Artikel Dari Guablog

Ahad, 9 Februari 2014

(Gambar dan Video) Kekecohan Penyokong: Pahang Vs JDT Liga Super 2014

| | Leave a Comment

Sumber: mysumber



Senario kekecohan kembali berulang dengan menyaksikan perbalahan antara penyokong kedua pasukan telah berlaku selepas perlawanan Liga Super saingan keempat di Stadium Darul Makmur pada malam Jumaat

Kalau dahulu seakan situasi yang sama juga berlaku semasa perlawanan Piala FA 2013. Boleh rujuk artikel ini

Klik- Penyokong Pahang vs JDT Buat Kecoh di Stadium Piala FA 2013

result liga super 7 2 2014 kekecohan penyokong : pahang vs jdt liga super 2014

Menurut laporan mengenai insiden kekecohan pada perlawanan Liga Super 2014 semalam, puncanya adalah disebabkan ada segelintir penyokong kedua pasukan telah membuat provokasi selain membaling objek

Malah ada dakwaan yang mengatakan beberapa individu tercedera terkena balingan objek berkenaan

Selepas itu, ia berlarutan sehingga di luar stadium, bagaimanapun difahamkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal dan mententeramkan situasi tegang tersebut dan penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing untuk pulang

Sementara itu, sebuah rakaman video berdurasi 2 minit 51 saat yang memaparkan suasana dalam Stadium turut disebarkan di laman sosial.

 kekecohan penyokong : pahang vs jdt liga super 2014

Dalam rakaman itu jelas menunjukkan tindakan membaling objek telah berlaku. Penyokong mana yang mulakan dulu kini menjadi perbincangan ‘panas’ di laman media sosial ekoran masing-masing menuduh antara satu sama lain

Rakaman video dalam Stadium Darul Makmur Pahang Vs Johor Darul Takzim Liga Super 2014

gambar kekecohan pahang vs jdt terkini 2014 kekecohan penyokong : pahang vs jdt liga super 2014

Keratan Akhbar pada Sabtu

Mengenai perlawanan ini, pasukan Pahang berjaya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri dan turut melakar kejutan apabila menumpaskan Johor DT  3-2

Ketika perlawanan seperti akan berkesudahan seri 2-2, Mohd Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 menerusi tandukan hasil sepakan percuma pemain tengah, Azidan Sarudin


 P/s: Selagi Najib PM, selagi tu JDT takleh kalahkan Pahang.

My Sumber - http://www.mysumber.com/bola/kekecohan-penyokong-pahang-vs-jdt-liga-super-2014#ixzz2skUUaUwm

0 comments:

Catat Ulasan

Artikel Dari Salam

Artikel Dari PingJE