang mendedahkan pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

Di sebalik pengumuman Najib, ramai keluarga yang akan hanya berhenti berharap jika bukti kukuh dikemukakan dalam bentuk bangkai pesawat atau kotak hitam ditemui.

Maka, editorial Global Times berkata:”Nahas udara ini adalah sesuatu yang jarang berlaku dan misteri, dan tidak patut direkodkan dalam sejarah sebagai perkara yang tidak berjaya diselesaikan, tetapi ia perlu menjadi pengajaran untuk masa depan.”




Pemain pasukan bola sepak Terengganu berhadapan detik cemas apabila pesawat Malindo Air yang mereka naiki untuk pulang ke negeri itu selepas menentang pasukan ATM di Selayang malam tadi mengalami kebakaran dalam satu insiden pagi ini.

Malindo Air dalam satu kenyataan media memberitahu, pesawat tersebut mengalami insiden kebakaran itu sewaktu berada pada ketinggian 7,000 kaki.

“Sistem pengesan kebakaran pesawat diaktifkan dan dengan segera krew penerbangan membuat senarai semak kecemasan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal keadaan.

“Kapten penerbangan membuat keputusan berpatah balik ke Subang dan pesawat itu berjaya didaratkan dengan selamat di Subang. Tiada sebarang insiden kecederaan dilaporkan. Kesemua penumpang dipindahkan ke penerbangan lain ke terengganu,” menurut kenyataan itu.

Menurut Malindo Air, punca kejadian itu dalam siasatan dan insiden itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Media hari ini melaporkan pemain pasukan Terengganu berhadapan detik cemas apabila pesawat yang dinaiki mereka selepas menewaskan ATM 3-0 terpaksa berpatah balik akibat enjin terbakar.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri turut merakam gambar kebakaran enjin tersebut.

Sumber: mynewshub


MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

8 MAC

* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang
sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 MAC

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.

10 MAC 


* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

11 MAC

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 MAC

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 MAC

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
 
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan
ditamatkan.

16 MAC 


* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 MAC

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 MAC

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 MAC

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

20 MAC

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 MAC

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

22 MAC

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

23 MAC

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 MAC

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Berikut adalah keputusan dan kedudukan dalam saingan Liga Super Malaysia selepas enam perlawanan yang berlangsung pada malam Selasa
results terkini liga super 2014 live scorekeputusan terkini liga super 25 mac 2014
Keputusan Semasa Dan Penuh Liga Super 25 March 2014

ATM logo baru atmkeputusan terkini liga super 25 mac 2014 0 – 3 logo baru terengganukeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Terengganu
masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Manaf Mamat 24′, Nor Farhan 78′, Faiz Subri 90+
Kelantan logo baru kelantan 2014keputusan terkini liga super 25 mac 2014 1 – 2 logo baru jdt 1 2014keputusan terkini liga super 25 mac 2014  JDT
Ghaddar 17′ masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Amri Yahyah 33′, Fazly Mazlan 88′
T-Team logo baru t teamkeputusan terkini liga super 25 mac 2014 2 – 0 logo baru sime darbykeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Sime Darby
 ′Evaldo Goncalves 26′, Marzuki Yusof 72′ masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014
Perak logo baru perakkeputusan terkini liga super 25 mac 2014 0 – 1 logo baru lions xiikeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Lions XII

masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Safuwan Baharudin 90+
PKNS FC logo baru pkns fckeputusan terkini liga super 25 mac 2014 1 – 3 logo baru pahangkeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Pahang
′Patrick Ronaldinho Wleh 72′ masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Dickson Nwakaeme 43′, 60′, Fauzi Roslan 63′
Sarawak logo baru sarawakkeputusan terkini liga super 25 mac 2014 0 – 2 logo baru selangorkeputusan terkini liga super 25 mac 2014  Selangor

masa penuh1keputusan terkini liga super 25 mac 2014 Andik vermansyah 25′, Thamil Araasu 53′

Kedudukan Terkini Carta Liga Super
keputusan terkini liga super 25 mac 2014

Sumber: mysumber

Selasa, 25 Mac 2014




Kemalangan seperti terjatuhnya telefon di dalam air, atau tertumpahnya air di atas telefon dan barangan elektronik adalah salah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bagaimanakah untuk menyelamatkannya?

Semestinya salah satu cara adalah membawanya ke kedai telefon berdekatan. Namun, ia mungkin mengambil masa, ataupun sukar dilakukan sekiranya kedai berdekatan tutup dan sebagainya.

Untuk mengelakkan daripada telefon anda menghadapi sebarang masalah, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengeluarkan bateri serta-merta, supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya litar-pintas dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan telefon dengan bateri terbina seperti iPhone, One X dan sebagainya, anda boleh mematikan peranti anda serta-merta, dengan menekan butang kuasa padanya.

