Terdapat
sebahagian daripada masyarakat Muslim yang mengatakan bahawa menyambut
Tahun Baru Cina itu hanyalah suatu adat tradisi semata-mata dan ia tidak
termasuk sebahagian daripada mana-mana ajaran agama tertentu. Dengan
hujah tersebut, umat Islam khususnya yang beretnik Tionghua dianggap
boleh untuk meraikan Tahun Baru Cina. Persoalannya, benarkah Tahun Baru
Cina hanya merupakan adat tradisi semata-mat dan adakah umat Islam
dibolehkan untuk meraikannya? Penulisan ini bertujuan untuk merungkai
persoalan ini agar kita mendapat gambaran yang jelas tentang latar
belakang sambutan Tahun Baru Cina serta pandangan hukum syarak ke atas
perkara tersebut.
Artikel Dari Guablog
Jumaat, 31 Januari 2014
Khamis, 30 Januari 2014
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَ عَبْدٌ أَخْبَرَنَا و قَالَ ابْنُ رَافِعٍ
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَضْطَرِبَ أَلَيَاتُ نِسَاءِ دَوْسٍ
حَوْلَ ذِي الْخَلَصَةِ وَكَانَتْ صَنَمًا تَعْبُدُهَا دَوْسٌ فِي الْجَاهِلِيَّةِ بِتَبَالَةَ
Rabu, 29 Januari 2014
1. Steve adalah anak angkat dan berdarah campuran Syria.
Mantan pengasas lagenda Apple yang juga pengarah urusan syarikat
tersebut sebenarnya berdarah campuran Syria. Steve Jobs yang meninggal
dunia pada Oktober 2011 sebenarnya anak kepada pasangan Joanne Schieble
dan Abdul Fattah Jendali. Pasangan ini bertemu semasa berusia 23 tahun
di Universiti of Winconsin.
Gara-gara kenyataan kontroversi perdana menteri Datuk Seri Najib
Razak mengenai harga kangkung yang turun di pasaran menyebabkan beliau
bukan sahaja dikritik hebat oleh rakyat bahkan turut mendapat liputan
media antarabangsa.
Portal berita online BBC melalui kolum "#BBC Trending: Be careful what you say about spinach" (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung) menyiarkan, semenjak video kenyataan Najib itu dimuat naik, ia dijadikan bahan lawak dan antara topik hangat dibincangkan dalam laman sosial.
Isnin, 27 Januari 2014
Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah
piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina.
Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang
digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat
batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak
bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik
pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita
saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat
untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu
yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan
batu asalnya.
Al-Quran Telah pun Mempunyai Jawapan
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara
ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah
ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ
إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي
صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ
الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan
bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian
buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat
Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari
orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia
dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka
gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di
batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid
yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri
dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari
olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American
Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry
untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak
mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram.
Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan
wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya
campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang
disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun
mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di
tempat yang sudah disediakan di dinding piramid. Gambar – Gilles Hug
(duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Profesor Davidovits
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar
untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap
batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat
dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli
geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan
manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun
mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy
Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan
kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di
Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Piramid Bosnia
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang
memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama
terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa
batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa
kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat
telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza
baik Rom ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan
bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui
dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat.
Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid,
bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah
melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah
Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu,
dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui
tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa
Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen
tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas
berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen
yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi
Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan
petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya,
dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu
kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi
saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Wallahu’alam….
Sumber:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/21798-kebenaran-al-quran-misteri-binaan-piramid-terjawab
Bukti-bukti bergambar di bawah
menunjukkan bahawa kejadian serangan tentera bergajah Abrahah adalah
benar-benar berlaku dan bukannya cerita dogeng rekaan semata-mata.
Tanggal di mana Abrahah menyerang Kaabah bersamaan dengan kelahiran
junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Ia adalah kejadian yang besar
maknanya dan mempunyai hikmah yang tersendiri. Semoga dengan maklumat
dan bukti-bukti di bawah, sekurang-kurang ia akan menambahkan iman dan
seterusnya memperkukuhkan akidah kita. InsyaAllah.
