Berkhatan adalah bermaksud proses membuang atau memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu secara keseluruhannya.
Bagi lelaki yang beragama ISLAM,adalah wajib baginya berkhatan.
Manakala bagi perempuan,ia jatuh kepada sunat sahaja. Dalil yang menjadi
landasan berkhatan bagi orang mukmin adalah:
Rasullulah saw bersabda yang bermaksud:
“Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Walaubagaimanapun,adakah anda semua tahu
bahawa agama Yahudi juga mewajibkan penganutnya
berkhatan?berkhatan bagi penganut Yahudi mempunyai salur-galur yang sama dengan agama kita,ISLAM.
Berkhatan bagi Yahudi
berkhatan?berkhatan bagi penganut Yahudi mempunyai salur-galur yang sama dengan agama kita,ISLAM.
Berkhatan bagi Yahudi
Berkhatan bagi lelaki Yahudi adalah wajib
sebagaimana wajibnya lelaki ISLAM berkhatan. Sepertimana berkhatan cara
ISLAM, berkhatan cara Yahudi juga membuang selaput kulit yang menutupi
zakar sehingga terdedah kepala zakar.
Berkhatan bagi istilah Hebrew adalah Brit Milah. Perlu
diketahui bahawa orang Yahudi terbahagi kepada beberapa loghat seperti
loghat Sephardi,loghat Ashkenazi dan loghat Yiddish. Dengan itu Brit
Milah jika bagi loghat Sephardi akan disebut Berit Milah, loghat Ashkenazi akan disebut Bris Milah manakala loghat Yiddish hanya akan disebut Bris sahaja.
Apapun jenis loghatnya, upacara Brit
Milah tetap sama. Upacara Brit Milah boleh dikatakan semeriah majlis
berkhatan bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi, majlis Brit Milah dipenuhi
dengan adat-adat dan kepercayaan Yahudi.
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)
Upacara Brit Milah
Sebagaimana dikatakan dari awal tadi,
upacara Brit Milah dipenuhi dengan adat dan kepercayaan Yahudi yang
bergitu tebal. Upacara Brit Milah akan dilakukan kepada bayi yang
menjangkaui hari ke-8 kelahirannya. Upacara ini tersangat penting
hinggakan jika hari ke-8 bayi tersebut jatuh kepada hari Sabbath atau
perayaan Yom Kippur, upacara ini tetap akan berlangsung.
Upacara Brit Milah dilakukan pada
bila-bila masa pada hari ke-8 kelahiran mengikut kesesuaian masa ibubapa
bayi tersebut. Namun, kelazimannya mereka akan mengadakan upacara ini
pada awal pagi hari ke-8 kelahiran.
Tempat
Upacara Brit Milah dilakukan di
Synagogue. Namun, ia tidak memperuntukkan hanya Synagogue sahaja tempat
upacara ini dilakukan. Upacara Brit Milah boleh dilakukan di Dewan
mahupun di rumah ibubapa bayi itu sendiri.
Kvatter
Semasa upacara ini berlangsung, seorang Kvatter
akan membawa bayi ke dalam sebuah bilik khas. Kvatter adalah individu
yang diberi penghormatan untuk membawa bayi daripada ibu bayi kepada
bapa bayi tersebut sebelum bapa bayi itu membawanya kepada seorang Sandek.
Tugas Kvatter akan diberi kepada pasangan
yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak. Tujuannya
adalah untuk menarik minat pasangan tersebut supaya turut mempunyai anak
sendiri kelak.
Sandek
Upacara Brit Milah akan berterusan lagi apabila bayi yang dibawa oleh bapanya akan diberi kepada seorang Sandek. Sandek
adalah gelaran kepada seorang yang akan memangku bayi dengan lututnya.
Sandek biasanya seorang yang paling dihormati dalam keluarga ibubapa
tersebut. Lazimnya, ibubapa bayi akan melantik mana-mana ayah
mereka(datuk bayi tersebut) sebagai Sandek.