Sebaik sahaja mengeluarkan bateri, keringkan peranti, bateri dan pelbagai perkara lain (kad-SIM, mikro-SD) dengan menggunakan kain ataupun tuala.

Walaupun anda berjaya menghilangkan air daripada peranti anda, kebarangkalian untuk peranti anda mempunyai kelembapan di bahagian dalam dan sebagainya adalah tinggi. Untuk itu, para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan silica gel (yang biasa terdapat dalam ubat untuk mengekalkan kekeringan). Namun, memandangkan ia sukar untuk didapati, salah satu alternatif adalah menggunakan beras.

Di internet, ramai yang berkongsi kisah mereka, mengatakan penggunaan beras adalah salah satu kaedah yang baik untuk menghilangkan kelembapan daripada peranti mereka

e71-rice

Anda boleh meninggalkan peranti anda didalam bekas berisi beras antara 24 jam hingga ke 72 jam, dan kemudiannya mencuba untuk menghidupkan kembali peranti anda.

Walaupun kaedah ini adalah salah satu perkara yang popular, namun mungkin tidak memberikan hasil yang baik kepada semua pengguna. Sekiranya anda mempunyai kaedah tersendiri, jangan lupa berkongsi bersama kami.

Sumber: mynewshub



CAIRO – Sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi selepas perbicaraan secara massa, kata sumber perundangan.

Penyokong Mursi berdepan dengan tindakan keras untuk menghancurkan sokongan mereka oleh kerajaan yang dibentuk tentera sejak Julai lalu.

Ratusan penyokong telah dibunuh manakala ribuan lagi ditahan.

Daripada 529 yang dijatuhi hukuman mati itu, 153 orang berada dalam tahanan manakala selebihnya melarikan diri, jelas sumber.

Keputusan hukuman mati itu tidak boleh dirayu. (AFP)

egypt hukum mati 
GAMBAR: Ahli keluarga penyokong Mursi yang dijatuhi hukuman mati menangis mengenang nasib yang menimpa mereka.

Jumaat, 21 Mac 2014




Peta di atas baru dikeluarkan oleh pihak mencari dan menyelamat Australia.

Ia memperlihatkan kawasan pencarian yang diperluaskan berhampiran barat daya Perth di kawasan perairan Lautan Hindi.

Australia mempergiatkan pencarian MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berikutan penemuan dua objek yang mungkin berkaitan dengan kapal berkenaan oleh pihak berkuasa negara itu hari ini.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan rasmi sama ada dua objek itu merupakan serpihan MH370 atau serpihan benda lain.

Sumber: mynewshub



SEBELUM ini, laporan media antarabangsa, The Mirror pernah menyebut, isteri dan tiga anak Kapten Zaharie telah berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum kehilangan pesawat MH370.

Ia sedikit sebanyak dilihat cuba untuk mengaitkan andaian sebuah lagi akhbar tabloid, Daily Mail bahawa insiden itu ada kaitannya dengan kecenderungan politik Zaharie sebelum ini.

Bagaimanapun, menerusi Sinar Harian hari ini, dakwaan The Mirror itu sama sekali tidak benar.

Menurut sumber terdekat keluarga itu, mereka sebenarnya berkumpul di rumah anak sulung Zaharie di Subang.

“Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang.

“Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul,” ujar sumber itu.

Spekulasi yang dibuat oleh media antarabangsa ini nyata mengecewakan dan menjejaskan emosi keluarga Zaharie kerana ia seolah-olah memberi tanggapan buruk kepada mereka sedangkan belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara itu.

Laporan Sinar Harian turut menyebut, kediaman Zaharie di Laman Seri, Shah Alam berkunci rapat dan kini dikawal ketat oleh pihak pengurusan.

Usaha untuk menemubual wanita yang dipercayai pembantu rumah keluarga itu juga tidak berjaya.

Sumber: mynewshub

Dulu rakyat Guatemala bimbang dengan kemunculan lubang-lubang pelik yang banyak disebut orang ramai. Kemudian rakyat yang dibelenggu oleh lubang pelik tersebut bahkan di sebahagian dari mereka risau kerana takut berlaku sesuatu. Lubang ini memang berukuran besar dan lebih dalam berbanding lubang biasa dan lubang aneh ini telah menjadi misteri bagi sebahagian di kalangan orang ramai bahkan ada yang menganggapnya sebagai tanda akan datangnya bencana.