Kebiadapan Abrahah al-Ashram
Sumur tentera Abrahah
“Dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa, dan juruselamat(Messiah) Raja Abrahah Zeebman, Raja Saba’a, Zuridan, dan Hadramaut dan Yaman dan puak-puak gunung dan pantai menulis ayat-ayat ini ke medan perang menentang puak Ma’Iklan, pertempuran al-Rabiya dan pada bulan ”Dhu al Thabithan” , berjuang semua Bani A’amir dan melantik Raja Abi Jabar dengan Kinda dan Al-Bishar bin Hasan dengan Sa’ad, Murad, dan Hadramaut di hadapan tentera menentang Bani Amir dari Kinda dan Al di lembah Zu Markh dan Murad dan Sa’ad di lembah Manha dalam perjalanan untuk Serban dan membunuh dan menawan dan mengambil harta rampasan dalam kuantiti yang besar dan Raja berperang di Halbandan mencapai Ma’ad dan mengambil harta rampasan dan banduan, dan selepas itu, menakluk Omro bin al-Munzir (Abrahah) yang dilantik anak (Omro) sebagai pemerintah dan kembali dari Hal Ban (halban) dengan kuasa yang Maha Berkuasa dalam bulan A’allan Zu pada tahun 62 dan 600. ”
Kisah kebiadapan Abrahah untuk
membinasakan Kaabah tersemat dalam banyak kitab-kitab Sirah. Malahan
Al-Quran merakamkan episod tersebut di dalam surah Al-Fiil daripada ayat 1 sehingga ayat 5 sebagai pengajaran kepada manusia supaya tidak berlaku bongkak dengan Allah swt.
Abrahah adalah seorang gabenor kepada
raja Najasyi di Habsyah. Beliau beragama Kristian Orthodox. Abrahah pada
awalnya bukannya seorang gabenor tetapi hanya panglima kepada seorang
wakil raja Najasyi yang diutuskan untuk memerangi seorang pembesar
Najran di Yaman yang zalim. Pembesar tersebut dikenali
Zul Nawwas.
Kezaliman raja tersebut bertitik-tolak
daripada pembunuhan beramai-ramai penganut Kristian di Yaman. Cerita
kezaliman Raja Zul Nawwas ada diabadikan dalam al-Quran dalam surah Al-Buruj ayat 4 sehingga ayat 9. Allah menggelar penganut Kristian yang dibunuh oleh raja tersebut sebagai ‘orang-orang beriman’.(Surah Al-Buruj 85:8)
Namun, selepas pembesar tersebut tewas,
wakil Raja Najasyi mula bertindak luar batasan dan berlaku zalim. Ia
menimbulkan marah Abrahah. Abrahah dengan dokongan tentera yang setia
kepadanya memerangi wakil raja Najasyi tersebut. Maka berlakulah
pertarungan satu lawan satu. Abrahah memenangi pertarungan tersebut
namun hidung beliau luka parah akibat terhunus pedang lawannya.
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)
Ingin menyerang Rumah Allah
Dengan kemenangan tersebut, Abrahah telah
menjadi raja di Yaman. Beliau mendirikan gereja dan memperbaiki
kemudahan di sekitar tanah jajahannya. Walaubagaimanapun, sikap bongkak
dan cemburunya mula menguasai diri apabila menyaksikan gereja milik
tidak mendapat sambutan sebagaimana sambutan terhadap Kaabah di Mekah.
Insiden yang dikaitkan dengan penghinaan gereja yang dibina juga
menyemarakkan api dengki dan bongkaknya.
Beliau mengambil keputusan untuk
membinasakan Kaabah pada tahun 570 masihi dengan menggunakan tentera
bergajah miliknya. Perjalanan yang ditempuhi daripada Yaman menyaksikan
beberapa peninggalan bersejarah seperti laluan tentera bergajah, sumur
dan inskripsi kuno di batuan-batuan sekitar Yaman dan Mekah.
Abrahah dan tentera bergajah dihancurkan Allah swt dengan lontaran batu Sijjil daripada neraka yang diriwayatkan sebesar sebiji kacang yang mana telah dibawa oleh burung Ababil.
Lontaran batu tersebut bagaikan hempasan peluru berpandu sehingga
menghancurkan seluruh tentera bergajah miliknya. Allah swt mengibaratkan
mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.(Surah Al-Fiil 105:5)
Abrahah diriwayatkan
meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke Yaman. Abrahah cedera
teruk akibat terkena hanya satu lontaran batu Sijjil di badannya.
