“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik
daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga
pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan
dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada
pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi
peringatan”
Imam Hasan Al-Basri adalah salah seorang
daripada Ulama’ terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru
dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir
di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642masihi, dan dijaga oleh isteri
Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin.
Beliau
pernah dibawa oleh ummu salamah ke majlis para sahabat, dan Umar
Al-khattab Radhiallahu anhu mendoakannya; “Ya Allah, jadikanlah Dia
faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya”.
Imam Hasan
Al-Basri menduduki Iraq iaitu di kota Basrah disanalah berkembangnya
ilmu fiqh yang hebat. Kata-katanya sering dijadikan teladan ummat yang
terkemudian, diantaranya:
Mutiara Kata Pertama.
‘Wahai
anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu
hari berlalu maka sebahagian dari diri kalian pun ikut pergi’.
Memahami
kata-kata ini, kita yakin dan sedar kepentingan masa yang terlalu
singkat dan bermakna, samalah satu kata hikmah mutiara dari imam hassan
al-banna, kewajiban adalah lebih banyak daripada masa.
Masa
samalah seperti hari yang bakal kita lalui esok, lusa, minggu depan dan
tahun depan dan seterusnya, mungkin sebelum ini ada yang belum
berkahwin, rupa-rupanya sekarang mereka sudah melaluinya, mungkin pada
masa ini kita jarang menunaikan ibadah dengan khusyu’ rupa-rupanya nanti
kitalah orang yang paling menyesal di saat ajal makin hampir.
Muhasabah, muhasabahlah.
Awaslah kita dengan kecurian, terutama kecurian masa!
Tertarik
dengan kata-kata dari Ustaz Khairul Anuar Reduan Calon Phd Ilmu Hadis
Universiti Wise Jordan iaitu, mahu melihat seorang pemuda yang hebat,
lihatlah pada waktu beliau menjaga waktu solatnya, kalau dijaga waktu
solatnya, jangan diabaikan bersahabat dengannya, kerana masa kita pasti
terjaga.
Solat..solat..solat, teman-teman intabih (ingat)lah!
Jagalah solat kita, masa kita sering berubah, namun solat bukan alasan
untuk ditinggal, bukan kerana kita punyai 4 musim yang Allah ciptakan,
musim panas, salji, luruh, dan bunga..lihat saja contoh dalam satu
mazhab yang lain iaitu Imam abu hanifah[mazhab hanafi] begitu menekankan
solat berjemaah sehinggakan pandangan ulama’ menyatakan jika hujan
turun hendaklah dijamakkan solat yang empat rakaat, iaitulah zuhur dan
asar, maghrib dan isya’.
Ambillah kebaikan itu dari satu sudut,
mereka tidak mengabaikan waktu berjemaah di Masjid, subhanallah, inilah
yang para pemuda wajib contohinya.
Solat berjemaah menyatukan mukmin dan mukminat.
Solat berjemaah menjadikan hati kita lebih khusyu’ untuk menghadap Allah SWT.
Solat berjemaah menguatkan kesatuan Ummat Islam yang digeruni musuh-musuh Islam.
Kehidupan yang baik dillihat pada diri seorang insan yang mampu menjaga Solat Jemaahnya.
Mutiara Kata Kedua.
‘Di
antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba
adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat
baginya.’
Mendalami kata-kata ini, membuatkan perasaan
kita menjadi gerun, bahkan kalaulah diambilberat dengan kalam mutiara
ini, ummat Islam paling meruncing tahap kesibukannya, mengalahkan raja
atau perdana menteri pun ada!
Walhal Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menetapkan setiap manusia agar sering beribadah kepadaNya, buatlah apa
jua kerja yang penting ada nilai Ibadah disisiNya, terutama apa yang
dilakukannya itu kerja-kerja perjuangan, dari sekecil-kecil hal
hinggalah Islam mencapai kesyumulannya ia adalah Ibadah disisiNya.
Bagi
kita penuntut Ilmu Agama Allah, lagilah perlu menyibukkan diri dengan
memahami Ilmu-ilmu yang terlalu luas umpama tujuh lautan terbesar dunia
ini, bahkan lebih dari itu, tak cukup masa membedah ilmu-ilmu Ulama’
tapi kita yang sibuk dengan urusan yang melalaikan diri. Usah kita
menyesal di kemudian hari.
