Sumber: queachmad
Sumber
1. Highland Tower – Kuala Lumpur
Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh
pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan
nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih
terkubur di sana
2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air
yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang
pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang
yang telah menggemparkan dunia.
3. Kemayan City – Johor Bahru
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah
dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai
makhluk halus.
4. Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon
berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya
ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang
meragut banyak nyawa.
5. Villa Nabila – Johor Bahru
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes
pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak
penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.
Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –>
6. Amber Apartment – Genting Highland
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat
pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan
tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa
pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap
bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram
mengenai tempat ini.
7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan
Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang
berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada
waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan
seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang
bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul
di mana-mana kecuali di jalan ini.
8. Institusi St Michael – Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun
sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering
menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap
tawanan perang.
Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun
untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu
di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di
mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa
kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.
Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar – Perak
Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera
pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelajar-pelajar di sini sering
melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang
berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang
koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana
pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok
berkenaan.
10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki.
Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh
di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan
di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh
mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh
yang berkeliaran dikawasan tersebut.
11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur
Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan
paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat
seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang
menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga
vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang
motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok
besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun
pada waktu siang.
12. Rumah ADO Menumbok – Sabah
Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu
orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah
tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam
gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika
tidur selain bunyi yang menyeramkan.
13. Penjara Pudu
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan
yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila
hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang
berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan
lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan
macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga
turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang
pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan
lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
14. Seri Perdana, Putrajaya.
Kisah kelibat perempuan puaka yang menabung sejak kecil untuk membeli
sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit. Puaka itu juga menghantui
rakyat dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan bebanan hutang isi
rumah akibat dari keborosan puaka itu berbelanja. Ramai rakyat telah
hilang tanpa dapat dikesan kerana cuba menghapuskan puaka tersebut