Berada dalam alam kubur merupakan alam persinggahan sebelum kita berpindah ke alam lain. Di sinilah kita akan ditanya oleh Malaikat tentang siapakah tuhan kita dan lain-lain lagi. Namun terdapat seorang lelaki memilih untuk tinggal di dalam kubur. Kubur yang didiami itu, bukanlah kubur di rumahnya, tetapi lubang kubur itu merupakan liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Boleh lihat gambar di bawah ini. Berani betul!
Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia
tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah
perkuburan di Nis, Serbia. Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.
“Saya membuat beberapa ubah suai pada
kubur berkenaan dan selepas itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain
kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu
adalah syurganya. “Ia bukan sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding tidur di jalanan,” katanya.
Tidak pernah memiliki kerja tetap,
Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan
masalah hutang yang banyak. Selepas berbulan-bulan berkeliaran di
jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap.
Kata Stojanovic, hidup bersama mayat
tidak begitu menakutkan seperti sangkaan sesetengah pihak. “Pada mulanya
saya takut, tetapi lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa.
“Kini, selain masalah kelaparan, saya
lebih takutkan manusia yang hidup berbanding dengan orang mati,”
katanya. Menurut Stojanovic, setiap kali dia mahu keluar dari ‘rumah’
itu, dia akan mengintai terlebih dulu bagi memastikan tiada sesiapa di
situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia mungkin menakutkan orang lain
yang kebetulan ada di sekitar kawasan berkenaan.
Stojanovic berkata, dia juga bersedia
jika ditakdirkan mati dalam kubur seluas dua meter persegi
itu.“Sekurang-kurangnya saya dapat mati di tempat yang sesuai,” katanya.
Sumber: kisahbest
Sumber: kisahbest
0 comments:
Catat Ulasan