Seorang kartunis Sweden yang menghina Nabi Muhammad S.A.W suatu ketika dahulu tidak patut dilupakan
16/03/2010
KUALA LUMPUR 16 Mac Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat
Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan
terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur
menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden
perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan
warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama
Islam.
"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam
memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara, katanya ketika
membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di
Dewan Rakyat di sini.
Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh. Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.
"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi
kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila
akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya
mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia, kata Ismail.
Bernama
0 comments:
Catat Ulasan