
Pada akhir zaman nanti,
akan kelihatan kuasa dari orang-orang bodoh dan zalim. Mereka mempunyai
ramai pembantu dalam kezaliman mereka, bahkan mendera manusia dan
menghinakan mereka. Rasulullah SAW telah mnegumpamakan cambuk-cambuk
tersebut dengan ekor lembu serta memperingatkan mereka dengan neraka dan
azab Allah SWT.
Dari Abu Umamah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Pada
akhir zaman, akan ada orang yang membawa cemeti seperti ekor lembu.
Mereka pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada
petang hari dalam kemarahan Allah. "(HR. Al-Albaniy)
Dari Abu Hurairah ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Jika
engkau diberi kesempatan yang panjang, engkau akan melihat suatu kaum
yang pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada petang
hari dalam kemarahan Allah. Di tangan mereka ada semisal (cambuk) ekor
lembu. "(HR. Ahmad)
Dari Abu Hurairah ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ada
dua golongan ahli neraka yang belum pernah kulihat sebelumnya, iaitu
suatu kaum yang bersamanya cemeti seperti ekor lembu, yang dipukul untuk
memukul manusia, dan para wanita yang berpakaian tetapi telanjang,
berjalan lenggak -lenggok, dan kepala mereka seperti bonggol unta yang
condong. Mereka tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mencium
baunya. Padahal, baunya dapat tercium dari perjalanan (jarak) sekian dan
sekian. "(HR Muslim)
Tanda-tanda itu telah
berlaku dalam sejarah Islam dan akan muncul lebih hebat lagi sebelum
berlakunya kiamat, iaitu ketika ilmu dicabut dan muncul kebodohan
sehingga Islam tidak ada lagi, kecuali nama dan tulisannya sahaja.
Turunnya bencana alam dan seksaan berat dari pemimpin yang Zalim
Rasulullah SAW
memberitahu bahawa di akhir zaman nanti sebelum munculnya Al-Mahdi, umat
akan ditimpa musibah besar, seperti cubaan dan seksaan berat yang
dilakukan oleh para pemimpin dan hakim yang zalim. Mereka menyempitkan
ruang gerak orang beriman sehingga seseorang akan berharap dapat
menduduki seperti tempat saudaranya yang sudah meninggal agar terbebas
dari cubaan, seksaan, kejahatan dan kezaliman para pemimpin tersebut.
Keadaan itu akan terus berlaku sehingga munculnya Al-Mahdi untuk
menghukum mereka. Dia memenuhi bumi ini dengan kabaikan dan keadilan,
sebagaimana sebelumnya bumi ini telah dipenuhi dengan kezaliman dan
pembunuhan.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Akan
turun kepada umatku di akhir zaman nanti cubaan yang dahsyat dari
pemimpin mereka. Belum pernah terdengar cubaan yang lebih dahsyat
darinya sehingga bumi yang luas itu terasa sempit bagi mereka kerana
bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Seorang mukmin tidak
mendapatkan tempat berpindah dari kezaliman itu. Kemudian, Allah Azza wa
Jalla mengutus seseorang dari keturunanku. Dia akan memenuhi bumi
dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan
kezaliman. Penduduk bumi dan langit redha dengannya dan bumi tidak
menyimpan sesuatu pun dari bijinya, kecuali mengeluarkannya. Begitu juga
dengan langit, kecuali Allah menuangkannya ke bumi. Dia hidup di
tengah-tengah mereka selama tujuh, lapan, atau sembilan tahun agar semua
yang hidup dan mati menikmati apa yang tellah diperbuat Allah Azza wa
Jalla terhada penduduk bumi dari kebaikan-Nya. "(HR Hakim)
Keadaan ini merupakan
rangkaian dari bencana sebelumnya. Kezaliman mengakibatkan keadaan
seperti ini. Begitu juga dengan pelbagai fitnah, kejahatan dan kezaliman
pemimpin terhadap rakyatnya dengn sedikit rezeki serta kebajikan. Semua
itu mengakibatkan kebimbangan manusia antara beriman dengan kufur.
Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kiamat tidak akan berlaku sehingga seseorang yang melewati kubur dan mengatakan, seandainya aku boleh menduduki tempatnya." (HR Asy-Syaikhoni)
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
0 comments:
Catat Ulasan