Teruskan berjuang wahai penuntut Ilmu Agama Allah. We can do its!
Mutiara Kata Ketiga.
‘Semoga
Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan
suatu amalan. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka ia melakukannya.
Tapi jika niatnya bukan kerana Allah maka ia menghalangnya.’
Tiba-tiba, teringat kejadian di China, Foshan, Wilayah Guandong, berikutan kemalangan tragis yang melibatkan kanak-kanak kecil.
Yang
akhirnya meletakkan nilai moral pada ummat manusia, manakala Islam
ajarkan Akhlak Mulia, namun tiada bagi agama lainnya. Maka moral juga
yang membimbing bukan Islam. Kalau moral baik dilakukan suatu tempat itu
maka baiklah masyarakat disitu.
‘yue-yue yang digilis oleh dua kenderaan dipandu manusia yang takutkan undung-undang ciptaan manusia.’
Insiden
berkenaan menyaksikan kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun itu
dilanggar dua kali oleh dua van berlainan di sebuah jalan raya.
Kanak-kanak itu yang berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan, tidak
langsung dibantu oleh lebih 10 orang yang lalu lalang di jalan yang
sempit itu.
Pemandu van putih yang pertama melanggar kanak-kanak
itu meninggalkan mangsa kecilnya itu berlumuran darah di tepi jalan.
Kira-kira enam minit kemudian, lebih 10 orang lalu di jalan itu dan
tidak seorang pun melakukan apa-apa untuk membantunya.
Kanak-kanak
itu kemudian digelek oleh sebuah van lagi dan hanya selepas itu seorang
wanita tua yang mengutip sampah membantu mangsa. Wanita tua itu
memberitahu ibu kanak-kanak itu mengenai nasib malang anaknya.
Sedih
melihat moral manusia yang rendah, terkadang lebih hina dari haiwan,
sehingga sekarang doktor mengesahkan kanak-kanak itu koma dan ‘mati
otak’ dan sedia menerima kematian bila-bila masa.
Ironinya Ummat
Islam melakukan sesuatu perkara dengan niatnya, maka dengan niat itulah
memandu perbuatannya, Islam memberi jalan supaya ummatnya berfikir
sebelum melakukan sesuatu amalan. Hebat aturan Allah.
Mutiara Kata Keempat.
‘Jangan
pula kamu merasa tenteram dari bahaya dosa-dosa yang kamu lakukan,
kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni
dosa-dosa kamu tersebut atau tidak.’
Manusia yang hidup
melata diatas muka bumi Allah ini, melakukan pelbagai perbuatan,
termasuklah makan, minum, perkahwinan, jual-beli, perniagaan, ibadah
seharian.
Disamping disana terdapat makhluk Allah yang melakukan
kezaliman yang nyata, menindas golongan miskin, merampas harta, merebut
kekayaan, rasuah yang berleluasa, pemimpin yang zalim. Dan akhirnya
Allah tunjukkan pengakhiran golongan yang zalim itu. Dua pilihan samaada
di dunia lagi mendapat kecelakaan waimma di akhirat sama mendapat azab
seksaanNya juga.
Firman Allah Ta’ala:
Dan
apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu
datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka),
maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah
menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah):
bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab
kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha
memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani”.
[surah al-an'aam ayat 54]
[surah al-an'aam ayat 54]
Dengan
menangguhkan balasan hukuman, Allah memberi masa kepada mereka untuk
memohon ampun dan bertaubat. Walau sebesar manapun dosa yang dilakukan,
seseorang itu akan diberi peluang untuk dimaafkan jika dia bertaubat dan
memperbaiki diri dan akhlak yang mulia.
Hakikatnya jangan pula
kita merasa selesa dengan dosa yang dilakukan, kerana dosa atau maksiat
yang dilakukan itu akan kekal selamanya, terutama mereka yang menjadi
pemimpin pada ummat, jika dosa yang dilakukan pada rakyatnya maka
tanggungannya hattalah selesai hari perhitungan/yaumul hisab di hari
akhirat.
Pemimpin juga ditanya Allah di hari akhirat, tentang kepimpinannya pada rakyat dibawah tanggungannya.
Mutiara Kata Kelima.
