Setiap wanita di
dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang
pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu
hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati
yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.
1. Bina Hubungan Hati Dengan Tuhan
Kuatkan hubungan
hati anda dengan Tuhan melalui ibadah solat, bangun beribadah malam,
berwirid, berzikir, baca Quran, bersedekah dan sebaaginya. Kaum lelaki
kebanyakannya boleh menerima isteri yang taat dengan perintah Allah
walaupun kereka sendiri agak culas. Jadi beramallah dengan niat
mendapatkan cinta Allah dan Rasul nanti kita akan memperolehi perhatian
dan kasih sayang suami.
2. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
2. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin
tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari
“Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang
penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah
lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih
anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang
mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
3. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba
memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan
perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya
dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai
itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.
Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya
dengan diri anda.
4. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya
anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda
tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan
mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan
mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup
berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang
lelaki berubah memperbaiki dirinya.
5. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di
atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup
memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki.
Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup
anda beri.
6. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya
anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu
percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang
sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara
mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah
payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk
dia mengubah pendiriannya.
7. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal
lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami
isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam
satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama
ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa,
maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada
agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang
dilarang.
8. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai
wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang
bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya,
membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada
suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang
mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa,
banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak
menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
9. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya
tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun
dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami
kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan
sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau
apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak
akan rugi apa-apa.
10. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan
merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya
ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri
lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia
rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
11. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia
akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu.
Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks
(bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting. Setiap
orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks,
anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia
akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda
berikan.
12. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
13. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda
tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.
Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang
dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya
apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
14. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana
anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang
lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan
lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
15. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
16. Dengarlah Dengan Baik
Antara
masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami
isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa
yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang
ingin anda katakan.
17. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki
tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang
biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap
perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk
membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
18. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia
akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita
ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya
perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya
yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir
mengenai anda.
19. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
20. Elakkan Pergaduhan
Ada
wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau
menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan
kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang
memulakannya.
21. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya
anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka
mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang
yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia
mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai
isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
22. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak
masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang
sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat
adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan
betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya. Jadi kepada kaum wanita,
jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda, nanti anda akan lihat
betapa wanita solehah itu di sisi Tuhan.
0 comments:
Catat Ulasan