Laluan Tentera Bergajah Abrahah
Terletak di kawasan berdekatan Taif dan
mengadap ke Hijjaz. Kawasan ini dikatakan laluan tentera bergajah
Abrahah dan juga tentera berkudanya. Laluan ini diperbuatkan daripada
batu granit yang setiap satunya tidak mempunyai saiz yang sama. Terdapat
juga sebuah tempat yang dikatakan menjadi kem tentera Abrahah untuk
berehat. Orang Arab menggelar tempat ini sebagai Laluan Gajah.
Pembaca mungkin meminati Sepotong ayat Al-Quran meruntuhkan teori ‘bumi adalah mendatar’..
Sumur tentera Abrahah
Sumur ini dipercayai pernah digali oleh
tentera Abrahah di sekitar Mekah sebelum bergerak untuk membinasakan
Kaabah. Sumur dipercayai berjumlah 5 buah kesemuanya. Kemungkinan besar
untuk menampung gajah serta kuda yang berpuluh-puluh ekor banyaknya.
Melihat kepada sumur tersebut, peperangan dan pengepungan tersebut
memakan masa berbulan-bulan lamanya.
Pembaca mungkin meminati Dakwah Rasulullah saw kepada Pemimpin-pemimpin Negara..
Inskripsi mengenai Abrahah
Apa yang ditulis pada batuan di atas
adalah inskripsi yang menerangkan kejayaan seorang panglima bernama
Abrahah. Sememangnya tiada langsung pernyataan tentang kemusnahan
tentera Abrahah diserang burung Ababil mahupun keinginan mereka
memusnahkan Kaabah. Akan tetapi, daripada sudut yang lain, ia
menunjukkan watak Abrahah memang wujud dan sememang seorang yang
mempunyai ego yang tinggi. Daripada sudut yang lain, ia menunjukkan
inskripsi ini bukan dicipta atau direka oleh seseorang yang memiliki
pengetahuan tentang al-Quran atau hadis kerana tiada pernyataan tentang
Nabi Muhammad atau datuknya, Abdul Mutallib. Inskripsi ini kemungkinan
besar ditulis oleh seseorang atas arahan Abrahah sendiri. Di bawah
adalah maksud inskripsi tersebut:
“Dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa, dan juruselamat(Messiah) Raja Abrahah Zeebman, Raja Saba’a, Zuridan, dan Hadramaut dan Yaman dan puak-puak gunung dan pantai menulis ayat-ayat ini ke medan perang menentang puak Ma’Iklan, pertempuran al-Rabiya dan pada bulan ”Dhu al Thabithan” , berjuang semua Bani A’amir dan melantik Raja Abi Jabar dengan Kinda dan Al-Bishar bin Hasan dengan Sa’ad, Murad, dan Hadramaut di hadapan tentera menentang Bani Amir dari Kinda dan Al di lembah Zu Markh dan Murad dan Sa’ad di lembah Manha dalam perjalanan untuk Serban dan membunuh dan menawan dan mengambil harta rampasan dalam kuantiti yang besar dan Raja berperang di Halbandan mencapai Ma’ad dan mengambil harta rampasan dan banduan, dan selepas itu, menakluk Omro bin al-Munzir (Abrahah) yang dilantik anak (Omro) sebagai pemerintah dan kembali dari Hal Ban (halban) dengan kuasa yang Maha Berkuasa dalam bulan A’allan Zu pada tahun 62 dan 600. ”
________________________
Sumber:
Syasya Rosaelmi a.k.a Amy Syasya a.k.a Syasya Solero
Syasya Rosaelmi a.k.a Amy Syasya a.k.a Syasya Solero
berumur 18 tahun
mula dikenali melalui laman Youtube kerana videonya pada Oktober lepas (2013) yang menjadi
hangat dengan tagline "Macam Cantik Je, Macam Comel jee.. "
Ahad, 26 Januari 2014
Penulis: petunjukzaman
Mengikut lapuran PBB suhu dunia sekarang ini sedang menuju peningkatan
kepanasan sebanyak 5 darjah dan aras laut akan meningkat lebih dari 80cm
dalam abad ini, berdasarkan satu lapuran awal yang dibocorkan berkenaan
lapuran perubahan cuaca dunia yang akan dibentangkan di PBB.