Berikut beberapa ‘lubang misteri’ yang ada di dunia :

Lubang besar di tengah laut Belize yang diberi nama Great Blue Hole | Tribunnews

Lubang besar di tengah laut Belize yang diberi nama Great Blue Hole | Tribunnews

Lubang besar di Monticello Dam, Napa County, California | Tribunnews

Lubang besar yang muncul tiba-tiba di jalan raya dan ada 8 lubang lagi yang mendadak muncul | Tribunnews

Lubang yang besar sedalam 7 meter di jalur lambat Jalan Ring Road Selatan dekat Terminal Giwangan Yogyakarta.
Sumber: 1newsonline


SEORANG wartawan yang berada di dalam pesawat milik Amerika Syarikat jenis P-8 dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines difahamkan menerima isyarat radar dari sebuah objek besar di Lautan Hindi yang mungkin boleh dikaitkan dengan pesawat berkenaan.

Radar itu menerima isyarat yang dilihat siginifikan dengan misi berkenaan dan para anak kapal pesawat berkenaan cuba untuk melihat visual objek berkenaan.


Berita itu disiarkan melalui tweet oleh agensi media ABC News dalam maklum balas kepada tweet wartawan berkenaan iaitu David Wright.

“Ada isyarat mengatakan ada sesuatu di bawah sana,” menurut tweet ABC News.

Sementara itu twitter yang sama turut memaklumkan bahawa pihak Australia juga sudah mendedahkan imej satelit berkenaan yang memaparkan objek berkenaan.

“Baru diterima, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) Australia berkongsi imej satelit berkenaan objek yang dikesan yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370,” menurut tweet ABC News.

Gambar yang disiarkan pada awal artikel ini ialah objek kedua yang dikesan satelit Australia berkenaan.

Sumber: mynewshub

Khamis, 20 Mac 2014




SYDNEY – Pihak berkuasa Australia dan Amerika Syarikat (AS) menyatakan semalam bahawa mereka mula mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di kawasan seluas 600,000 kilometer (KM) persegi di Lautan Hindi.

Namun, pihak berkuasa Australia dan AS mengakui pencarian pesawat MH370 tersebut amat sukar ibarat mencari sebatang jarum dalam timbunan jerami.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia mendedahkan bahawa ia percaya pesawat Boeing 777-200 itu sengaja dilencongkan dan terbang selama beberapa jam selepas keluar dari laluan asalnya sama ada menuju ke Asia Tengah di utara atau Lautan Hindi di selatan.

Pihak berkuasa di Kuala Lumpur kelmarin meminta Canberra memikul tanggungjawab mencari pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu itu di koridor selatan dengan dibantu sejumlah pesawat AS dan New Zealand.

Susulan permintaan tersebut, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah memulakan operasi mencari pesawat itu di kawasan seluas 3,000 km di barat daya Perth.

“AMSA mengklasifikasi sebuah kawasan pencarian berpotensi berdasarkan pelbagai sumber tempatan dan antarabangsa.

“Operasi mencari ini sukar. Kawasan yang amat luas meliputi 600,000 km persegi memberikan cabaran besar buat kami,” kata pengurus besar AMSA, John Young.

Menurut Young, AMSA dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk melakukan operasi mencari secara menyeluruh di kawasan berkenaan.

Zon pencarian tersebut dipilih berdasarkan data satelit dan radar tentera yang diterima daripada pesawat yang membawa 239 penumpang serta anak kapal tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, pesawat peninjau jarak jauh P-8 Poseidon dan P-3 Orion daripada Armada Ke-7 Tentera Laut AS turut terlibat dalam operasi besar-besaran itu

Sumber: mynewshub



PETALING JAYA – Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.

Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.

 Sumber: mynewshub


Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah 'perlindungan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media hari yang ke 11 di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari Perancis mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.

Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.

Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

"Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?" ...

Begitulah bunyi soalan yang diajukan oleh seorang wartawan wanita dari Perancis kepada Hishamuddin Hussein menyebabkan beliau kelihatan terpegun dalam sidang media tersebut.

Sebelum menjawab Hishamuddin telah bertanyakan kepada wartawan tersebut beliau dari akhbar negara mana.

"Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from," jawab Hishamuddin yang kelihatan agak tidak selesa dan terganggu menyebabkan para wartawan dalam dan luar negara di Sama Sama Hotel Sepang pecah perut gelak kat dia. -darisungaiderhaka


Rabu, 19 Mac 2014


1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.
2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam…
3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.
4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu
 