‘Sesungguhnya
Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap
hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah
mendustakan al-Qur’an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur’an, maka
sesungguhnya ia telah mendustakan.’
Allah SWT yang
menciptakan dan menentukan semua perkara dan peristiwa; sebagaimana
mereka bermula dan bagaimana mereka akan berakhir. BahawasaNya Allah SWT
menentukan setiap pergerakkan bintang-bintang di langit, setiap keadaan
benda hidup di bumi, cara seseorang akan hidup, apa yang dikatakan oleh
seseorang, dan apa yang seseorang itu akan alami dan temui, dalam
aturannya.
Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu, dalam firmanNya:
Tidak
ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan
tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam
Kitab (Lauh Mahfuzh-pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;
Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
[surah al-hadid ayat 22]
[surah al-hadid ayat 22]
Jadi
kita mesti sedar dan insaf akan realiti ini, dan seharusnya tidak
bertindak seperti orang-orag yang menafikannya. Apabila kita mempunyai
kefahaman bahawa hidup ini adalah “mengikut qada’ dan qadar ketentuan
Allah” maka nantinya mereka tidak akan merasa kecewa atau takut apabila
berlaku apa-apa musibah atau ujian.
Yakinlah kita seperti
Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam menyakinkan Saidina Abu Bakar
As-siddiq radhiallahu anhu di dalam gua tempat mereka bersembunyi ketika
peristiwa hijrah ke Madinah.
Mutiara Kata Keenam.
“Wahai
anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di
keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu
akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar, sedangkan
tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”
Begitulah
mutiara hikmah para Ulama’ terdahulu yang mesti kita simpan menguatkan
bekalan kita menuju destinasi akhirat. Wawasan akhirat bukan wawasan
2020 lagi!
Alhamdulillah, semangat pemuda-pemudi yang ada dalam
diri kita setakat ini tidak luntur lagi, mudah-mudahan bertambah
istiqamah. Namun, satu peringatan buat sahabat-sahabat yang berjuang,
ingatlah cabaran semasa yang datang cukup-cukup besar dan perlukan
semangat tadhiyyah yang kukuh dan konkrit.
Ingin menegakkan
kebenaran di zaman kini cukup-cukup memerlukan kekuatan, ironinya yang
mempertahankan kebenaran dicantas habis, walaupun hujah mereka adalah
sangat kukuh.
Diriwayatkan oleh Nu’man Bin Bashir Radhiallahu anhu; Sabda Nabi Sollallahu alaihi Wassalam:
“Perumpamaan
orang yang melaksanakan ketetapan-ketetapan Allah dengan mereka yang
berada di dalamnya adalah seperti satu kaum yang berkongsi sebuah kapal.
Sebahagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagian yang lain berada di
bahagian bawah. Mereka yang duduk di bahagian bawah apabila hendak
mengambil air akan melalui mereka yang di bahagian atas kapal. Mereka
pun berkata: Apa kata jika kita tebuk sahaja bahagian kita (bawah) untuk
mengambil air maka kita tidak akan mengganggu mereka yang berada di
bahagian atas. Jika mereka dibiarkan menurut kehendak mereka maka
semuanya akan binasa. Sebaliknya jika ditegur dan dibimbing, maka mereka
dan kesemua penumpang akan selamat”.(Riwayat al-Bukhari)
Dan akhirnya mereka yang melihat wawasan akhirat akan berjaya lagi di dunia bertambah memperoleh kejayaan di akhirat kelak.
Saya
simpulkan kata-kata hikmah mutiara Imam Hasan Al-Basri ini dengan kisah
yang bermutu mesti dihadami para pemuda-pemudi medan nafar ini:
Seorang
pemuda mendatangi Imam Hasan al-Basri dan mengadukan masalah yang
sedang ia hadapi kepadanya. Pemuda tersebut berkata, “Saya telah
berusaha untuk bangun berjaga untuk solat malam, akan tetapi sampai saat
ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya.” Al-Hasan al-Basri
menjawab, “Dosa-dosamu telah menghalangimu untuk melakukannya.”
Demikianlah,
beberapa kalimat penuh hikmah, mutiara islam, dari salah seorang Ulama
Tabi’in yang patut kita teladani. Semoga bermanfaat semua..
0 comments:
Catat Ulasan