Sekarang ini terdapat 95% kemungkinan kesan rumah hijau yang berlaku
akibat perbuatan manusia sedang di selidiki di seluruh dunia, yang mana
kejadian terbaru ialah gelombang panas luarbiasa yang berlaku di Asia
dan Alaska.
Penulis: petunjukzaman
Pada masa lalu, manusia menyangka bahawa binatang apatah lagi serangga
yang kecil hanyalah hidup berdasarkan gerakan rambang semata-mata bukan
mempunyai peraturan yang sistematik.
Namun setelah dicapainya kemajuan dan perkembangan pengetahuan tentang
dunia serangga, yang didasarkan pada ilmu fisiologi yang membahas fungsi
setiap anggota tubuh yang dimilikinya, juga ilmu genetik, para saintis
mendapatkan bahwa kehidupan serangga berjalan di atas dasar
fungsi-fungsi tertentu—sesuai dengan sifat genetik yang mengatur
perilakunya.
Penulis: petunjukzaman
Ketika ini hampir seluruh wilayah Arab sedang bergolak dan seluruh
perhatian umat Islam tertumpu kepada peristiwa tersebut. Dalam masa yang
sama tanpa disedari pihak Zionis Israel sedang menjalankan perancangan
jahatnya terhadap Masjid Al-Aqsa. Usaha untuk meruntuhkan masjid suci
umat Islam itu sedang rancak dijalankan.
Sabtu, 25 Januari 2014
Jad pun memutuskan hidupnya untuk berkhidmat dalam dakwah Islamiyah. Dia berdakwah ke negara-negara Afrika dan berhasil mengislamkan jutaan orang.
Sejatinya, Ibunda Jadullah adalah Yahudi fanatik, seorang
dosen di salah satu lembaga tinggi. Namun di tahun 2005, dua tahun
setelah kematian Jadullah, ibunya memeluk agama Islam.
Ibunda
Jadullah menuturkan, putranya menghabiskan usianya dengan berdakwah. Dia
mengaku telah melakukan beragam cara untuk mengembalikan putranya pada
agama Yahudi. Namun, selalu gagal.
''Mengapa seorang Ibrahim
yang tidak berpendidikan dapat mengislamkan putraku,'' ujar sang ibu
terheran-heran. Sedangkan dia yang berpendidikan tinggi tak mampu
menarik hati putranya sendiri kepada agama Yahudi.
***
Kisah Jad dan Ibrahim
Lima
puluh tahun lalu di Prancis, Jad bertetangga dengan seorang pria Turki
berusia 50 tahun. Pria tersebut bernama Ibrahim. Ia memiliki toko
makanan yang letaknya di dekat apartemen tempat keluarga Jad tinggal.
Saat itu usia Jad baru tujuh tahun.
Jad seringkali membeli
kebutuhan rumah tangga di toko Ibrahim. Setiap kali akan meninggalkan
toko, Jad selalu mengambil coklat di toko Ibrahim tanpa izin alias
mencuri.
Pada suatu hari, Jad lupa tak mengambil coklat seperti
biasa. Tiba-tiba, Ibrahim memanggilnya dan berkata bahwa Jad melupakan
coklatnya. Tentu saja Jad sangat terkejut, karena ternyata selama ini
Ibrahim mengetahui coklatnya dicuri. Jad tak pernah menyadari hal
tersebut, dia pun kemudian meminta maaf dan takut Ibrahim akan
melaporkan kenakalannya pada orang tua Jad.
"Tak apa. Yang
penting kamu berjanji tidak akan mengambil apapun tanpa izin. Lalu,
setiap kali kamu keluar dari sini, ambillah cokelat, itu semua milikmu!"
ujar Ibrahim. Jad pun sangat gembira.
Waktu berlalu, tahun
berubah. Ibrahim yang seorang Muslim menjadi seorang teman bahkan
seperti ayah bagi Jad, si anak Yahudi. Sudah menjadi kebiasaan Jad, dia
akan berkonsultasi pada Ibrahim setiap kali menghadapi masalah.
Dan
setiap kali Jad selesai bercerita, Ibrahim selalu mengeluarkan sebuah
buku dari laci lemari, memberikannya pada Jad dan menyuruhnya membuka
buku tersebut secara acak. Saat Jad membukanya, Ibrahim kemudian membaca
dua lembar dari buku tersebut kepada Jad dan memberikan saran dan
solusi untuk masalah Jad. Hal tersebut terus terjadi.
