Artikel Dari Guablog

Sabtu, 25 Januari 2014

Gambar Guru Mualaf Yang Dipaksa Buka Tudung Di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat

| | Leave a Comment

Guru dipaksa buka tudung

Pengetua dan lembaga pengurusan sekolah yang mengarahkan seorang gurunya supaya membuka tudung telah membuat permohonan maaf.


Guru berkenaan, yang merupakan seorang mualaf berkhidmat di sebuah sekolah Cina di Kota Tinggi, di sini, diberitahu supaya membuka tudung dan mendakwa diancam oleh pengurusan sekolah pada minggu lepas.
guru dipaksa buka tudung
Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Cheiw Swee Tuan (kiri) bersalaman dengan guru mualaf sambil diperhatikan oleh Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman (belakang, kanan) di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Jumaat. Guru mualaf berusia 25 tahun itu dilaporkan diugut dan dipaksa membuka tudungnya jika ingin terus mengajar di sekolah itu. -fotoBERNAMA

Dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama pada Jumaat, pengetua sekolah dan lembaga pengurusan sekolah telah memohon maaf dan menyesal dengan tindakan mereka.

Guru berkenaan menerima permohonan maaf itu dan berkata tidak mahu mengheret isu ini lagi dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada tugas beliau.

Dilaporkan bahawa guru itu telah dipindahkan sementara waktu ke sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi sementara Jabatan Pendidikan Johor menyiasat kes itu - mStar online

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE