Jika Barrack
Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air
Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok
buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan
setinggan terkenal di Nairobi.
Kedua-dua
beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi berlainan ibu. Barrack
Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala
George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.
George membesar
di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang
berkahwin semula dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja
bantuan Perancis. sebenarnya dia begitu kesal dengan kehidupannya
berbapakan lelaki kulit putih. 'Saya satu-satunya lelaki yang mempunyai
bapa kulit putih di kampung saya. Saya mahu menjadi sama seperti
kanak-kanak kulit hitam yang lain,"katanya.
George mula
minum dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun
kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat
beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah.
Bekas penagih
dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin
dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barrack
Obama menjadi Presiden Amerika.
Beliau kini
merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran
yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah -
Daily Mail
0 comments:
Catat Ulasan