Hingga berlalu 14 tahun, Jad telah menjadi seorang pemuda tampan berusia 24 tahun. Sementara Ibrahim telah berusia 67 tahun.
Hari
kematian Ibrahim pun tiba. Namun sebelum meninggal, dia telah
menyiapkan kotak berisi buku yang selalu dia baca acapkali Jad
berkonsultasi. Ibrahim menitipkannya kepada anak-anaknya untuk diberikan
kepada Jad sebagai sebuah hadiah.
Mendengar kematian Ibrahim,
Jad sangat berduka dan hatinya begitu terguncang. Karena selama ini,
Ibrahim satu-satunya teman sejati bagi Jad, yang selalu memberikan
solusi atas semua masalah yang dihadapinya.
Selama 17 tahun,
Ibrahim selalu mempelakukan Jad dengan baik. Dia tak pernah memanggil
Jad dengan "Hei Yahudi" atau "Hei kafir" bahkan Ibrahim pun tak pernah
mengajak Jad kepada agama Islam.
***
Hari
berlalu, setiap kali tertimpa masalah, dia selalu teringat Ibrahim. Jad
pun kemudian mencoba membuka halaman buku pemberian Ibrahim. Namun,
buku tersebut berbahasa arab, Jad tak bisa membacanya. Ia pun pergi
menemui salah satu temannya yang berkebangsaan Tunisia. Jad meminta
temannya tersebut untuk membaca dua lembar dari buku tersebut. Persis
seperti apa yang biasa Ibrahim lakukan untuk Jad.
Teman Jad pun
kemudian membaca dan menjelaskan arti dua lembar dari buku yang dia
baca kepada Jad. Ternyata, apa yang dibaca sangat pas pada masalah yang
tengah dihadapi Jad. Temannya pun memberikan solusi untuk masalah Jad.
Rasa
keingin tahuannya terhadap buku itu pun tak bisa lagi dibendung. Ia pun
menanyakan pada kawannnya, "Buku apakah ini?" tanyanya. Temannya pun
menjawab, "Ini adalah Alquran, kitab suci umat Isam," ujarnya.
Jad tak percaya sekaligus merasa kagum. Jad pun kembali bertanya, "Bagaimana cara menjadi seorang Muslim?"
Temannya menjawab, "Dengan mengucapkan syahadat dan mengikuti syariat." Kemudian, Jad pun memeluk agama Islam.
Setelah
menjadi Muslim, Jad mengubah namanya menjadi Jadullah Al-Qur'ani. Nama
tersebut diambil sebagai ungkapan penghormatan kepada Al-Qur'an yang
begitu istimewa dan mampu menjawab semua permasalahan hidupnya selama
ini.
Sejak itu, Jad memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupya untuk menyebarkan ajaran yang ada pada Alquran.
Suatu
hari, Jadullah membuka halaman Alquran pemberian Ibrahim dan menemukan
sebuah lembaran. Lembaran tersebut bergambar peta dunia, ditandatangani
Ibrahim dan bertuliskan ayat An-Nahl 125.
"Ajaklah ke jalan
Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik..." Jad pun kemudian
yakin bahwa lembaran tersebut merupakan keinginan Ibrahim untuk
dilaksanakan oleh Jad.
Jadullah pun meninggalkan Eropa dan pergi
berdakwah ke negara-negara Afrika. Salah satu negara yang dikunjunginya
yakni Kenya, di bagian selatan Sudan dimana mayoritas penduduk negara
tersebut beragama Kristen.
Jadullah berhasil mengislamkan lebih
dari enam juta orang dari suku Zolo. Jumlah ini hanya dari satu suku
tersebut, belum lagi suku lain yang berhasil dia Islamkan. Subhanallah.
Oleh: takusahrisau
Sebahagian set pengambaran filem pecah
panggung Star Wars masih lagi berdiri kukuh di sebuah gurun gersang di
Chott el Djerid, Tunisia. Filem yang menjalani penggambaran sekitar
tahun 1970-an itu mendapat sambutan cukup luar biasa sehingga menjadi
fenomena buat beberapa ketika.
MEROKOK adalah penyebab utama penyakit dan kematian
pada usia muda. Tidak dapat dinafikan kaitan antara perokok dan kematian
akibat darinya boleh menyebabkan keluarga mereka menyesal seumur hidup.
