PERTH – Pesawat P-8 Poseidon milik
tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan
beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau
paling moden di dunia.
Pada mulanya kehadiran kapal terbang
canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat
milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu.
Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas.
Tentera AS menghantar dua pesawat
Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang
direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan.
Bagaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370.
Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan.
Seorang juruterbang P-8 Poseidon,
Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau
berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar
untuk dirinya.
“Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut.
“Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil,” katanya.
Pesawat MH370 yang membawa seramai 239
penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika
dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu
dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang
menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan
menangkap ikan.
Sumber: mynewshub.
Sumber: mynewshub.
0 comments:
Catat Ulasan