Sandek akan memangku bayi tersebut sehingga upacara Brit Milah(khatan) selesai dilakukan oleh seorang individu yang digelar Mohel.
Akan terdapat dua buah kerusi disediakan
bagi upacara ini. Kerusi pertama adalah untuk Sandek manakala kerusi
kedua dikosongkan kerana orang Yahudi percaya kerusi itu akan diduduki
oleh Prophet Elijah (nabi Ilias menurut kepercayaan Yahudi).
Mereka percaya bahawa setiap upacara Brit Milah dilakukan, roh Prophet
Elijah akan menjelma dan duduk di kerusi tersebut sebagai saksi Yahweh(Tuhan orang Yahudi).
Bayi yang akan dikhatankan itu akan diletakkan di kerusi Elijah(Elijah’s chair)
sebelum upacara Brit Milah dilakukan. Mohel akan membacakan doa-doa
khas untuk memohon supaya roh Elijah tampil semasa upacara Brit Milah
dilakukan olehnya.
Pembaca mungkin meminati (Gambar) Baitul Maqdis tahun 1900-an
Mohel
Individu paling penting dalam upacara Brit Milah adalah Mohel. Di Malaysia, Mohel boleh diumpamakan sebagai Tok Mudim. Semua mazhab Yahudi tidak melarang seorang wanita untuk menjadi seorang Mohel kecuali mazhab Yahudi Orthodox.
Wanita yang menjadi Mohel digelar Mohelot. Untuk
menjadi seorang Mohel atau Mohelot bukannya satu yang senang. Seorang
Mohel atau Mohelot wajib mempunyai kelulusan yang diikhtiraf. Mohel atau
Mohelot bukan sahaja wajib mengetahui ilmu-ilmu pembedahan tetapi juga
wajib mengetahui adat-adat dan kepercayaan kaum Yahudi. Oleh sebab itu,
kebanyakkan seorang Mohel adalah seorang Rabbi.
Mohel daripada mazhab Yahudi Orthodox
masih lagi mengamalkan penggunaan cara-cara tradisional dalam upacara
Brit Milah. Umpamanya, mereka masih lagi menggunakan pisau berbanding
penggunaan gunting dan penyangkut(clamp). Mereka percaya penggunaan gunting akan menyebabkan kulit akan dipotong secara berlebihan.
Pembaca mungkin meminati Keanu Reeves mempunyai kehidupan yang abadi?Benarkah?
Pemberian Nama
Selepas sahaja upacara Brit Milah
selesai, upacara pemberian nama akan dilakukan. Nama yang diberikan
mestilah nama Yahudi bayi tersebut. Pemberian nama dilakukan bagi
mengikut tradisi turun-temurun sejak Prophet Abraham ditukar namanya daripada Avram atau Abram oleh Yahweh selepas selesai upacara Brit Milah.
Seudat Mitzvah
Kemuncak kepada upacara Brit Milah adalah
Seudat Mitzvah. Seudat Mitzvah adalah upacara kenduri sebaik sahaja
upacara Brit Milah selesai. Makanan yang disediakan ketika Seudat
Mitzvah mestilah kosher.
Pembaca mungkin meminati Konsep HALAL bagi Umat Islam dan KOSHER bagi Orang Yahudi!
Istilah Kosher boleh diumpamakan istilah Halal bagi umat Islam. Orang Yahudi juga percaya kepada konsep ‘halal’
dalam diet pemakanan mereka. Makanan yang kosher adalah makanan
daripada binatang yang disembelih dengan adat Yahudi, alkohol dibenarkan
tetapi dengan seliaan penuh adat Yahudi dan mestilah tiada makanan
berlaut kecuali ikan yang bersirip sahaja.
-Artikel ini adalah hakmilik
sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam
blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah
satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh
diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.
0 comments:
Catat Ulasan