Hampir separuh dari perokok meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok seperti serangan sakit jantung, darah tinggi dan angin ahmar. Jika anda perokok tegar, pada puratanya, jangkahayat anda adalah kurang 10 tahun daripada orang yang tidak merokoahma
Hampir separuh dari perokok meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok seperti serangan sakit jantung, darah tinggi dan angin ahmar. Jika anda perokok tegar, pada puratanya, jangkahayat anda adalah kurang 10 tahun daripada orang yang tidak merokoahma
Morsi Diguling
Semasa artikel ini ditulis Morsi iaitu Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik telahpun digulingkan oleh tentera. Ini berpandukan kepada kenyataan pihak Tentera bahawa Morsi sudahpun berada dalam tahanan rumah manakala pemimpin Ikhwan yang lain juga turut ditahan.
Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa’ Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah
struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat
untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara
tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
Negara-negara
kuasa besar terus berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan mereka dengan
memperkuatkan pasukan tentera mereka sama ada daripada segi persenjataan
dan kelengkapan tentera, mahupun daripada segi bilangan anggota yang
terlatih dalam semua bidang. Sebenarnya agak sukar untuk menentukan
negara mana yang mendahului senarai dalam perlumbaan senjata di dunia
pada masa ini.
- Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia, tanpa mengambil kira kekuatan nuklear yang dimiliki sesebuah negara, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.
- Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri. Amerika dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itulebih tinggi berbanding negara kuasa-kuasa besar yang lain.
- Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat dan 6,665 helikopter.
- Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.
- Namun, jika diambil kira daripada segi sumber tenaga, AS hanya mempunyai kira-kira 1.4 juta askar aktif, lebih kecil dibandingkan dengan China yang mempunyai sebanyak 2.2 juta askar aktif.
- Malah, China dilihat mampu muncul sebagai kuasa tentera baharu dunia selepas data yang dikeluarkan GFP menunjukkan negara itu memperuntukkan sejumlah AS$129 bilion (RM422 bilion) untuk bajet pertahanannya, lebih kecil berbanding Rusia, United Kingdom dan Perancis.
- Bagaimanapun secara realitinya, kekuatan sesebuah negara pada zaman moden ini turut diukur dengan jumlah senjata nuklear yang dimiliki mereka.
- Dalam aspek ini, Rusia dilaporkan mendahului negara kuasa besar lain diikuti AS, China, United Kingdom dan Perancis yang merupakan negara yang menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).
- Menurut statistik yang diperolehi BBC, Rusia mempunyai sebanyak 10,000 peledak nuklear, diikuti AS (8,500 unit), China (240), UK (225) dan Perancis (300).
- Negara-negara kuasa besar dunia itu turut dilapor memiliki peluru berpandu balistik jarak jauh yang mampu sampai pada jarak yang mampu merentas antara benua.
- Rusia dengan peluru berpandu SS-18 Satan dilaporkan mampu mencapai jarak sejauh 16,000 kilometer (km) diikuti China dengan (DF-5A) yang mampu sampai pada jarak 13,000 km, diikuti Amerika dengan Trident D5 yang mampu sampai pada jarak 11,300km.
Jumaat, 24 Januari 2014
Oleh: takusahrisau
Seringkali kita lihat pemuzik-pemuzik
mempamerkan bakat mereka di jalanan terutama di sekitar kotaraya yang
sibuk. Dengan berbekalkan suara yang merdu dan petikan gitar yang
mendayu-dayu, mereka mampu menarik minat ramai orang. Golongan pemuzik
ini dikenali dengan busking.
Oleh: takusahrisau
Sebagai pemerintah paling berkuasa di
Mesir Purba, firaun sering digambarkan memiliki tubuh yang bidang, wajah
yang bengis dan suara yang garau. Ia ada benarnya. Firaun Seti I
misalnya, digambar memiliki wajah yang bengis dan suara yang keras.
Manakala, permaisuri Firaun Akhaneten, Nefertiti disebutkan mempunyai
wajah yang cantik dan kulit yang mulus. Keanggunan Nefertiti boleh
dilihat pada ukiran patung wajahnya pada sehingga hari ini.
Bismillah..
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
Assalamualaikum…
Adalah suatu perkara yang indah jika seseorang itu berhijrah untuk memahami dan melaksanakan tuntutan berhijab.
Namun dewasa ini perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti.
Penulis: Nurul Adni Adnan
Editor: Abi Aisyah
Antara topik yang sering dikongsikan adalah – membuat pilihan tentang jodoh.
Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.
Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.
Penulis: Nurul Hafizah Abas
Editor: Abi Aisyah
Cerita berlaku di dalam sebuah bas, yang hendak menuju ke suatu tempat
yang sangat jauh.. saat itu musim panas.. Salah seorang penumpang itu
adalah seorang wanita yang sangat cantik, muda dan bergaya.
Penampilannya yang anggun dan bergaya itu menarik perhatian
penumpang-penumpang lain dalam bas. Apabila wanita itu mula duduk di
tempatnya, dia ditegur oleh seorang lelaki tua, dengan sopan berkata
Khamis, 23 Januari 2014
Oleh: takusahrisau
Kebiasaannya, selepas habis digunakan,
pemetik api akan dibuang ke dalam tong sampah. Namun, bagi seseorang
yang inovatif, mereka mampu menjelmakan sesuatu di luar jangkaan. Lihat
rangkaian gambar-gambar di bawah bagaimana mereka mampu menghasilkan
motosikal mainan hanya daripada sebuah pemetik api.!
Oleh: takusahrisau
- Apabila penjelajah Portugis tiba di Laut Hindi, mereka turut berlagak seperti lanun. Sekitar tahun 1500-an, mereka merentasi Afrika dan tiba di India dan terus ke Timur Jauh. Penjelajah Portugis berlagak samseng di lautan luas dengan merempuh kapal pedagang Arab dan merampas kekayaan mereka.
Oleh: takusahrisau
Perang Vietnam atau juga dikenali Konflik
IndoChina dipercayai berlangsung pada 1955 dan tamat secara rasmi 19
tahun kemudian iaitu pada 1975 apabila tentera Vietnam Selatan dan
Amerika Syarikat menyerah kalah.
Oleh: takusahrisau
Percaya atau tidak, seorang maharaja
yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China
pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad
saw sembilan abad yang lampau.
Oleh: takusahrisau
Di Kenya, sebuah tasik yang dikenali
sebagai Tasik Turkina atau dikenali juga Tasik Rudolf memberi gambaran
kepada manusia bahawa Allah swt mampu melakukan sesuatu yang mungkin
tampak luar biasa di mata manusia. Di tengah-tengah kawasan kontang dan
kering di Kenya, muncul sebuah tasik yang agak besar saiznya bagaikan
sebuah lautan dengan kehadiran ombak dan tiupan bayu laut.
Saksikan kehebatan Allah swt di bawah:-
Oleh: takusahrisau
Bangsa Mongol adalah bangsa daripada Asia Tengah yang menetap di kawasan yang sekarang ini dikenali Mongolia. Namun, pada satu ketika dahulu, empayar Mongol mencecah hampir satu per tiga dunia.
Oleh: takusahrisau
1. Warga Jerman pertama yang
terbunuh sejak Perang Dunia Kedua meletus adalah disebabkan oleh peluru
daripada tentera Jepun semasa pencerobohan Jepun ke atas China pada
1937. (Jerman dan Jepun adalah antara negara utama yang membentuk
pakatan Paksi selain Itali)
Rabu, 22 Januari 2014
Ditulis oleh: Fadhlul Rahman
Disunting oleh: Aina Amidin
Malam itu lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa, sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi titisan air matanya.
Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
Disunting oleh: Aina Amidin
Malam itu lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa, sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi titisan air matanya.
Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik
daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga
pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan
dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada
pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi
peringatan”
Imam Hasan Al-Basri adalah salah seorang
daripada Ulama’ terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru
dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir
di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642masihi, dan dijaga oleh isteri
Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin.
LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.
Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin
Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi,
al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan
beberapa cara ejaan lagi.
30 Keajaiban Selawat | Berapa kali agaknya kita
selawat setiap hari? Moga kita semua tergolong dalam golongan yang
banyak berselawat. Kali ini DeenVille.Com akan kongsikan 30 keajaiban
selawat. Moga dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi semangat kita
untuk berselawat lebih lagi setiap hari.
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR
Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5
waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua
masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah
akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan
izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali
pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti
yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya
dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat,
Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan
orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin
keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita
menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari,
Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat
berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2
kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari
tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan
wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik
dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100
kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya – HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada
waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat – HR Thabrani