Beliau tiada
nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar
nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah
serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti
Abdullah.
Beliau telah
masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia
mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun
sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo
Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal
menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau
sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan
bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama
adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh
itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu,
beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama
Kristian.
Namun untuk
berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca
kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari
kelemahan Islam.
Semakin beliau
mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau
sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah
hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo
Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang
sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika
membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua
yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap
mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90%
besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah
penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan
Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada
Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya
berserah kepada Allah.
Keesokan
harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan
penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa
Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah
syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee
berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat
hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau
sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan
yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan
rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur
kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap
beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah
kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
0 comments:
Catat Ulasan