 
5. Secara purata, jangka hayat rambut adalah sekitar 3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut… Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun…huhu
6. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.
7. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball..
8. Gigi manusia mempunyai panjang 55 milimeter..
9. Apabila menjangkau usia 60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur semasa tidur… huhu
10. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang !!
11. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam…
12. Organisma hidup yang terdapat pada tubuh seorang manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia yang ada atas muka bumi sekarang… Wowww…
13. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut… Bayangkan…
14. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi…
15. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan…
16. Gigi manusia hampir keras seperti batu…
17. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi…
18. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot..
19. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku…
20. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata…
21. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita…huhu
22. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan…
23. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari…
24. Setiap 2 minggu, perut manusia akan menghasilkan lapisan mukus yang baru, kalau tak, perut kita sendiri akan dihakis oleh asid yang terdapat didalamnya…
25.  Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza…Wow…
26. 80% daripada diri kita adalah air…
27. Setiap jam, mata kita mampu memproses 36 000 bit informasi…
28. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira 4-5 KG.
29. Luas permukaan paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis…
Besar tuuu…huhu
30. Ketika mata kita berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama 0.3 saat… 
Betapa hebatnya penciptaan manusia… Subhanallah…
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)



Hari ini gambar di atas yang kononnya memperlihatkan Tentera US mula berada di Malaysia iaitu Kota Baharu, Kelantan dan juga Ipoh, Perak telah disebar di laman mikro Twitter oleh mamat yang memiliki akaun Twitter di atas..

Dan sebarannya talah disambung pula oleh beberapa buah Blog dan juga Facebook tanpa berfikir panjang dan mencari dulu sumber dari mana gambar itu diperolehi.

Ada yang memandai mengaitkan gambar kehadiran tentera US di Malaysia ini dengan insiden kehilangan pesawat MH370, kononnya US telah mengerahkan tenteranya untuk menjalankan gerakan pencarian individu yang terlibat dengan kehilangan pesawat itu..

Memang benar Tentera US telah berada di Malaysia dan mereka itu adalah dari US Navy dan US Army..

Ni banyak lagi gambarnya.. siap ada watermark PDRM lagi..

Adakah mereka menjejakkan kaki mereka ke negara kita kerana operasi mencari MH370?

Tak ada kena mengena langsung.. kerana gambar-gambar di atas telah dirakam pada Februari tahun 2012 lagi..

Kehadiran mereka ialah untuk menjalani sesi latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (PGK)

LATIHAN PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK) BERSAMA US ARMY DAN US NAVY

Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini.

Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012.

Kumpulan US Army ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
1) Kemahiran medan/teknik menembak
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
4) Kemahiran letupan
5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
6) Perancangan operasi
7) Latihan Sniper

Setelah latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training).

Semasa latihan peringkat akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalakan latihan 'evidence collection'.

Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.

Sumber info dari ( SINI ).. tengoklah ada banyak lagi gambar Tentera US di Malaysia..

 Sumber: darisungaiderhaka

Selasa, 18 Mac 2014



Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun? 

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. - facebook

Laporan menyatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah rampas MH370 kerana kecewa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II dianggap sebagai khayalan luar biasa, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

PKR menganggap laporan akhbar Britain, Daily Mail yang menyatakan kemungkinan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II sebagai khayalan luar biasa.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, perkara ini mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.

"Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Apabila ditanya apakah PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Saifuddin berkata:"Tidak ada sebarang tindakan daripada PKR buat masa ini. Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia doa agar pesawat MH370 ditemui."

Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail. 

Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.

Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac. - 16 Mac, 2014.
 


"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui.

Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.

Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.

"Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman,” katanya.

Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Adakah sesuati berlaku ke atas pembantu juruterbang tersebut dalam tempoh 11 minit berkenaan atau adakah pembantu juruterbang tersebut terlibat dalam satu pakatan tertentu?

Ia seterusnya menimbulkan satu lagi persoalan – sama ada sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dalam pesawat tersebut dimatikan sebelum atau selepas komunikasi teraskhir dengan kokpit pesawat.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyebut bahawa Acars dimatikan sebelum komunkasi terakhir antara menara kawalan dengan kokpit.

Kenyataan tersebut, yang dijelaskan sebagai tidak tepat hari ini, menimbulkan persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan.

Jauhari hari ini berkata masih belum dapat dipastikan sama ada Acars dimatikan sebelum atau selepas komunikasi Fariq.

"Pancaran data Acars terakhir pada 1.07pm. Kita tidak tahu bilakah Acars dimatikan selepas itu, tetapi ia sepatutnya memancar data setiap 30 minit dan pancaran seterusnya tidak diterima,” katanya.

Ini bermakna pancaran Acars seterusnya – yang tidak berlaku – sepatutnya pada jam 1.37am.

Ini menunjukkan bahawa Acars mungkin dimatikan pada bila-bila masa sebelum atau selepas jam 1.19 pagi, tetapi pada waktu di antara 1.07am dan 1.37am, yang merupakan komunikasi terakhir dengan menara kawalan.

Sumber: gigitankerengga

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE